Showing posts with label Sketches. Show all posts
Showing posts with label Sketches. Show all posts

Friday, 13 June 2014

sketch of the day : ragam mesyuarat

Barangan yang ada di atas meja.

Berikut adalah hasil contengan saya semasa menghadiri satu mesyuarat di sini pada awal pagi tadi. Agenda tersendiri serta durasi mesyuarat dirasakan terlalu panjang sehingga memberi kesan kepada fikiran sudah mulai kehilangan fokus. Disebab kehadiran di sana sebagai jemputan sahaja maka ini bermakna saya hanya berperanan sebagai wakil pendengar semasa sesi tersebut. Dan dengan ini ia menjadi faktor menyumbang kepada rasa mengantuk yang meluap-luap sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, untuk menghilangkan perasaan tersebut dari terus menguasai diri, maka dengan itu saya memulakan sesi menconteng di dalam telefon.. =)

Seseorang yang menjadi mempengerusikan mesyurat.

Lelaki separuh umur yang duduk bertentangan dengan saya.

Saturday, 5 April 2014

sketch of the day : sedang tidur

medium : pencil on paper

Awal pagi tadi saya sempat membuat sebuah lakaran 'quick sketch'. Lakaran ini saya memfokuskan posisi bayi saya yang sedang nyenyak tidur di atas baby boucer iaitu sejurus selepas sahaja dia dimandikan. Anak kecil saya ini telah pun menjangkau usia 3 bulan. Sedar tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Amat teruja untuk melihat mereka-mereka ini membesar di depan mata .... 

Saturday, 11 January 2014

sketch of the day : rak kasut

medium : pen & watercolour on paper

Tiada apa yang ingin dilakukan awal pagi semalam selain terpandangkan deretan kasut yang tersusun di rak. Misi pagi itu untuk berbasikal berjaya namun tidak dapat melakukan sebarang lakaran sepanjang perjalanan di atas alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun gian untuk melukis dapat disempurnakan dengan memilih subjek yang paling dekat dan senang dijumpai di sekeliling kita. Dengan keadaan berdiri saya dapat melakar sebuah rak kasut yang terletaknya dengan pelbagai variasi terdiri daripada jenis, saiz dan warna kasut berbeza. Akhirnya siap jua sebuah karya yang ringkas bertajuk 'rak kasut' kepunyaan saya.

  Ink pen telah hampir habis mengganggu serba sedikit tekstur garisan yang cuba saya hasilkan.

Friday, 3 January 2014

sketch of the day : lahirnya seorang putera

medium : pencil on paper

Entri pertama untuk tahun 2014.

Sembilan bulan menanti, tanggal 27.12.2013 lalu akhirnya lahirlah putera kami seberat 3.1 kg ke dunia ini. Tiada apa yang boleh digambarkan diminda melainkan sujud syukur Alhamdullilah kepada Ilahi. Syukur kerana dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik kepada isteri serta bayi ini. Semoga anak ini akan menjadi insan yang soleh dan bertaqwa ke jalan yang diredhai. InsyaAllah.

Dania kini tidak keseorangan lagi. Dengan bertambahnya seorang lagi ahli keluarga kami ini, maka sudah pasti akan terbit lagi seri dan kemeriahannya nanti. Kegirangannya telah lama dibayang. Agak lama kami menunggu saat ini. Kehadiran orang baru ini amat bermakna walaupun sedikit sebanyak akan ada sedikit perubahan di dalam rutin harian kami pada peringkat awalnya. Tiada masalah. Semua ini saya anggapkan sebagai satu hadiah tidak ternilai kepada saya untuk seorang bapa. Ia adalah proses biasa yang mematangkan diri menjalani kehidupan berkeluarga. 

Harapan semoga kehidupan saya akan lebih bahagia dan ceria di dalam membesarkan mereka nanti. Sudah pasti saya akan cuba menjadi seorang bapa paling baik dan terbaik dikalangan bapa-bapa yang paling baik di dunia ini. Itu memang semestinya! =)

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!

