Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop
Konsep : Modern Contemporary
Keluasan : 6,162 kp (45' x 106')
Salam tahun baru 2023.
Bersua kembali dengan posting terbaru bagi pemulaan tahun ini. Azam baru dengan misi baru. Didoakan kepada semua pembaca setia dan terutamanya empunya diri agar dikurniakan kesihatan yang baik, visi serta impian yang dapat digapai sepanjang tahun serta sentiasa tampil dengan idea-idea segar di dalam lapangan rekabentuk banglo kediaman.
Baiklah. Di sini dicoretkan sebuah lagi rekabentuk banglo kediaman 2 tingkat milik Puan Nisa dari Melaka. Rekabentuk ini telah saya hasilkan pada tahun 2020 lalu dan dijadikan sebagai arkib simpanan peribadi saya. Apa yang menarik yang boleh saya kongsikan di sini ialah saiz banglo ini teramatlah besar dan boleh dikategorikan antara banglo terbesar yang pernah saya buat. Dari segi teknikalnya ia bakal terbina di atas 2 lot tanah banglo yang dicantumkan dan memiliki 8 bilik tidur secara total malah memiliki sebuah kolam renang di bahagian belakang yang boleh diakses terus daripada ruang tamu utama. Besar bukan? Besar dan mencabar.
Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan banglo tersebut.
- Konsep : Modern Contemporary
- Keluasan & saiz tanah : 8,288 kakipersegi (121' x 70')
- Keluasan banglo : 6,162 kakipersegi (106' x 45')
- Ruang tamu : 2 bilangan
- Ruang keluarga : 2 bilangan
- Dapur : 1 dapur kering & 1 dapur basah
- Bilik tidur : 8 bilangan
- Bilik air : 7 bilangan
- Bilik-bilik sokongan : 1 mini libary & 1 laundry
- Anjung kereta : 3 bilangan kereta
- Patio + terrace + yard + balkoni + foyer
- Kolam renang
Rekabentuk banglo ini diilhamkan sebagai sebuah rumah agam yang besar dengan sedikit bercirikan retreat house lengkap dengan segala kemudahan. Santai, cozy dan relaks sebagai sasaran utama sebagai sebuah rumah yang mempunyai ramai ahli keluarga namun ada zon-zon peribadi sendiri. Ruang void atau lompong dibahagian tengah ruang menjadikan rumah ini kelihatan luas dan selesa yang mana pintu masuknya boleh mengarah ke cermin kaca besar yang memisahkan kedudukan kolam renang. Sungguh santai.
Bahagian luaran bertemakan warna putih dan beberapa bahagian utama banglo dicat merah terang untuk menjadikan sebagai elemen tumpuan yang dominan.!
3d Perspektif
No comments:
Post a Comment