Monday, 1 May 2017

Merekabentuk banglo 1 tingkat untuk En. Khairul

Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop

Salam dan bersua kembali kepada pembaca yang budiman. 

Lama juga tidak bersua. Jutaan terima kasih kepada semua kerana setia menunggu posting terbaru daripada saya. Maaf dipinta kerana sepi seketika. Kepada pembaca yang sudi hantarkan komen dan dan permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan lukisan pelan banglo, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kepada yang menunggu dan menerima respon yang agak lama, saya menyusun 10 jari kemaafan kerana ke khilafan itu datang daripada saya. Akan tetapi InsyaAllah saya akan cuba sedayanya untuk menghubunginya semula. Kerana kalian-kalian semua adalah nadi di dalam blog ini. Tanpanya ia akan sepi.

Baiklah. Kali ini saya akan kongsikan sebuah rekabentuk banglo yang agak moden yang saya rasa tidak salah untuk dikategorikan sebagai banglo modern sofisticated. Ini adalah percubaan yang saya jarang temui daripada klien-klien terdahulu. Konsep serta idea rekabentuk banglo ini datang daripada pemiliknya sendiri iaitu saudara Khairul yang berhasrat untuk membina sendiri banglo tersebut memandangkan beliau adalah berlatarbelakangkan sebagai kontraktor binaan yang telah lama bertapak di sini. 

Hasrat beliau saya cuba untuk merealisasikan dan mencabar diri sendiri untuk merekabentuk sebuah kediaman unik idaman beliau. Secara ringkas banglo ini berukuran 35' x 100' memanjang yang mana ukuran ini termasuk anjung kereta. Berkeluasan anggaran 3,700 kakipersegi yang memiliki 4 bilik tidur termasuk bilik tidur utama, bilik solat, setor, dapur kering & dapur basah, ruang tamu utama, ruang famili, ruang makan serta anjung beranda. Di ruangan ruang tamu dicadangkan binaan konsep double volumn bakal memberikan impak ketara daripada segi keluasan ruang. Binaan secara adapatasi konsep vertical horizontal plane & space banyak mengolah fasad menjadi lebih dramatik dari segi pandangan tampak luaran. Eleman kelebaran bukaan fixed glass window menjadi elemen terpenting dari sudut percahayaan semulajadi. Disulami juga binaan aluminium fixed lourvers memainkan peranan sebagai pelindung matahari selain binaan concrete flat roof yang memberikan impak bumbung lebih rata. Mengurangkan binaan bumbung secara condong yang tipikal menjadikan bangunan ini seakan-akan sebuah 'kotak' yang akhirnya akan dicatkan dengan warna putih dan bersih. Banglo ini diorientasikan kedudukannya secara mengiring sebelah sisi kanan yang mana ia memberi ruang aktif menghadap ke arah halaman yang luas. 

Secara peribadinya saya amat menyukai binaan seperti ini yang mana ia seakan-akan nampak memberi mood yang moden, versetile, elegan serta untuk seseorang yang inginkan kediaman lebih 'muda' selari dengan peredaran zaman dan kehendak pasaran. Citarasa masing-masing memang berbeza dan tidak salah untuk mencuba dengan apa yang diinginkan.  





3 comments:

  1. As salam ijat.. boleh bagi no tel untuk saya hubungi tuan.. atau tuan call saya di talian 0199838230

    ReplyDelete
  2. Assalammualikum & Salam Sejahtera Tuan, saya berminat hasil & idea mereka bentuk banglo bagaimana untuk berhubung. atau boleh call saya 012-9530072. jzkk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sy berminat dgn hasil rekaan tuan..bole call sy uny berbincang dengan lebih detail 0123260114

    ReplyDelete