Monday 28 May 2012

merekabentuk serta naiktaraf tandas awam

 
 Proses merekabentuk (lakaran) sebelum dipindahkan kepada autocad software.

Merekabentuk, idea, konsep, budget, melakar, komputer, terjemahan, spesifikasi, bina, penzahiran, kontraktor, supervision, arahan serta produk siap yang boleh diduduki adalah antara terma yang sentiasa saya gunakan seharian 5 hari seminggu. Tugasan berkaitan ini telah menjadi sebahagian daripada resepi kehidupan saya semenjak 11 tahun yang lalu. Berikut adalah salah satu assignment yang diberi kepada saya dan perlu dizahirkan bermula A - Z.

1. Project brief /  kehendak pelanggan - naiktaraf 5 zon tandas awam sediada
2. Peruntukan / budget - 300k
3. Konsep rekabentuk - modern contemporary
4. Kelulusan Client / Authority - perlu
5. Skop kerja - meroboh dan menggantikan sistem pepaipan, sanitary fittings & taps ware, jubin lantai  
    & dinding, make-up, civil dan M & E works.
6. Lukisan / tender & contruction drawings - inhouse (2 minggu)
7. BQ / Tender Document - Quantity Surveyor
8. Pembinaan - Kontraktor
9. Supervision - saya & pasukan 
10. Siap - serah kepada client setelah siap dan boleh digunakan.
11. Saya ?? - syukur mendapat gaji bulanan. hehehe..

Dan berikut adalah antara 3d images yang saya hasilkan untuk kelulusan dan persetujuan client. Tidak detail dan hanya draft rendered tetapi cukup untuk menggambarkan konsep yang diinginkan.

 Medium : Butter paper +Autocad +3dsmax + Adobe Photoshop
Gambaran tandas sediada yang telah uzur

Tuesday 22 May 2012

urban sketch : kota keriangan

Genting Highland Theme Park
Medium : Pencil on paper

Bercuti semalaman di kota keriangan untuk menghiburkan anak kecil pada 05hb Mei yang lalu. Scenery terakam dan diambil dari kenderaan monotrain (ulat) dan memfokuskan bangunan landmark utama Taman Tema Genting.

Monday 14 May 2012

urban sketch : masjid kg. hulu

Masjid tertua di Malaysia
Medium : Pencil on paper (A5 size)

Pada jumaat lalu, setelah pulang dari kerja saya bersama famili berkesempatan ke bandar Melaka mencari barang keperluan rumah dan mencuba di salah sebuah kedai yang cukup terkenal di negeri ini suatu masa dahulu di mana ia seusia serta seangkatan dengan zaman kegemilangan Fajar, Madam King, Kg Jawa juga Great Wall Melaka. Kedai yang di maksudkan ialah Tong Hup Supermarket. Orang-orang lama pasti tahu dengan nama ini. Walaupun ia terletak di tengah-tengah bandar lama serta satu tempat yang agak mustahil untuk dikunjungi kerana kurang kemudahan parking tetapi ia tetap tidak pernah lekang dengan pelanggan-pelanggan tetap terutamanya yang berbangsa Melayu termasuk saya..
Sebenarnya lakaran di atas mempunyai kaitan dengan bangunan tersebut di mana di laluan yang samalah terletaknya sebuah masjid bersejarah dengan keunikan senibinanya iaitu Masjid Kg Hulu. Dan dikesempatan inilah saya merakamkan beberapa foto untuk diterjemahkan ke dalam lukisan. Secara faktanya, masjid tertua di Malaysia ini dibina pada tahun 1728 di zaman pemerintahan Belanda oleh masyarakat setempat dan terletak di tengah-tengah deretan kedai milik kaum cina. Senibinanya unik di mana ia gabungan antara elemen senibina dari budaya tempatan, Jawa, Belanda serta pengaruh kuat dari China. Bahan-bahan seperti jubin seramik serta jubin lantai masih kelihatan sehingga sekarang dan adalah berasal dari China di bawah pemerintahan Dinasti Ching. Motif-motif serta ukiran-ukiran menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan juga menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayu, mahkota dan awan larat melengkapkan ia sebagai sebuah monumen yang sangat menarik. Oleh yang demikian, masjid ini telah menjadi salah satu daripada bangunan sejarah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Negeri Melaka di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 (pindaan 1993). 
Maka, saya sarankan datanglah ke Melaka untuk anda melawat tempat-tempat bersejarah serta hayati keindahan sebenar senibina warisan kita. Sekian.

Wednesday 2 May 2012

urban sketch : home

 Tempat indah yang ingin selalu saya pergi..
Medium : Pencil on paper