Thursday 29 March 2012

sketch of the day : beruang

Beruang Hijau
Medium : Pencil

Ini adalah seekor beruang. Beruang ini dikategorikan spesis yang tidak ganas tetapi sedikit pemalu dan merendah diri. Bukan kerana kepalanya bertampal tetapi kerana dia unik. Mempunyai cerita dan sejarahnya tersendiri yang hanya boleh disematkan di dalam hati. Kini, ia telah menjadi sahabat baik kepada seorang kawan yang comel dan sering menjadi peneman setia dikala sunyi. Mulutnya kini telah berbekas cawan minuman air milo yang mana ianya berjaya membuktikan tahap keakraban mereka berdua.

Wednesday 28 March 2012

sketch of the day : beg galas

Beg galas
Medium : Pencil

Untuk makluman, saya sedang berusaha memaparkan elemen baru di dalam blog iaitu edisi contengan atau lukisan harian atau di panggil sketch of the day. Sketch yang ini akan berdasarkan apa jua yang saya buat, terlihat, pengalaman serta situasi yang tergambar di sekeliling saya ketika itu dan diterjemahkan di dalam bentuk lukisan. Sekadar untuk berkongsi bercerita serta mengisi ruang kosong sediada. Sketch di atas adalah sebuah beg galas kepunyaan saya. Dibeli di Penang pada tahun 2008 ketika menghadiri kursus di sana di mana ia masih saya gunakan hingga sekarang. Harganya tidaklah begitu mahal karana bukan sebuah barang berjenama tapi tarikan pada warna dan rupabentuk menjadi minat saya. Salah satu daripada prinsip yang saya amalkan ialah membeli atau mememiliki sesuatu barang biar barangan itu murah tapi kelihatan cantik, sedap dipandang dan kemas. Disebabkan prinsip itulah sebenarnya kekadangan saya rasa sentiasa tertipu dengan kualitinya kerana dengan hanya memandang kepada kecantikan. hehe..jadi berhati-hati!. Di dalamnya terkandung sebuah laptop serta aksessori, buku-buku nota, majalah, juga sampah yang sering saya bawa terutama ke pejabat. Namun, jasanya pada saya memang saya kenang walaupun ketika ini sistem zipnya yang kadang-kadang hampir rosak disebabkan kapasiti barang yang saya bawa sentiasa melebihi muatan.

Sunday 18 March 2012

potret ms. gurjeet - final stage

Medium : Digital

Pukul 12.35 pagi.. siap akhirnya final stage pembikinan potret Miss Gurjeet.. Emm.. Puas saya belek-belek dan memerhati pada setiap sudut potret. Terasa macam ada yang kurang. Emm.. Kaki? hehe. Ini bukan soal kaki tapi teknik brushes yang saya gunakan agak kurang kick! Client meminta supaya colouring perlu clean & plain finished. Tapi teknik yang saya guna pakai sebelum ini adalah teknik hatching dalam penghasilan potret berwarna. So tidak mengapalah. Mungkin ilmu di dada dalam masih perlu ditambah lagi. Apapun esok potret akan direview pada client. Harapan menggunung agar beliau akan menyukai potret yang telah siap ini... Sekian.

Monday 12 March 2012

potret ms. gurjeet - stage II


 
Medium : Digital

Tadaaaa.... Akhirnya siap proses stage II dimana ia serba lengkap dengan figura serta dress seperti dikehendaki. Lukisan mungkin nampak raw sebab tiba di bahagian skirt, saya mula menggunakan teknik speed hatching dan ingin mempercepatkan lukisan itu siap.. hehe. So, apa pandangan anda tentang figura di atas? Persis seorang model tak? Disebab entri ini, saya rasakan mungkin akan ada menerima beberapa respon daripada fashion designer atau pemilik butik atau tukang jahit atau makcik Senah kerana mengkacukkan konsep design pakaian ini. hehe..Harap-harap respon positif diterima kerana saya agak zero tentang selok-belok fashion serta pemilihan pakaian untuk seorang wanita..Selepas ini, lukisan perlu direview pada client untuk persetujuan. Sekiranya beliau bersetuju, maka proses akhir - final stage (coloring) akan saya siapkan. Tunggu...

THE PROCESS

Wednesday 7 March 2012

potret ms. gurjeet..

Medium : Digital

Semalam saya tidur agak lewat untuk siapkan satu lagi potret yang telah ditempah pada hujung minggu lepas..Hari ini saya menyambung kembali kerja melukis walaupun mata agak kelat sedikit memandangkan sudah 3 hari berturut-turut saya tidur hampir awal pagi juga jadual yang padat waktu kerja secara tidak langsung telah menyumbang tahap keletihan sebenar pada badan seperti atlit marathon berlari 20km tanpa henti.. Namun, walau apa jua kepayahan saya tetap bersemangat untuk hasilkan karya yang terbaik. Tiada kenal erti penat malah dengan terhasilnya potret yang cantik membuatkan saya tersenyum dan secara tidak langsung memberi tonik serta kepuasan dalam diri. Itu yang saya inginkan.. Apa yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian daripada hasil yang masih di dalam peringkat pemprosesan stage pertama. Stage kedua saya perlu siapkan posture keseluruhan badan si pemilik mengenakan pakaian yang dipilih daripada gambar lain dan bukan baju seperti gambar asal....agak unik sedikit di mana saya perlu melukis dan memadankan beberapa gambar yang diberi dan menghasilkan 1 potret lengkap persis seorang model menghadiri sesi fotografi... InsyaAllah dalam masa 2 ke 3 hari lagi akan siaplah potret tersebut dimana colouring stage menjadi peringkat terakhir.. Maka dengan harapan yang tinggi, teruslah melayari dan memberi sokongan kepada blog ini. Saya akan menyambung entri ini dan di akan menyisipkan potret yang telah siap untuk dikongsikan bersama. Special thanks to wife kerana peranan penting dan menjadi juri tetap dalam memberi komen sebagai penambahbaikan yang mana perlu agar potret yang dihasilkan itu cantik, tepat, bernilai  serta memberi kepuasan kepada pelanggan..
THE PROCESS