Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photohop
Berikut adalah sebuah konsep hiasan dalaman sebuah kiosk penyerahan atau 'take away station' untuk sebuah kedai minuman 'coffee house' di sini. Sudah agak lama tidak merekabentuk dan menyentuh konsep hiasan dalaman. Sejak kebelakangan ini tugasan saya lebih tertumpu di dalam merekabentuk sesebuah kediaman berbanding genre lain, yang mana saya rasa saya lebih 'laju' dan 'pantas' menghasilkan idea. Aspek hiasan dalaman telah jatuh di kedudukan kedua.
Bukan mudah untuk mendapatkan sesebuah gambaran hiasan dalaman bagi satu-satu tugasan. Ini adalah kerana ia begitu bergantung kepada kehendak pelbagai, citarasa dan selera pemilik malah aspek teknikalnya begitu kompleks untuk diterjemahkan di dalam kertas. Ini belum menyentuh bab CGInya. Penghasilan serta penjanaan konsep 3D melalui komputer juga agak begitu rumit. Memerlukan tahap keupayaan komputer mantap dan berkemampuan barulah hasilnya amat menyenangkan mata yang hasil visualnya umpama nyata.

Baiklah. Tidak perlu jauh untuk topik itu. Boleh disembangkan kemudian nanti ya. Gambaran yang disisip merupakan hasil idea untuk sebuah kiosk penyerahan berkonsepkan modern classic industrial atau lebih dikenali sebagai 'hipster cafe' yang menjadi trend terkini. Kiosk ini sebagai keperluan tambahan untuk kedai sediada yang mana menyediakan perkhidmatan 'take away' bagi pelanggan yang memesan makan untuk dibungkus. Ruang kiosk ini bersaiz 3m x 5m yang memuatkan pelbagai keperluan dapur seperti display food rack, 4 burner stove', combi oven, on demand drink dispenser, wash basin serta kelengkapan lain berkaitan. Agak kompleks untuk saya memahaminya pada peringkat awal kerana ia berkaitan bidang kulinari yang memang saya tidak mempelajarinya secara langsung. Namun siri perbincangan dan penerangan jelas bersama pemilik serta kontraktor yang membina, akhirnya terrealisasilah konsep itu di tapak. Konsep ini begitu menarik dan ringkas.
Di sini disertakan beberapa imej janaan komputer sebagai panduan untuk pembaca yang sedang bercadang membuka sebuah kiosk kecil-kecillan di luar sana. Sekian. Jumpa lagi.
Gambaran dari sudut tepi
Gambaran dalaman melibatkan susunatur ruang baru
Gambaran secara keseluruhan dalaman
Gambaran di dalam kiosk
Pelan lantai ubahsuai
* Imej 3D ini tidak berapa jelas kerana teknik 'renderring ' menggunakan kaedah yang 'low resolution setup'.
No comments:
Post a Comment