Monday, 25 November 2013

sketch of the day : klinik

Medium : Snote, Samsung Note 2

Lakaran tersebut di atas terhasil ketika sesi menunggu di salah sebuah klinik kesihatan di sini pagi tadi. Saya ke sana menemankan isteri mendapatkan pemeriksaan berkala mengenai kehamilannya. Syukur kerana usia kehamilan telah menjangkau ke angka 8 bulan. Dijangka saya akan menerima orang baru seawal tahun hadapan nanti. InsyaAllah. Lukisan di atas menunjukkan meja pemeriksaan kesihatan yang lengkap dengan peralatan berkaitan yang saya sendiri saya tidak tahu apa fungsinya selain alat memeriksa tekanan darah. Lakaran di bawah pula, ialah sebuah pasu bunga dengan pokok renek kehijauan yang begitu menarik perhatian saya dan dilukis semula dikala sesi menunggu yang agak panjang.
Medium : Snote, Samsung Note 2

Saturday, 16 November 2013

sketch of the day : topi

 medium : pencil on paper

Cuti hujung minggu saya tidak ke mana. Rancangan untuk berbasikal pada awal pagi terencat seketika kerana hujan turun sejak malam tadi. Tiada apa aktiviti yang saya rancangkan buat melainkan mencuri-curi masa menyambung semula tugasan berkaitan lukisan pelan submission. Dania masih lagi tidur. Pagi masih pun terlalu awal. Sambil-sambil itu hati terdetik untuk melakar. Tanpa lengah, peralatan melukis dicapai. Hari ini saya cuba bereksperimentasi subjek lukisan menggunakan pensil. Agak lama tidak menggunakan medium ini. Akhirnya siap sudah sebuah lakaran bertajuk 'Topi'. Topi jenis army ini kegemaran saya dan dibeli ketika berada di Langkawi tempoh hariSubjek ini menjadi pilihan sebagai model kerana saya ingin menonjolkan teknik hatching dan shadow selain ingin menimbulkan tekstur renyukan kain. Dan inilah hasilnya. 

Lakaran ini menggunakan pensil 3B ke atas sketchpad buatan sendiri.

Friday, 28 June 2013

sketch of the day : convocation


Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan 'sekalung tahniah' kepada isteri di atas penerimaan sijil di Majlis Konvoksyen Universiti beliau yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 22/06/2013 yang lalu. Penantian selama setahun akhirnya berbaloi. Dan saya turut merasai kegembiraan tersebut serta dirai dengan penuh kesyukuran. 


Gambar di atas adalah diilhamkan oleh saya dimana ia dilakar di dalam flip skechbook yang sentiasa saya gunakan sebagai album lukisan. Setiap lakaran dihasilkan membawa cerita disebaliknya. Jambangan bunga tersebut saya rakamkan semasa berada di kerusi tetamu ketika penyampaian scroll berlangsung. Saya rakamkan dan dilukis semula sebagai tanda kenangan saya terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku di sekeliling saya.  

Wednesday, 19 June 2013

sketch of the day : pasu bunga

Medium : Snote, Samsung Note II

Pagi ini saya menunggu lagi. Kali ini seperti biasa saya akan tiba awal di bandar Melaka kerana perlu bergegas menghantar isteri bekerja syif pukul 7.00 pagi. Ini bermakna saya ada ruang sekitar 1 jam sebelum masuk bekerja iaitu pada pukul 8.00 pagi. Oleh yang demikian, kebiasaannya saya akan membeli senaskah surat khabar dan membacanya di dalam kereta ataupun mengambil sedikit kesempatan dengan pergi ke mesin ATM  untuk membuat sebarang transaksi sebelum tiba waktu bekerja. Namun pada pagi ini saya memakirkan kenderaan di tepi sebatang jalan dan melakarkan objek yang boleh dijumpai di sana. Dengan menggunakan medium peranti telefon pintar, akhirnya saya berjaya melakarkan deretan pasu bunga berukir (decorative flower pot) yang menghiasi sepanjang ruangan pejalan kaki di jalan Hang Tuah Walk, Melaka. Lukisan ini nampak timbul dengan menggunakan sedikit teknik bayang-bayang (shadow).

