Monday, 30 December 2024

Merekabentuk banglo 1 tingkat Encik Mulyadee

                                              Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop


Konsep : Modern Contemporary
Keluasan : 2,367 kp (26' x 84')

Gambaran di atas adalah merupakan sebuah kediaman banglo 1 tingkat milik Encik Mulyadee (cikgu) telah dibina di Ayer Molek Melaka berkonsepkan Modern Contemporary. Konsep binaan ini saya tekankan sentuhan kepelbagaian arah condongan bumbung yang memberikan rupabentuk fasad yang lebih menarik dan unikProses pembinaannya mengambil anggaran masa 7 bulan dan telah siap diduduki pada penghujung tahun 2023. Alhamdulillah semua proses pembinaan ini berjalan sangat lancar bermula dari kertas kosong hinggalah terbinanya di tapak.


Sinopsis banglo :
            • Konsep : Modern Contemporary
            • Keluasan Tanah : 
            • Keluasan Binaan Banglo : 2,367 kakipersegi (26' x 84')
            • Ruang Tamu : 1 bil
            • Ruang Keluarga : 1 bil
            • Ruang Makan : 1 bil
            • Dapur : 2 bil dapur
            • Bilik Tidur : 4 bil
            • Bilik Air : 3 bil
            • Anjung Kereta : 3 bil. kereta 
            • Setor :  1 bil
            • Lain-lain Elemen : Patio dan yard

Merekabentuk banglo En. Abd Rahman (Pak Tam)

banglo moden
Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop

Konsep : Modern Scandinavian
Keluasan : 2,554 kp (37' x 82')

Salam sejahtera.
Dikongsikan sebuah rekabentuk baru banglo 1 tingkat milik En. Abd Rahman (Pak Tam) berkonsepkan Modern Scandinavian. Percubaan pertama daripada saya menghasilkan sebuah konsep rumah kediaman yang agak berbeza dari segi rupa fasad berbanding sebelum ini. Pemilihan konsep sebegini dicetuskan oleh pemilik itu sendiri yang mana mahukan kelainan serta memberi daya tarikan menarik. Maka percubaan ini saya akan jadikan langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru dengan nafas yang lebih segar.

Pada peringkat awalnya saya agak skeptikal dengan konsep sebegini kerana gusar dengan persoalan-persoalan yang akan timbul daripada sudut kejuruteraan malah kontraktor yang bakal membinanya. Juga mengambilkira aspek-aspek teknikal lain tercetus semasa pembinaan itu kelak. Tidak mencuba bagaimana ingin tahu selanjutnya?. Dengan berbekalkan sdikit ilmu serta pengalaman, pemerhatian, case study serta input dari pihak teknikal lain maka telah terbinanya sebuah kediaman berkonsepkan moden berbentuk 'C' yang privasi, kemas, padu dan ada nilai tambah dari sudut kemewahannya. Kediaman ini telah berdiri dengan megahnya pada penghujung tahun 2023 lalu.

Sinopsis banglo :
            • Konsep : Modern Scandinavian
            • Keluasan Tanah : 
            • Keluasan Binaan Banglo : 2,554 kakipersegi (37' x 82')
            • Ruang Tamu : 1 bil
            • Ruang Keluarga : 1 bil
            • Ruang Makan : 1 bil
            • Dapur : 2 bil dapur
            • Bilik Tidur : 4 bil
            • Bilik Air : 3 bil
            • Anjung Kereta : 2 bil. kereta (berasingan)
            • Lain-lain Elemen : Patio, Yard serta kolam renang

Gambaran 3d :


banglo moden

Gambar Pembinaan :
   
Gambaran dari sudut tepi


Video :



Kredit kepada kenalaan saya iaitu Syarikat HRL Construction yang telah berjaya merealisasikan impian pemilik serta mentransformasikan tapak yang kosong kepada sebuah kediaman yang sangat menarik untuk dimiliki.  

Saturday, 30 December 2023

Merekabentuk banglo 1 tingkat En. Putra

 

banglo 1 tingkat
Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop

Konsep : Modern Contemporary
Keluasan : 1,650 kp (28' x 70')

Salam.

Gambaran berikut menunjukkan sebuah lagi banglo 1 tingkat berkonsepkan Modern Contemporary milik En. Putra dari Melaka. Banglo ini telah pun siap diduduki oleh beliau pada awal tahun 2021 lalu. Sehingga banglo ini siap dibina, sejujurnya saya tidak sempat untuk berjumpa pemilik secara bersemuka walaupun menetap dalam satu negeri yang sama. Urusan rekabentuk dan berkaitan hanya kami lakukan menerusi aplikasi whatsapp dan panggilan telefon sahaja. Cepat, mudah dan ringkas. Secara kebetulannya pemilik memerlukan sebuah lakaran dengan tempoh segera tanpa dilengahkan dengan urusan perbincangan yang mungkin akan memakan masa. Maklumat serta info yang lengkap memudahkan saya untuk memulakan kerja. Dan perkara yang paling penting sekali di dalam berurusan menerusi maya ini adalah kepercayaan, proses serta hasil. Sebuah adunan formulasi terbaik.

Sinopis banglo :
          • Konsep : Modern Contemporary
          • Keluasan : 1,650 kakipersegi (28' X 70')
          • Ruang Tamu : 1 bilangan
          • Ruang Makan : 1 bilangan
          • Dapur : 1 bilangan dapur
          • Bilik Tidur : 3 bilangan
          • Bilik Air : 2 bilangan
          • Anjung Kereta : 2 bilangan kereta
          • Lain-lain elemen : Patio & yard

Gambaran 3d :
banglo 1 tingkat
banglo 1 tingkat

banglo 1 tingkat
banglo 1 tingkat