Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop
Konsep : Modern Resort
Keluasan : 2,800 kp (34' x 65')
Salam sejahtera.
Berikut adalah sebuah rekabentuk banglo 2 tingkat milik Cikgu Abd. Razak dari Melaka. Beliau menghubungi saya apabila menjumpai blog saya di laman sesawang ketika sibuk mencari idea dan design rekabentuk banglo yang beliau idamkan. Alhamdulillah syukur nikmat, ketika entri ini ditaip rumah banglo beliau sedang 85% di fasa pembinaan yang dimulakan pada bulan Oktober tahun 2019.
Jutaan terima kasih kepada pemilik kerana mempercayai saya sebagai perekabentuk projek ini yang dijalankan secara kecil-kecilan di atas talian. Beliau mesra disapa sebagai 'Cikgu' amat berminat untuk mendapatkan khidmat saya setelah berpuashati dengan penerangan yang saya berikan. Dengan sekali pertemuan akhirnya bermulalah episod merekabentuk dan sesi design crit yang saya rasa begitu dipermudahkan olehNya. Ia adalah kerana masa diambil untuk kelulusan rekabentuk oleh cikgu amat pantas dan cepat. Begitu mudah.
Pada pengamatan saya, mungkin beliau bercadang untuk mempercepatkan proses rekabentuk, kelulusan PBT dan proses skim pinjaman perumahan LPPSA seterusnya dibina segera di tapak. Ini adalah kerana proses dokumentasi ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sebelum melantik pihak kontraktor untuk fasa pembinaan. Oleh faktor yang demikian, perancangan teliti perlulah kaji dan dirangka agar segala keinginan memiliki sebuah rumah banglo idaman tidak terencat ditengah jalan.
Di tangan saya, proses merekabentuk ini tidak perlu terlalu lambat dan tidak juga tergesa-gesa. Perlu masa yang ideal dan puncuality. Kerana merekabentuk bangunan adalah salah sebuah cabang sebuah seni. Seni yang halus tidak datang dalam keadaan tergopoh-gapah dan dipaksa. Apabila ia dipaksa mungkin ia umpama akan jadi sebuah patung arca yang cacat binaannya kerana adunan bahan yang tidak cukup dan ramuannya yang tidak lengkap. Begitu falsafah sebuah seni. Proses menghasilkan idea sebuah rumah dimulakan dengan pengolahan ruang, fungsi, pengkhususan bilik, sunsunatur ruang, laluan, konteks, arkitektural elemen dan seterusnya rupa fasad binaan. Agak begitu kompleks untuk diambilkira. Kesemuanya berkait antara satu dengan lain.
Seorang perekabentuk yang baik sentiasa membayangkan dan mendalami sedalam-dalamnya seolah-olah sedang berada di rumah yang telah siap supaya beliau yakin apa yang diberikan kepada pelanggan adalah hasil terbaik dari yang terbaik. Sesi konsultansi dan rundingan dijadikan medan perbahasan tiap kali ia dibentang. Budi bicara dan ketelitiaan begitu penting semasa sesi ini sehinggalah persetujuan dimeterai. Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang boleh dikongsi sebagai seorang pereka. Nampak cukup mudah tetapi perlu ketelitian dan terperinci. Dengan pengalaman yang tersemat didada sedikit sebanyak membantu untuk dipermudahkan. A lesson learned untuk saya supaya sentiasa memperbaiki dan tidak mengulangi kesilapan lalu sekiranya ada di dalam lapangan merekabentuk. Bak kata pepatah 'pengalaman lalu juga mendewasakan'.

Baiklah. Akhirnya dengan masa ideal yang ada maka, siap sebuah rekabentuk banglo 2 tingkat berkonsepkan Modern Resort untuk Cikgu Abd Razak yang menginginkan kediaman yang santai, damai dan designnya tidak lapuk di telan zaman. Secara ringkas, kediaman ini berkeluasan 2,800 kakipersegi dengan bukaan 34' x 65' secara keseluruhan. Dilengkapi dengan 4 bilik tidur termasuk bilik tidur utama, 3 bilik air, 1 ruang tamu, 1 lounge, 1 ruang makan, 1 ruang famili, bilik study, stor, teres luar, ruang sidai dan balkoni. Bilik tidur utama direka dengan ruang tidur begitu luas dilengkapi ruang closet bagi menempat rak-rak dan almari baju secara sistematik. Bilik air boleh diakses melalui ruang tersebut dengan menjadikan ia sedikit tersembunyi di dalam bilik tidur. Bilik study diorientasikan berdekatan dengan bilik tidur utama dan ruang famili bagi memudahkan untuk pemilik akses untuk membaca atau melakukan kerja-kerja lepas waktu pejabat dan ditempatkan di tingkat atas.
Secara keseluruhan, banglo ini menerapkan elemen-elemen tropikal seperti binaan bumbung bertupang kayu, kemasan batuan brick veneer, kekisi aluminium bagi menggantikan jenis kayu dan menggunakan kepingan bumbung dari jenis tanah liat yang begitu cantik untuk dilihat. Sistem bumbung exposed rafter mengapdatasi ciri-ciri lengkap sebuah resort. Anjung kereta dengan binaan bumbung jenis rata boleh menempatkan 4 buah kereta untuk satu-satu masa. Bumbung rata jenis ini jangan dibiarkan begitu sahaja di mana ia juga dijadikan balkoni khas diakses dari bilik tidur utama.

Gambaran illustrasi 3d dari sudut kiri banglo
Elemen ruang tangga dicat warna perang untuk menjadikan ia sebuah fasad yang dominan
Gambaran fasad kanan lebih jelas dilengkapi bangku dibina secara kustom
Dikongsikan sedikit gambar yang diambil semasa proses pembinaan pada bulan Disember 2019 tahun lalu dan sehingga kini progres ditapak telah mencapai kemajuan 85%.
No comments:
Post a Comment