sketch of the day : ikan hiasan

Ikan komet
Medium : Snote, Samsung Note II

'Menunggu' adakalanya membosankan. Tetapi sekiranya sesi menunggu itu dipenuhkan dengan sedikit aktiviti seperti membaca ataupun menulis ianya pasti tidak akan merugikan. Situasi ini juga berlaku pada saya semalam. Saya ke hospital berdekatan bersama isteri bagi menjalankan pemeriksaan kehamilan yang mengambil masa menunggu yang agak panjang. Dikesempatan itu, saya terfikir untuk melakar untuk memenuhi kekosongan waktu. Dengan pantas saya mengeluarkan peranti telefon pintar dan terus melakar objek yang berdekatan. Hasilnya saya dapat menghasilkan sebuah objek iaitu seekor ikan hiasan terdapat di dalam akuarium yang dipamerkan di lobi menunggu. Ikan yang dihasilkan ini tidak diketahui namanya. Namun setelah menyemak di laman sesawang, spesis ini dinamakan sebagai ikan komet yang biasa dipelihara oleh peminat hobi membela ikan hiasan.

Friday, 8 March 2013

sketch of the day : trip to sarawak


Saya sekarang berada di Sarawak. Momen ini diambil ketika berada di dalam pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Sarawak. Berada di posisi sebelah tingkap amat mengujakan di mana saya dapat melihat panorama luar pesawat semasa penerbangan. Durasi perjalanan cuma mengambil masa sekitar 1 jam setengah. Saya sempat membuat lakaran memandangkan tiada apa yang dapat dilakukan selain daripada membaca majalah korporat yang telah dibaca berulang kalinya. Lakaran dilakar melalui telefon pintar saya menggunakan aplikasi sketchbook mobile. 5 bintang diberikan terhadap aplikasi ini kerana ia sesuai digunakan kepada pengguna yang mempunyai hobi melukis. Sistem layering disediakan memudahkan teknik mewarna. Begitu menarik sekali. Namun, dengan keadaan kokpit yang agak sempit menyukarkan saya menghasilkan garisan yang lebih lurus. Berikut adalah posisi saya semasa kejadian ini berlaku. Kelihatan lutut rakan sekerja saya yang sentiasa bergerak-gerak membetulkan posisinya bagi mendapatkan postur yang lebih selesa.


Wednesday, 27 February 2013

sketch of the day : dania sedang tidur


Lakaran di atas merupakan 2 posisi postur anak kecil saya yang sedang nyenyak tidur selepas waktu maghrib sebentar tadi. Objektif utama lakaran dibuat sebenarnya lebih kepada eksperimentasi ke atas aplikasi Snote terdapat di dalam peranti telefon saya. Inilah percubaan kali pertama saya menggunakan medium tersebut sejak gajet ia dibeli lebih sebulan lalu. Agak mudah dan ringkas cuma paparan yang agak sedikit kecil. Kanvas melukis juga tidak boleh dirotate untuk mendapatkan kepuasan maksimum namun ia tetap tidak menghadkan kreativitiYang lain adalah terbaik! Sekiranya ada teknik layering mungkin ia lebih menyeronokkan lagi !.

Sunday, 10 June 2012

sketch of the day : contengan dalam buku nota

Apa yang anda lihat di bawah adalah contengan saya semasa menghadiri sebuah kursus di salah sebuah hotel yang berlangsung pada hujung bulan lalu yang baru hari ini saya sempat lampirkan. Sekadar untuk berkongsi serta menceritakan sedikit senario serta pengalaman saya di sana selama 2 hari 3 malam dengan jadual yang agak padat. Contengan adalah menggunakan sebatang pensil 2H berwarna merah serta sebuah buku nota bersaiz 4.5cm x 9.5cm diberi dan disertakan bersama goodies yang lain.
Saya duduk di barisan hadapan (dalam keadaan terpaksa) dan merakamkan keadaan pentas serta aksessori berkaitan. Dijelaskan di sini bahawa contengan dibuat adalah semata-mata untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bukannya untuk berangan-angan sambil fikiran melayang-layang serta berfantasi. Saya seorang yang sangat fokus!. ;p

Beberapa figura penceramah yang saya lakarkan sebagai ingatan kepada mesej yang disampaikan oleh mereka juga item yang sentiasa berada di atas meja sepanjang kursus dijalankan. Akhir kata, lakaran ini ditujukan khas kepada rakan-rakan peserta kursus yang hadir bersama-sama saya tempoh hari sebagai tanda kenangan. Sekian.

