Tuesday 31 January 2012

Antara melanggar atau mengelak!

Peristiwa dikejar angsa!
Medium : Pen

Scene : situasi balik ke kampung sendiri dari kampung mertua (edisi singgah sekejap).
Masa : 5 petang Sabtu
Route : jalan pintas penghubung antara kedua-dua kampung.
Keadaan jalan dan suasana : seperti dalam filem 'hantu kak limah balik rumah'.
Kenderaan : pinjam motor ayah mertua (baru beli sebulan) hehe..
Yang terlibat : diri sendiri, wife, dania dan segerombolan angsa yang ganas.
Kenapa diserang :  memecut 80km/j sambil bunyikan hon!
Aksi tidak boleh dilupakan : apabila wife mengangkat kedua kaki seperti mat rempit mengelak lopak air hujan!
Dialog :                                     * Mama :  aaaarrrrgghhhhhhhhhh!!
                                                   * Dania : ayah nengok... burung! 
                                                        * Ayah : rileks ma..rileks!
        




Tuesday 24 January 2012

Sang Pemimpi

                  Medium : Pen

       Agaknya saya dah lama tertinggal daripada menyaksikan sebuah filem yang saya rasa hebat yang pernah keluar sekitar tahun 2010 dahulu. Malu rasanya untuk berkongsi kerana mungkin ianya cerita lama dan mungkin orang lain pun dah lama tidak ambil peduli. Tapi saya tetap peduli kerana isi dan masej yang terkandung dalam filem tersebut sangat menarik perhatian saya. Setelah menontonnya untuk kali kedua pada hari semalam (kebetulan ianya di tayang di astro dan saya tertengok) rasa terpanggil untuk bercerita serba sedikit apa yang ada di dalam Sang Pemimpi.

       Sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel popular Indonesia ditulis oleh Andrea Hirata dan merupakan trilogi daripada Filem Laskar Pelangi. Berkisar dan berlatar belakang tahun 1980an menceritakan 3 watak penting iaitu Ikal, Arai dan Jimbron di zaman remajanya yang mengejar impian dan cita-cita tinggi ingin menyambung pelajaran mereka hingga ke Paris walaupun mereka terpaksa menerima hakikat berada dalam kemiskinan, kepayahan dan kesusahan hidup pada era tersebut. Arai adalah sepupu kepada Ikal yang kematian keluarga menumpang kasih kepada keluarga Ikal dan bersahabat baik kepada Jimbron yang agak gagap serta yatim piatu. Mereka bertiga menyambung pelajaran hingga ke sekolah menengah di Daerah Manggar dengan hidup berdikari dan bekerja separuh masa sebagai buruh bagi menampung pembelajaran juga menabung untuk ke Paris. Ikal dan Arai merupakan pelajar yang cerdik dan Jimbron agak kurang namun ia tidak pernah membataskan persahabatan mereka. Dan semasa di sana pelbagai kisah lucu, nakal, gembira, kecewa, semangat persahabatan, keakraban antara guru dan murid, selisih faham, duka, cinta dan pelbagai perkara mereka bertiga lalui sehingga 1 ketika ayah Ikal begitu kecewa dengan keputusan peperiksaan anaknya. Dari detik itu Ikal insaf dan berjanji diri dan sahabat bertiga untuk maju dan terus menggapai impian mustahil mereka. Dan akhirnya mereka berjaya ke Paris dengan berkat usaha yang tidak pernah luntur dan dapat lalui kesempitan hidup yang boleh melumpuhkan hasrat mereka. Walaupun akhirnya cuma berdua sahaja berjaya menggapai impian itu dan pernah terpisah seketika namun semangat sahabat yang kecundang itulah berjaya membawa mereka ke Paris. Siapa? Macammana kisah selanjutnya? Saya rasa anda perlu saksikan sendiri filem hebat ini. Saya secara peribadi berasa kagum dengan penulisan novel asal cerita ini juga kepada pengarah yang berjaya menerjemahkannya menjadi satu filem yang menarik, hidup dan penuh penghayatan sehingga satu ketika anda seolah2 ingin menjadi sahabat ke-4 kepada mereka yang hidup dengan semangat setia kawan dan kemesraan masyarakat sekeliling seperti sebuah keluarga. Kalau anda berpeluang cuba cari filem ini! namun sebelum itu, hayatilah ungkapan di dalam filem yang akan buat anda tersentuh!



