The chicken rice shop!
Medium : Pen
Sabtu lalu saya sekeluarga keluar bersama-sama dengan tujuan mencari buku rujukan keperluan wife untuk pengajian beserta dengan tujuan hanya bersiar-siar mata dikala cuti hujung minggu. Masa saya bersama isteri agak terhad mulai minggu lepas dimana wife dalam tempoh bercuti dan menyambung pengajiannya di Kuala Lumpur selama setahun..Maka dengan kesempatan dua hari tersebutlah kami cuba gunakan segenap ruang dan masa yang ada bersama-sama sebelum wife berangkat pulang pada keesokan harinya. Dania agak gembira dengan kepulangan mamanya setelah seminggu berpisah dan hanya tidur bersama saya sebelum ini.. Lagatnya buatkan kami rasa riuh kembali setelah seminggu yang agak suram dilaluinya yang secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi tempias pada saya. Keputusan agak sukar diambil untuk membenarkan wife pergi namun demi kepentingan masa depannya di tempat kerja juga saranan dari pengurusan atasan yang memerlukan staff yang advance dalam bidangnya buatkan saya tekad dengan memberi lampu hijau. Peluang ini saya anggapkan sesuatu yang positif demi kerjayanya. Peninggalan wife untuk sambung pengajian sebenarnya membuatkan suasana rumah kami rasa agak kosong dan sunyi seketika tapi dengan harapan ianya hilang dan terbiasa seiring dengan masa. Setahun tidak lama. Itulah kata-kata perangsang untuk mereda dan menyedapkan hati sunyi.. huhu. Contengan di atas saya ilhamkan semasa kami menjamu selera medan Chicken Rice Shop di Mahkota Parade, Melaka. Kalau dulu saya agak nomad dengan makanan segera (fast food) dimana hanya KFC, McDonald yang agak common hanya saya jejaki sejak saya sekolah. Namun sekarang ini rasanya semua kami telah cuba!
No comments:
Post a Comment