Medium : Ink & Wash
#IMBASKEMBALI
Segmen 'painting' kali ini mengimbas kembali sebuah naskah lukisan yang pernah saya hasilkan sempena Festival Sungai Melaka penghujung 2018 tahun lalu di mana ia dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Tanggal bulan Disember ini genaplah usia setahun kisah ini. Entri ini sekadar untuk menjadikan ia arkib serta koleksi saya di dalam blog ini.
Untuk tahun 2019, festival ini telah kembali lagi dengan membawa tajuk lebih global iaitu The Grand Cultural Festival Melaka River 2019 untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari luar negara. Program pertandingan melukis ini masih ada, tetapi dengan format berbeza iaitu 'Doodle Art'. Acara ini akan berlangsung esok hari, tetapi malangnya saya tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian di atas tugas hakiki yang perlu disiapkan. Keinginan mencuba genre 'doodle art' ini bagai mencabar diri yang mana saya tidak pernah sekali mencubanya. Namun, di atas sebab-sebab kerja, saya terpaksa lupa dengan berat hati.
Oklah. Kembali kepada naskah di atas. Alhamdulillah, percubaan pertama di negeri kelahiran sendiri membuahkan hasil yang mana karya ini memenangi antara 6 hadiah saguhati kategori terbuka menewaskan 'otai-otai ada nama' dan pakar dalam lukisan secara profesional. Cukuplah dan syukur. Objektif saya menyertai pertandingan ini bukanlah untuk menang tetapi lebih kepada kepuasan diri sebagai orang yang amat mencintai 'seni lukisan'. Insya Allah sekiranya diberi kesempatan saya akan cuba lagi untuk peluang-peluang mendatang.
Sekiranya berkesempatan, anda boleh lihat lukisan saya ini ada dipamerkan di salah satu muzium di Melaka iaitu di Bandar Hilir sebagai koleksi Perbadanan Muzium Melaka selaku pihak penganjur.
Lukisan bersaiz A1 dilakar dengan pensel dan dikemaskan dengan 'ink' bertemakan Keindahan Sungai Melaka.
Proses 'inking' adalah satu proses mencabar memerlukan ketelitian di atas kanvas yang cukup besar.
Proses menggunakan cat air bermula.
Sesi mengambil hadiah untuk para peserta yang menang. Saya ada di situ. ;)
siapa nama pelukis ini tuan
ReplyDelete