Wednesday, 5 December 2012

merekabentuk sebuah bangunan kompleks serbaguna

Berkerja dengan masa serta 'dateline' memang memenatkan. Kerana di waktu itulah segala keupayaan diri perlu dipaksa secara maksimum untuk bekerja lebih diri kebiasaannya. Dan situasi begitu jugalah terjadi kepada saya. Beberapa hari yang lalu saya mendapat sebuah tugasan untuk merekabentuk sebuah kompleks serbaguna dipohon oleh client untuk dijadikan sebagai pusat pelbagaiguna di salah sebuah sekolah yang terkenal di negeri ini. Masa yang diberi agak singkat di mana dengan kertas cadangan itu nanti akan dibawa ke peringkat atasan bagi mendapatkan peruntukan segera untuk dibina. Permohonan tersebut sebelum ini telah lama dibuat akan tetapi dokumen kertas cadangan tersebut ini tidak begitu kukuh untuk dizahirkan. Oleh yang demikian dengan sedikit perbincangan bersama client saya membuat draf cadangan yang cukup pantas merekabentuk konsep bangunan mengikut kehendak serta persetujuan yang telah dinyatakan.
 

Konsep ini lebih kepada lightweigth construction yang mengilham konsep rupabentuk moden yang lebih friendly. Jimat sedikit dari segi kos pembinaan serta masa membina juga singkat. Elemen serta tumpuan utama pada rekabentuk ini ialah terdapat sebuah courtyard di tengah-tengah bangunan memisahkan 2 blok bangunan utama dan bertujuan sebagai ruang legar. Saya mencadangkan agar courtyard tersebut diselang-selikan dengan rekabentuk laman lanskap lembut untuk mengimbangi elemen keras sekeliling. Ruang legar lebih terbuka memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran juga lebih santai. Laluan angin juga dapat dinikmati secara semulajadi.

Pelan lantai

Akhirnya, dengan berlapang dada dan sukacitanya, client telah bersetuju dengan apa yang dipersembahkan  kepada mereka sebentar tadi. Mereka amat gembira dengan draf cadangan tersebut dan berbesar hati untuk di bawa keperingkat atasan dengan kadar segera. Konsep yang diterapkan nampaknya banyak menyakinkan mereka dan mereka amat menyukainya. Kepenatan dan kekelam-kabutan saya menyiapkan tugasan sangat berbaloi. Dengan kepuasan yang ditunjukkan oleh mereka kepada saya secara tidak langsung kepenatan yang dialami sebelum ini mulai hilang. Lega dan puas.

No comments:

Post a Comment