Tuesday, 20 December 2011

Musim Majlis Perkahwinan

Medium : Pen

Banyak betul undangan Majlis Perkahwinan yang saya terima pada bulan ni sampai tidak kesemuanya saya dapat hadiri. Mohon kemaafan kepada pasangan2 tersebut kerana tidak dapat hadir disebabkan berlakunya pertindihan undangan. Apapun saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjemput kami.
Oklah rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru'  kepada pasangan Asraf & Dalila yang baru melangsungkan perkahwinan mereka pada ahad lalu iaitu bersamaan 18/12/2011 di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana kami sendiri turut sama mengiringi dari majlis persiapan, penghantaran, pernikahan seterusnya persandingan mereka di sana. Pengantin lelaki adalah sepupu kepada wife dan prioritynya dah tentunya saya sekeluarga perlu hadir ke majlis mereka. Sama cantik dan sama padan. (Tetiba teringat lak masa dolu2.. hehe..).. Walauapapun, kami sekeluarga mendoakan agar pasangan ini bahagia dan berjaya dalam mengharungi bahtera suami isteri hingga ke akhir hayat. Segala kesenangan dan keperitan di dalam alam berumah tangga adalah lumrah dan perlu dijadikan sebagai satu panduan untuk masa-masa mendatang. Semoga sejahtera hingga ke anak cucu.


Disebalik kejayaan sesuatu majlis perkahwinan itu sebenarnya juga, kita jangan lupa kepada 'mereka-mereka yang berada dibelakang tabir'. Kerana mereka inilah juga penyumbang terbesar kepada kemeriahan hari tersebut. Kalau tiada mereka maka tak makanlah kepada para tetamu yang hadir. Situasi di atas adalah gambaran suasana sebenar persiapan majlis kahwin di kampung saya. 3 hari 2 malam pastinya perkarangan rumah kita xkan sunyi dengan keriuhan jiran2. Pabila malam, yang sanggup x tidur pun ada. Duduk di khemah sambil borak-borak kosong sampai pagi pun xpe asalkan pekena rokok penanggar sebatang serta kopi secawan. Pakcik-pakcik yang senior mula menunjukkan taring dan kehebatan masing2 dengan bermain dam haji sambil disokong kawan2 dari belakang. Akibat leka dengan cabaran dan gurauan dari penyokong tegar sekali-sekala berderai hilai tawa mereka-mereka ini memecah kesunyian pagi. Tugasan penting bermula waktu pagi yang masih berembun pada hari persandingan kira-kira pukul 3 di mana kami bingkas bangun bergegas pergi parut kelapa guna mesin. Tak banyak, cuma banyak 300-400 biji je.. hehe....(ini adalah tugas rasmi saya dengan member2 sekampung masa kakak & adik saya kawin dulu)..Kerja-kerja memarut kelapa memang ambil masa..Itu sebabnya kadang-kadang sampai 3 buah mesin parut digunakan. Nasib baik kawan2 ramai yang bujang. Maka tugasan dapat dibuat dengan jayanya dari pukul 3 pagi sampai siang hari. Naik kebas tangan dan kaki dibuatnya. Kawan2 x balik rumah pun tiada siapa yang marah, apalagi nak mandi...hehe..Almaklumlah terpaksa guna tenaga full throttle sepanjang hari. Apabila menjelang pukul 11 pagi, kedua orang tua saya dah mula duduk dihadapan sambil menyambut dan melayan tetamu yang datang. Senyuman xkan pernah lekang dilemparkan almaklumlah nak menerima menantu. Sementara tugas-tugas lain seperti setting khemah, potong daging, masak-memasak, bancuh minuman, hias lauk pengantin, cuci-mencuci dilakukan oleh kawan2, pakcik2 dan makcik2 sekampung dikepalai oleh Tok Sidang memerangkap ketua majlis. Tidak lupa tugas sebagai runner (orang tengah) juga penting untuk memastikan perkara-perkara atau bahan-bahan diminta oleh pihak orang belakang (tukang masak) sampai ditangan.. Dan di situlah saya dilantik secara tidak rasminya..Penat!.. Fakta yang perlu diterima di sini ialah masterchef2 terulung yang menyediakan lauk-lauk hidangan hingga ke lauk pengantin adalah terdiri daripada kaum-kaum lelaki ye. Yang wanita hanya lakukan yang ringan2 sahaja. Itu adalah fakta. Sebab itulah lauk2nye sedap2 belaka. hehe....Apapun, kesemua mereka lakukan tugas masing-masing dengan begitu ikhlas tanpa sedikit rasa jemu hingga hujung senja pada hari-hari terakhir. Begitulah situasi serta suasana di kampung2 ketika ada satu-satu majlis berlangsung. Tak kiralah majlis kenduri doa selamat sampailah kenduri berkhatan. Begitu meriah serta indah kehidupan bermasyarakat di kampung. Di bandar juga sama, mungkin pendekatannya sedikit berbeza.

