Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop
Konsep : Modern Scandinavian
Keluasan : 2,554 kp (37' x 82')
Salam sejahtera.
Dikongsikan sebuah rekabentuk baru banglo 1 tingkat milik En. Abd Rahman (Pak Tam) berkonsepkan Modern Scandinavian. Percubaan pertama daripada saya menghasilkan sebuah konsep rumah kediaman yang agak berbeza dari segi rupa fasad berbanding sebelum ini. Pemilihan konsep sebegini dicetuskan oleh pemilik itu sendiri yang mana mahukan kelainan serta memberi daya tarikan menarik. Maka percubaan ini saya akan jadikan langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru dengan nafas yang lebih segar.
Pada peringkat awalnya saya agak skeptikal dengan konsep sebegini kerana gusar dengan persoalan-persoalan yang akan timbul daripada sudut kejuruteraan malah kontraktor yang bakal membinanya. Juga mengambilkira aspek-aspek teknikal lain tercetus semasa pembinaan itu kelak. Tidak mencuba bagaimana ingin tahu selanjutnya?. Dengan berbekalkan sdikit ilmu serta pengalaman, pemerhatian, case study serta input dari pihak teknikal lain maka telah terbinanya sebuah kediaman berkonsepkan moden berbentuk 'C' yang privasi, kemas, padu dan ada nilai tambah dari sudut kemewahannya. Kediaman ini telah berdiri dengan megahnya pada penghujung tahun 2023 lalu.
Sinopsis banglo :
- Konsep : Modern Scandinavian
- Keluasan Tanah :
- Keluasan Binaan Banglo : 2,554 kakipersegi (37' x 82')
- Ruang Tamu : 1 bil
- Ruang Keluarga : 1 bil
- Ruang Makan : 1 bil
- Dapur : 2 bil dapur
- Bilik Tidur : 4 bil
- Bilik Air : 3 bil
- Anjung Kereta : 2 bil. kereta (berasingan)
- Lain-lain Elemen : Patio, Yard serta kolam renang
Gambaran 3d :
Gambar Pembinaan :
Gambaran dari sudut tepi
Video :
Kredit kepada kenalaan saya iaitu Syarikat HRL Construction yang telah berjaya merealisasikan impian pemilik serta mentransformasikan tapak yang kosong kepada sebuah kediaman yang sangat menarik untuk dimiliki.