Wednesday, 19 June 2013

sketch of the day : ikan hiasan

Ikan komet
Medium : Snote, Samsung Note II

'Menunggu' adakalanya membosankan. Tetapi sekiranya sesi menunggu itu dipenuhkan dengan sedikit aktiviti seperti membaca ataupun menulis ianya pasti tidak akan merugikan. Situasi ini juga berlaku pada saya semalam. Saya ke hospital berdekatan bersama isteri bagi menjalankan pemeriksaan kehamilan yang mengambil masa menunggu yang agak panjang. Dikesempatan itu, saya terfikir untuk melakar untuk memenuhi kekosongan waktu. Dengan pantas saya mengeluarkan peranti telefon pintar dan terus melakar objek yang berdekatan. Hasilnya saya dapat menghasilkan sebuah objek iaitu seekor ikan hiasan terdapat di dalam akuarium yang dipamerkan di lobi menunggu. Ikan yang dihasilkan ini tidak diketahui namanya. Namun setelah menyemak di laman sesawang, spesis ini dinamakan sebagai ikan komet yang biasa dipelihara oleh peminat hobi membela ikan hiasan.

Thursday, 13 June 2013

Merekabentuk hiasan dalaman ruang makan

Berikut adalah sebuah konsep rekabentuk hiasan dalaman yang saya hasilkan untuk sebuah ruang makan keluarga bersaiz 17' x 11'-6" bagi sebuah rumah teres. Rekaan ini berkonsepkan minimalis dan kontemporari dengan memilih tona warna putih sebagai eleman utama. Menerapkan konsep full height built-in cabinet, shelf, timber flooring finished serta cermin dinding penuh memberi impak visual yang lebih kemas dan luas. Dengan tema yang telah dipersetujui saya cuba mengolah dan menyusun sedikit beberapa variasi elemen dipaparan dinding feature wall untuk dipilih sebagai cadangan akhir.

Pandangan 1 - Jenis A

 Pandangan 1 - Jenis B

Pandangan 2 - Jenis A

Pandangan 2 - Jenis B

Pelan Lantai

Wednesday, 8 May 2013

Merekabentuk rumah banglo 1 tingkat - jenis A


Agak lama saya tidak mengemaskini blog. Rehat yang panjang ini memberi saya ruang dan kesempatan menghasilkan 1 rekabentuk rumah kediaman jenis banglo satu tingkat lengkap dengan lukisan 3d untuk dipersembahkan kepada seorang rakan sealiran yang memerlukan beberapa konsep yang boleh diketengahkan. Rekabentuk adalah berdasarkan kepada bilangan bilik & ruangan permintaan beliau yang berkehendakkan sebuah ruang tamu yang agak besar. Dengan keluasan tanah bersaiz 70' X 60' agak menghadkan dari segi binaan konsep ruang. Walaubagaimanapun saya cuba mengolah susunatur bilik dan ruangan yang diperlukan dengan memaksimumkan binaan keluasan lantai secara keseluruhannya. Akhirnya, terbentuklah sebuah banglo berkonsepkan segi empat yang mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur, ruang makan serta ruang tamu yang besar dilengkapi dengan sebuah atrium (tower).