  Medium : Pencil on paper

Wednesday, 25 April 2012

sketch of the day : kerbau

Kerbau
Medium : Watercolour

Petang tadi semasa pulang dari tempat kerja saya berkesempatan merakamkan scene dua ekor kerbau yang sedang asyik meragut rumput tidak jauh dari taman perumahan kami. Kenapa kerbau? Ada 3 sebab kenapa saya berminat untuk mengetengahkan topik ini...

1. Walaupun lokasi taman perumahan kami terletak berhampiran bandar tetapi sebahagian kawasan ini sebenarnya masih di kelilingi dengan lapangan tanah rendah tidak diusahakan dan menjadi tumpuan haiwan ternakan dari kampung berdekatan meragut selain menjadi tempat mereka berkeliaran. Suasana agak menarik terutama waktu pagi dengan kehadiran kerbau juga sekumpulan burung bangau bertenggek di atas badan sebagai pelengkap suasana seperti kampung. Namun, kehadiran mereka tidak disenangi penduduk terutama ketika sebahagian besar penduduk bekerja di mana waktu itulah masa sesuai untuk mereka merosakkan tanaman yang di tanam di kawasan perumahan ini malah kadangkala meninggalkan jejak yang berbau sebagai hadiah. Tapi bagi saya kehadiran mereka tetap indah dan hanya perlu ditangani dengan cara yang demokrasi antara persatuan penduduk dan pemilik ternakan berhampiran.

2. Saya sedang bereksperimentasi menghasilkan lukisan menggunakan watercolour yang mana medium ini saya telah tinggalkan hampir 11 tahun daripada menggunakan sebarang peralatan berus. Medium ini adalah medium kegemaran saya sejak sekolah dulu namun terhenti kerana memberikan tumpuan kepada yang lain. Dan hasilnya akan kurang sedikit di mata saya dan mutunya jauh daripada dulu kerana skills ini telah lama tidak dipraktikkan malah agak kekok untuk memegang berus. Namun saya akan berusaha memantapkan lagi teknik ini lagi dan berjanji akan memperbanyakkan artwork menggunakan watercolour untuk posting akan datang. Chaiyookk!

3. Dan sebab yang utama juga saya berminat mengetengahkan topik ini ialah.... sebenarnya saya sedang mencuba keberkesanan handphone baru dan ingin melihat hasil gambar yang ditangkap melalui handphone ini.. hehehe...
agak kagum juga malah berpuas hati memilih gadget baru ini tanpa was-was. Hasilnya saya dapat ilhamkan sebuah lukisan melalui gambar yang terakam di dalam handphone tersebut dan menjadi tatapan kepada anda semua.. hehehe.. Sekian untuk makluman.

Wednesday, 11 April 2012

A thousand years..


* kami teringat akan kamu yang jauh di sana... 

"A Thousand Years"
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more



Thursday, 5 April 2012

sketch of the day : seminar

Hari ini telah masuk hari ke-2 saya menghadiri satu seminar yang berlangsung selama 3 hari di sini. Seminar ini adalah berkaitan sistem perngurusan serta cara mentadbir dalam melaksanakan sesebuah projek pembinaan. Topik yang agak menarik dan banyak ilmu pengetahuan yang boleh dipelajari. Masa yang diambil adalah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang yang mana ia merupakan satu sesi seminar yang agak panjang dan meletihkan. Untuk menghilangkan rasa mengantuk, saya sempat memerhati serta membuat sedikit sketches di atas kertas pocket notepad tentang sebahagian senario dan gelagat orang dikeliling untuk dikongsikan bersama. Mungkin anda juga pernah mengalami situasi yang sama seperti saya.. :-)

