Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop
Konsep : Modern Classic & Industrial
Keluasan : 2,100 kp (30' x 78')
Konsep : Modern Classic & Industrial
Keluasan : 2,100 kp (30' x 78')
Assalammualaikum wbt..
Dikongsikan lagi sebuah rekabentuk banglo 1 setengah tingkat milik En. Bahari yang sedang di dalam fasa pembinaan di Melaka. Mempunyai gaya moden dan klasik yang amat diminati oleh beliau dan dengan mengambil faktor yang diyakinkan oleh saya sendiri bahawa ini adalah salah satu rekabentuk yang bakal menjadi perhatian serta tarikan di kawasan sekitarnya. Olahan ini sangat berani dan begitu eksperimental sekali dengan mengabungkan konsep moden, klasik dan industrial. Tidak ramai klien saya berani mencuba ke arah itu kerana bimbang berurusan dengan ratusan ribuan ringgit tapi akhirnya ia gagal menepati kehendak dan citarasa.
Baiklah, secara ringkas banglo ini mempunyai keluasan 2,100 kp dengan dilengkapi dengan komponen di tingkat bawah seperti ruang tamu utama, ruang tamu peribadi, ruang makan, 2 bilik tidur, dapur basah dan dapur kering, bilik cucian, yard serta 2 bilik air. Manakala di tingkat atas memiliki 1 bilik tidur utama dilengkapi closet menghubungkan bilik air serta balkoni, ruang tamu famili, ruang studio serta 1 bilik utiliti yang boleh dijadikan bilik solat.
Keistimewaan yang boleh saya nyatakan untuk rekabentuk ini ialah terdapat 1 binaan courtyard di tengah-tengah kediaman yang menjadikan ia sebagai titik tumpu di dalam bangunan. Menarik bukan? Jarang-jarang elemen ini digunapakai di dalam rekabentuk saya setelah lebih 15 tahun berkecimpung di dalam bidang merekabentuk banglo. Elemen courtyard di tengah-tengah bangunan ini memisahkan ruang tamu utama, ruang tangga serta ruang makan. Anda akan merasai suasana seperti berada di dalam sebuah taman yang mempunyai pokok menghijau semasa berehat di ruang tamu utama malah ketika sedang menikmati santapan di ruang makan. Menarik dan begitu unik.
Selain itu, ruang tamu peribadi dibina secara double volume mendatangkan impak yang segar dan luas yang boleh dilihat dari tingkat atas melalui ruang keluarga. Binaan cermin kaca yang tinggi dan besar di ruangan ini juga direka untuk membenarkan pandangan luar secara maksimum dilihat di dalam kediaman. Segar dan damai.
Menyentuh aspek binaan senibina saya mengspefikasikan binaan batuan brick veneer sebagai elemen feature wall digabungkan dengan tekstur lepaan simen yang dibiarkan untuk setengah-setengah dinding luar untuk mendapatkan efek klasik. Penggunaan komponen besi yang dilapiskan dengan cat legap (matte finished) untuk komponen susurtangan serta rangka atau struktur bumbung patio menjadikan ia seperti di dalam gudang industri lama. Bilik air juga dibina tingkap-tingkap secara tersorok untuk mendapat efek cahaya secara natural. Lain dari yang lain.
Itulah sedikit sebanyak komponen serta keistimewaan banglo ini dapat saya kongsikan. Insha Allah jikalau berkesempatan saya akan berkongsi lagi elemen ini apabila ia siap kelak. Saya akan tunjukkan di dalam foto yang sebenar sebagai panduan untuk pembaca diluar sana bercita-cita memiliki rumah kediaman seperti ini. Amin..
Terima kasih kepada pemilik banglo ini juga kerana memberi saya ruang untuk bereksperimentasi dan memberi kepercayaan kepada saya di dalam proses merekabentuk. Tanpa persetujuan anda tidak akan terhasilnya sebuah kediaman yang begitu unik ini. Dikongsikan sedikit gambaran visual untuk banglo ini.
Sekian jumpa lagi.
* Nota : Kepada pembaca budiman yang berminat untuk mendapatkan rekabentuk banglo daripada saya boleh menghubungi saya melalui alamat email tertera. Saya akan membalasnya segera. Insha Allah.
Pandangan dari sudut kiri banglo
Pandangan dari sudut kanan banglo
Pandangan hadapan
Padangan ke arah sudut patio atau ruang teres sebelah kanan
Pandangan ruang courtyard daripada sudut tersembunyi
Pandangan ke arah courtyard dari dalam di ruang tamu utama
Dan sedikit foto sisipan untuk gambaran pembinaan yang sedang berjalan. Akan dikongsi lagi peringkat pembinaan yang seterusnya.
Gambar banglo yang hampir siap dibina :
pelan banglo
ReplyDeletepelan banglo 2 tingkat
ReplyDeletepelan banglo 1 setengah tingkat
ReplyDelete