Monday, 12 December 2011

Single storey banglo

 Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

Lama rasanya saya tidak buat posting berkaitan dengan tajuk architecture. Setelah menyelongkar beberapa folder akhirnya saya terjumpa 1 fail yang agak lama dimana design ini saya buat ketika berada di privateer. Slide di atas adalah sebuah rekabentuk rumah kediaman 1 tingkat berkonsepkan tropical design. Rekabentuk tidaklah begitu kompleks namum sedikit sebanyak terdapat elemen kemelayuan di situ seperti penggunaan ruang verandah /terrace juga elemen kayu sebagai kemasan. Pelan lantai tersebut boleh diolah kepada pelbagai konsep rekabentuk dan tema mengikut citarasa  serta kehendak client. Secara ringkas, rumah ini berkeluasan 200.00 meterpersegi (2152.8 sqft) mempunyai ruang layout berkonsep resort style (pecahan ruang) secara minimal. Ruangan bilik tidak tersusun memecah rekabentuk tipikal rumah kediaman sediada di pasaran ketika ini. Subjek yang paling penting ialah terdapat laluan atau path menghubungkan antara ruangan dapur ke master bedroom yang melintasi living area dan ruangan garden. Elemen tersebut dapat memberi impak yang besar selain memberi 1 kepuasan kepada pemilik apabila berehat di ruangan living area. Pemilik juga boleh menikmati permandangan landskap dan bunyian semulajadi secara maksimum melalui bukaan tingkap cermin yang besar disamping duduk di bawah double volume compartment. Sekiranya anda tanya berapakah harga rumah banglo ini? Saya x boleh jawab secara detail kerana saya bukan Quantity Surveyor tapi seorang designer. Cuma anggaran kasar yang boleh diberi mengikut kiraan dan formula biasa yang digunakan oleh para kontraktor ialah RM300k ke atas bergantung kepada tempat. Dan semestinya harga tersebut di KL adalah tidak mungkin!!

Monday, 5 December 2011

The Legendary of Micheal Schumacher

Series of Sportsman Star - Formula 1
Micheal Schumacher

Medium : Digital

Berikut adalah seorang figura yang memegang 7 kali kejuaraan Formula 1 World Championship dengan 288 kali grandprix entries,  91 kali grandprix wins dan 68 kali pole positions. Dia adalah lagenda permotoran dunia dimana rekod ciptaan beliau agak sukar ditanding mana-mana pelumba setakat ini, Pasukan terakhir adalah bersama pasukan Ferrari dan mengambil keputusan bersara pada penghujung 2006 ketika berada dipuncak!... Namun, beliau mengejutkan dunia permotoran apabila kembali ke kokpit pada usia 41 setelah 3 tahun bersara. Dan keputusan tersebut dianggap sebagai satu kesilapan oleh setengah pengkritik sukan bermotor kerana dia tidak akan dapat mengembalikan zaman kegemilangannya di pelumbaan era teknologi moden! Musim 2010 adalah penampilan pertamanya bersama Pasukan Mercedes GP Petronas agak mengecewakan kerana bergelut dengan masalah prestasi dan dibayangi dengan persembahan rakan sepasukan iaitu Nico Rosberg! Namum pada musim 2011 dia agak menyinar dan ada peningkatan menyaingi Rosberg walaupun belum dapat menjejaki podium sehingga penghujung musim. Kita tunggu pada musim 2012 yang dijangka akan bermula April 2012 di Melbourne, Australia! Mungkin ada sesuatu yang beliau akan buktikan dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia adalah lagenda dan tanggapan negatif pengkritik adalah salah!..

The Process