 
1. Rekabentuk kerusi anti mengantuk yang kami semua gunakan di mana ia susah untuk bersandar bagi   
    peserta bersaiz besar. Pengurusan yang memang bijak. 
2. Seorang peserta senior yang agak tekun mendengar sambil membaca handout yang diberi. Perlu dicontohi.
3. Seorang lagi peserta di sebelah kiri depan saya yang agak bersungguh-sungguh mendengar walaupun 
    sebenarnya di sedang tidur (anak mata yang terlindung daripada spec berbingkai besar).


4. Rakan berbaju petak sentiasa membetulkan posisi duduk kerana tidak selesa dengan kerusi low back
    Badan perlu diurut bila balik ke rumah nanti.
5. Peserta di hadapan saya yang tidak bergerak dan kadang-kala mengangguk seolah-olah faham dengan  
    penerangan yang diberi. Sebenarnya dia juga sedang tidur.
6. Penceramah yang memberi talk dengan sepenuh hati dan mencurahkan ilmu yang ada dengan harapan
    hadirin semua faham dengan apa yang sedang disampaikan. Content menarik tetapi graf penyampaia 
    perlu sedikit dipertingkatkan agar dapat menarik perhatian peserta di bahagian belakang.


7. Dan saya merakamkan pose semasa membuat sketches di mana secara total dapat menghilangkan rasa
    mengantuk dan secara tidak langsung fokus pada sesi seminar dapat dibaiki.
8. Walaupun kadang-kadang sentiasa memerhatikan jam tangan untuk melihat waktu sebenar bila sesi ini
    akan tamat.
9. Pocket Notepad yang saya gunakan. Sekian.

Monday, 2 April 2012

sketch of the day : menu makanan tengahari

The chicken rice shop!
Medium : Pen

Sabtu lalu saya sekeluarga keluar bersama-sama dengan tujuan mencari buku rujukan keperluan wife untuk pengajian beserta dengan tujuan hanya bersiar-siar mata dikala cuti hujung minggu. Masa saya bersama isteri agak terhad mulai minggu lepas dimana wife dalam tempoh bercuti dan menyambung pengajiannya di Kuala Lumpur selama setahun..Maka dengan kesempatan dua hari tersebutlah kami cuba gunakan segenap ruang dan masa yang ada bersama-sama sebelum wife berangkat pulang pada keesokan harinya. Dania agak gembira dengan kepulangan mamanya setelah seminggu berpisah dan hanya tidur bersama saya sebelum ini.. Lagatnya buatkan kami rasa riuh kembali setelah seminggu yang agak suram dilaluinya yang secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi tempias pada saya. Keputusan agak sukar diambil untuk membenarkan wife pergi namun demi kepentingan masa depannya di tempat kerja juga saranan dari pengurusan atasan yang memerlukan staff yang advance dalam bidangnya buatkan saya tekad dengan memberi lampu hijau. Peluang ini saya anggapkan sesuatu yang positif demi kerjayanya. Peninggalan wife untuk sambung pengajian sebenarnya membuatkan suasana rumah kami rasa agak kosong dan sunyi seketika tapi dengan harapan ianya hilang dan terbiasa seiring dengan masa. Setahun tidak lama. Itulah kata-kata perangsang untuk mereda dan menyedapkan hati sunyi.. huhu.  Contengan di atas saya ilhamkan semasa kami menjamu selera medan Chicken Rice Shop di Mahkota Parade, Melaka. Kalau dulu saya agak nomad dengan makanan segera (fast food) dimana hanya KFC, McDonald yang agak common hanya saya jejaki sejak saya sekolah. Namun sekarang ini rasanya semua kami telah cuba!

