Sunday 26 February 2012

potret anak perempuan kepada ms. gaya puspa

Medium : Digital

Malam ni saya akan tidur lewat lagi.. jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Posting ini dibuat tatkala hujan lebat di luar yang mengundang rasa meluap-luap untuk tidur sambil mulut mula mengunyah sebiji gula2 kopi yang dibeli oleh wife semalam atas dasar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Rasanya ini gula2 yang ke-3 untuk pagi ini.. Berkesan? Entahlah rasanya ok lagi kot kalau ingin teruskan bekerja selagi tangan tak menongkat ke dagu sambil mendongak ke siling dan selagi saya tidak menguap untuk kali yang ke- 15. Esok kerja pulak tuu..hehe..oklah.. Akhirnya siap sebuah lagi naskah potret yang ditempah oleh seorang client 4 hari yang lalu..Task kali ini boleh dikategorikan sebagai special case sedikit dan agak tough di dalam banyak2 tempahan yang saya pernah terima. Potret ini sebenarnya telah dan perlu direview lebih awal lagi kepada pemilik kerana ingin mendapatkan pengesahan beliau mengenai potret yang dihasilkan oleh kerana...pada peringkat awal pemilik telah menghantar satu keping gambar cuma bersaiz 12KB sahaja! dimana ia boleh di kategorikan sebagai gambar bersaiz kecil... Aiseh..Agak tough juga kerana sukarnya untuk melukis potret yang hampir 89 % blur dan kabur sehinggakan rupa bentuk anak mata pun tidak boleh dibaca!..Namun sesukar mana pun saya akan cuba beri yang terbaik memandangkan cuma gambar tersebut satu2nya menjadi pilihan kepada si pemilik. Mungkin ada sebab dan alasan tertentu. Saya menghormati permintaan beliau.. Tanpa berlengah masa lagi dengan menggunakan teknik 'agak2', sedikit 'imaginasi', teknik teka-teka dan reka akhirnya alhamdullillah pas! Beliau berpuas hati dengan hasilnya. Syukur.. agak takut juga.. takut direject sebab x sama.. Tapi beliau tetap menyukainya dan menyuruh saya buatkan frame gambar kepada 2 bilangan. Akhirnya setelah dirisik2 rupa2nya gambar tersebut sebenarnya ingin dijadikan hadiah kepada anak perempuan beliau. Satu lagi potret juga ingin dihadiahkan kepada rakan baik anaknya sebagai kenang-kenangan (seorang lagi individu seperti di dalam potret).. Dan seperti yang diberitahu cuma itu sahaja satu-satunya gambar yang ada memaparkan gambar mereka berdua .. tiada lagi yang lain selain daripada itu... Ohh.. patutlah pun..

THE PROCESS

Tuesday 21 February 2012

potret ms. cristina & mr. prakash

Bride to be...
Medium : Digital

Satu lagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga iaitu officemate kepada wife saya Miss Cristina dan Mr. Prakash dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2012. Terima kasih kerana sudi menempah senaskhah potret daripada Unforgettable Art Gallery dan kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua. Tahniah!

THE PROCESS


Tuesday 14 February 2012

potret pn. nirma & suami

Pasangan pengantin baru
Medium : Digital

Pertama sekali rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan mereka baru2 ini. Terima kasih juga kerana kesudian anda untuk menempah dan mengabadikan sebuah naskah potret bersaiz 12R (A3 size) sebagai salah satu hadiah kenang-kenangan untuk dihiaskan di ruangan rumah kediaman mereka kelak. Agak sedikit sukar di dalam penghasilan potret tersebut kerana pasangan mahu lakaran keseluruhan figura mereka berada di dalam potret. Durasi sebenar yang saya ambil semasa melukis potret tersebut ialah selama setengah hari dimana ia memerlukan ketelitian pada setiap objek yang dilakarkan termasuk komotan dan renyukan baju mereka. Teknik hatching saya pilih memerlukan kesabaran dan skil yang agak tinggi di mana setiap garisan hatching tersebutlah akan menghasilkan shadow dan menimbulkan rupabentuk, rona warna serta tekstur muka figura yang saya lukis. Teknik ini agak sukar berbanding menggunakan teknik painting menggunakan brushes yang mengambil masa yang agak singkat. Namun, sesukar manapun ianya tetap memberi kepuasan kepada diri kerana berjaya menghasilkan satu lagi artwork yang saya anggap mempunyai nilai dan value yang amat tinggi dan dikongsi kepada sesiapa yang meminatinya.

THE PROCESS

Gambaran sebahagian daripada proses melakar

Gambar yang telah siap diframe, akan dipacking dan dihantar ke pada client.
( Harga : RM110 - Package B)

theme park II

Final rendered image for theme park conceptual
Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

Satu lagi posting berkaitan architecture. Lanjutan daripada posting yang lalu, image dan gambaran di atas ialah sebahagian daripada sebuah konsep layout serta rekabentuk akhir (final presentation) sebuah taman tema yang saya hasilkan sekitar 2 tahun yang lalu. Image tersebut dihasilkan menggunakan software 3dsmax (perkakasan merekabentuk objek 3D) kemudian ditouch-up dan ditambahbaik bagi menghasilkan impak realistic dan mudah difahami sebagai sebuah lukisan persembahan kepada client dengan menggunakan software Adobe Photoshop. Sekadar untuk berkongsi dan ingin memberitahu bahawa perkakasan Adobe Photoshop, Corel Draw atau setara mampu menghasilkan visual yang berkesan sekiranya anda tahu taktik dan teknik menggunakannya di dalam penghasilan photo editing..Dan ketika ini saya hanya boleh dikategorikan sebagai amatur sahaja dengan mempraktikkan teknik basic editing & composition kerana ramai lagi visualizer-visualizer hebat diluar sana yang mampu dan membuat kita terpegun dalam menghasilkan artwork yang owesome, valuable dan diluar jangkaan kita.

Wednesday 8 February 2012

potret anak pn. syasya

Kanak-kanak yang comel!

Medium : Digital

Berikut adalah senaskah lukisan potret digital yang telah ditempah oleh Pn. Syasya dari Petaling Jaya, Selangor yang memilih Package B sebagai pilihan dari galeri Unforgettable Art. Beliau ingin mengilhamkan foto anak-anak beliau kepada lukisan potret dan akan digantung serta diabadikan sebagai salah satu hiasan dinding di rumah. Naskah telah dipos pada 03/02/2012 dan sepatutnya akan diterima pada hari Selasa lalu. Moga naskah tersebut telah tiba dan diterima oleh Pn. Syasya dengan selamatnya. Harapan agar beliau berpuashati dengan artwork yang telah saya hasilkan sepertimana yang telah dipinta. Apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda dan berminat di dalam seni lukisan potret. Klik sini untuk review..

THE PROCESS