Bagi anda yang baru mengikuti siri ini, sedikit info di mana siri ini memaparkan perjalanan atau satu aktiviti kayuhan berbasikal saya lakukan dihujung minggu sekitar Bandar Melaka diselitkan dengan koleksi lukisan yang saya terjemahkan berdasarkan pemerhatian saya terhadap bangunan-bangunan, monumen, fasad, objek atau panorama yang saya jumpa sepanjang perjalanan. Ia dilakukan sebagai sebuah hobi untuk dikongsi juga sebagai medium untuk saya sentiasa mempraktikkan teknik terbaik menghasilkan sebuah kerja seni. Siri awal boleh didapati dengan scroll page di bawah.
Berikut adalah kolam air pancut yang terkenal di Red Square (Stadthuys Square) iaitu dikenali sebagai The Queen Victoria Water Fountain menjadi tarikan pengunjung. Masih berfungsi dengan baik dan telah dibina pada tahun 1901 oleh kerajaan British. Monumen ini menjadi salah satu lokasi kegemaran para jurugambar membelakangkan bangunan Stadthuys.
Menara Jam menjadi landmark utama ketika berada di lokasi Bangunan Merah. Sentiasa dibanjiri pengunjung walaupun bukan di waktu cuti umum. Persekitarannya menceritakan era penjajahan ke atas Melaka bermula dari Portugis, Belanda seterusnya British. Bangunan Stadthuys pada tahun 1650 oleh kerajaan Belanda menempatkan Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi & Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Senibinanya menjurus kepada bahasa senibina bangunan Belanda yang halus.
Proses mewarna.
Proses melakar ke atas moleskine sketchbook journal. Baru dibeli tempoh hari.
Medium yang saya gunakan ini bukanlah sejenis moleskine sketchbook sebenar tapi 99% penggunaannya masih sama. Buku ini berjenama Etcerta amat sesuai kepada sesiapa meminati hobi melakar. Dibeli di kedai buku MPH Mahkota Parade dan hanya 2 unit sahaja yang tinggal. Saya mengambil keputusan untuk membeli kedua-duanya sebagai stok simpanan memandangkan akan banyak lagi coretan serta lakaran yang akan saya ilhamkan. Harga untuk 1 unit ialah RM45.00 bersaiz A5. Kualiti kertasnya sangat baik (Acid free cream watercolour paper) dan kadar penyerapan warna ke atas permukaannya sangat sempurna.
Ikuti siri ini seterusnya juga yang terakhir untuk episod akan datang. Sekian terima kasih kepada anda kerana sudi membaca.
p/s : Tidak sabar dan teruja untuk berbasikal semula kerana terdapat part basikal yang telah ditambah baik!.
No comments:
Post a Comment