Thursday, 29 March 2012

sketch of the day : beruang

Beruang Hijau
Medium : Pencil

Ini adalah seekor beruang. Beruang ini dikategorikan spesis yang tidak ganas tetapi sedikit pemalu dan merendah diri. Bukan kerana kepalanya bertampal tetapi kerana dia unik. Mempunyai cerita dan sejarahnya tersendiri yang hanya boleh disematkan di dalam hati. Kini, ia telah menjadi sahabat baik kepada seorang kawan yang comel dan sering menjadi peneman setia dikala sunyi. Mulutnya kini telah berbekas cawan minuman air milo yang mana ianya berjaya membuktikan tahap keakraban mereka berdua.

Wednesday, 28 March 2012

sketch of the day : beg galas

Beg galas
Medium : Pencil

Untuk makluman, saya sedang berusaha memaparkan elemen baru di dalam blog iaitu edisi contengan atau lukisan harian atau di panggil sketch of the day. Sketch yang ini akan berdasarkan apa jua yang saya buat, terlihat, pengalaman serta situasi yang tergambar di sekeliling saya ketika itu dan diterjemahkan di dalam bentuk lukisan. Sekadar untuk berkongsi bercerita serta mengisi ruang kosong sediada. Sketch di atas adalah sebuah beg galas kepunyaan saya. Dibeli di Penang pada tahun 2008 ketika menghadiri kursus di sana di mana ia masih saya gunakan hingga sekarang. Harganya tidaklah begitu mahal karana bukan sebuah barang berjenama tapi tarikan pada warna dan rupabentuk menjadi minat saya. Salah satu daripada prinsip yang saya amalkan ialah membeli atau mememiliki sesuatu barang biar barangan itu murah tapi kelihatan cantik, sedap dipandang dan kemas. Disebabkan prinsip itulah sebenarnya kekadangan saya rasa sentiasa tertipu dengan kualitinya kerana dengan hanya memandang kepada kecantikan. hehe..jadi berhati-hati!. Di dalamnya terkandung sebuah laptop serta aksessori, buku-buku nota, majalah, juga sampah yang sering saya bawa terutama ke pejabat. Namun, jasanya pada saya memang saya kenang walaupun ketika ini sistem zipnya yang kadang-kadang hampir rosak disebabkan kapasiti barang yang saya bawa sentiasa melebihi muatan.

Tuesday, 31 January 2012

Antara melanggar atau mengelak!

Peristiwa dikejar angsa!
Medium : Pen

Scene : situasi balik ke kampung sendiri dari kampung mertua (edisi singgah sekejap).
Masa : 5 petang Sabtu
Route : jalan pintas penghubung antara kedua-dua kampung.
Keadaan jalan dan suasana : seperti dalam filem 'hantu kak limah balik rumah'.
Kenderaan : pinjam motor ayah mertua (baru beli sebulan) hehe..
Yang terlibat : diri sendiri, wife, dania dan segerombolan angsa yang ganas.
Kenapa diserang :  memecut 80km/j sambil bunyikan hon!
Aksi tidak boleh dilupakan : apabila wife mengangkat kedua kaki seperti mat rempit mengelak lopak air hujan!
Dialog :                                     * Mama :  aaaarrrrgghhhhhhhhhh!!
                                                   * Dania : ayah nengok... burung! 
                                                        * Ayah : rileks ma..rileks!
        




Tuesday, 24 January 2012

Sang Pemimpi

                  Medium : Pen

       Agaknya saya dah lama tertinggal daripada menyaksikan sebuah filem yang saya rasa hebat yang pernah keluar sekitar tahun 2010 dahulu. Malu rasanya untuk berkongsi kerana mungkin ianya cerita lama dan mungkin orang lain pun dah lama tidak ambil peduli. Tapi saya tetap peduli kerana isi dan masej yang terkandung dalam filem tersebut sangat menarik perhatian saya. Setelah menontonnya untuk kali kedua pada hari semalam (kebetulan ianya di tayang di astro dan saya tertengok) rasa terpanggil untuk bercerita serba sedikit apa yang ada di dalam Sang Pemimpi.

       Sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel popular Indonesia ditulis oleh Andrea Hirata dan merupakan trilogi daripada Filem Laskar Pelangi. Berkisar dan berlatar belakang tahun 1980an menceritakan 3 watak penting iaitu Ikal, Arai dan Jimbron di zaman remajanya yang mengejar impian dan cita-cita tinggi ingin menyambung pelajaran mereka hingga ke Paris walaupun mereka terpaksa menerima hakikat berada dalam kemiskinan, kepayahan dan kesusahan hidup pada era tersebut. Arai adalah sepupu kepada Ikal yang kematian keluarga menumpang kasih kepada keluarga Ikal dan bersahabat baik kepada Jimbron yang agak gagap serta yatim piatu. Mereka bertiga menyambung pelajaran hingga ke sekolah menengah di Daerah Manggar dengan hidup berdikari dan bekerja separuh masa sebagai buruh bagi menampung pembelajaran juga menabung untuk ke Paris. Ikal dan Arai merupakan pelajar yang cerdik dan Jimbron agak kurang namun ia tidak pernah membataskan persahabatan mereka. Dan semasa di sana pelbagai kisah lucu, nakal, gembira, kecewa, semangat persahabatan, keakraban antara guru dan murid, selisih faham, duka, cinta dan pelbagai perkara mereka bertiga lalui sehingga 1 ketika ayah Ikal begitu kecewa dengan keputusan peperiksaan anaknya. Dari detik itu Ikal insaf dan berjanji diri dan sahabat bertiga untuk maju dan terus menggapai impian mustahil mereka. Dan akhirnya mereka berjaya ke Paris dengan berkat usaha yang tidak pernah luntur dan dapat lalui kesempitan hidup yang boleh melumpuhkan hasrat mereka. Walaupun akhirnya cuma berdua sahaja berjaya menggapai impian itu dan pernah terpisah seketika namun semangat sahabat yang kecundang itulah berjaya membawa mereka ke Paris. Siapa? Macammana kisah selanjutnya? Saya rasa anda perlu saksikan sendiri filem hebat ini. Saya secara peribadi berasa kagum dengan penulisan novel asal cerita ini juga kepada pengarah yang berjaya menerjemahkannya menjadi satu filem yang menarik, hidup dan penuh penghayatan sehingga satu ketika anda seolah2 ingin menjadi sahabat ke-4 kepada mereka yang hidup dengan semangat setia kawan dan kemesraan masyarakat sekeliling seperti sebuah keluarga. Kalau anda berpeluang cuba cari filem ini! namun sebelum itu, hayatilah ungkapan di dalam filem yang akan buat anda tersentuh!



 "Bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu"

"Ayahku, ayah juara satu seluruh dunia
"



Kenapa ia sebuah filem menarik?

1. Memberi inspirasi, motivasi dan semangat setiakawan.
2. Tiada apa yang mustahil dalam mengejar cita-cita.
3. Menghargai jasa guru.
4. Merasa bangga dan merasa lebih menghargai pengorbanan seorang ayah.
5. Menyayangi ibu bapa.
6. Menghargai masyarakat sekeliling.
7. Ilmu agama serta pendidikan itu amat penting.
8. Jangan lupa Solat.
9. Keharmonian hidup di kampung.
10. Berlatar belakang tahun 1980an mengimbau suasana hidup ibu bapa kita.
11. Menunjukkan budi bahasa, jatidiri kental bangsa dan keturunan orang melayu di Indonesia.
12. Masyarakat melayu yang amalkan kesederhanaan dan berpegang kepada Agama Islam.
13. Plot dan sinematography shot yang sangat cantik dan menarik.

Scene yang tidak akan dilupakan :

1. Aksi Arai, Ikal dan Jimbron memandang poster panggung wayang.
2. Aksi Arai cuba memikat Zakiah Nurmala di depan rumah dengan sebuah gitar.
3. Scene seorang kawan (abg.. lupe nama dia) nyanyi lagu melayu depan mereka bertiga.
4. Scene bapa Ikal dikecewakan dengan sepucuk surat (flashback).
5. Scene Ikal memohon maaf dengan bapanya dengan begitu menyentuh hati.
6. Scene berangkat ke Jakarta menaiki kapal.