 "Bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu"

"Ayahku, ayah juara satu seluruh dunia
"



Kenapa ia sebuah filem menarik?

1. Memberi inspirasi, motivasi dan semangat setiakawan.
2. Tiada apa yang mustahil dalam mengejar cita-cita.
3. Menghargai jasa guru.
4. Merasa bangga dan merasa lebih menghargai pengorbanan seorang ayah.
5. Menyayangi ibu bapa.
6. Menghargai masyarakat sekeliling.
7. Ilmu agama serta pendidikan itu amat penting.
8. Jangan lupa Solat.
9. Keharmonian hidup di kampung.
10. Berlatar belakang tahun 1980an mengimbau suasana hidup ibu bapa kita.
11. Menunjukkan budi bahasa, jatidiri kental bangsa dan keturunan orang melayu di Indonesia.
12. Masyarakat melayu yang amalkan kesederhanaan dan berpegang kepada Agama Islam.
13. Plot dan sinematography shot yang sangat cantik dan menarik.

Scene yang tidak akan dilupakan :

1. Aksi Arai, Ikal dan Jimbron memandang poster panggung wayang.
2. Aksi Arai cuba memikat Zakiah Nurmala di depan rumah dengan sebuah gitar.
3. Scene seorang kawan (abg.. lupe nama dia) nyanyi lagu melayu depan mereka bertiga.
4. Scene bapa Ikal dikecewakan dengan sepucuk surat (flashback).
5. Scene Ikal memohon maaf dengan bapanya dengan begitu menyentuh hati.
6. Scene berangkat ke Jakarta menaiki kapal.


Friday 20 January 2012

Potret Enche Muiz

Potret Enche Muiz (a.k.a ipar)

Medium : Digital

Baru sahaja sebentar tadi saya menyiapkan sebuah lukisan potret yang agak urgent dan perlu disiapkan sebelum esok.. Alhamdullillah siap jugak akhirnya setelah bersengkang mata dan mengorbankan nikmat waktu tidur yang sepatutnya diperolehi oleh semua manusia di bumi ini bagi menghasilkan sesuatu yang saya minat selama ini..Fikiran lapang, hati tenang dan Dania pun masih tidur so inilah antara faktor-faktor menyumbang kepada kejayaan menghasilkan sebuah potret.. Sekiranya  faktor ini tidak diambil kira maka akan berlakulah peperangan di dalam diri samada untuk menyiapkan sesuatu task dengan agak rushing atau menunggu waktu betul-betul sesuai bagi menghasilkan lukisan potret berkualiti. Namun apa jua sekali pun, masa dan ketetapan terletak di tangan kita. Kita perlulah berdisplin merangka serta menjadualkan diri kita di dalam membuat sesuatu perkara..

THE PROCESS


Sunday 15 January 2012

Portrait Wall Deco


Promosi! Produk terbaru dari Unforgettable Art!

Mari kawan-kawan...! Hari ini bermulanya tempahan sebuah produk terbaru Portrait Wall Deco dari saya untuk anda semua! Sekiranya anda berminat sila layari tab Artwork and Package Details untuk keterangan lanjut. Dapat dan tempahlah sekarang sebelum terlambat!

Wednesday 11 January 2012

sweet singaporean couple


Medium : Digital

Terima kasih kepada Miss Dyan kerana berkongsi minat dalam seni lukisan potret. Wish u both best of luck!

Tuesday 10 January 2012

conceptual of theme park

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

Berikut adalah sebuah lukisan konsep rekabentuk untuk sebuah taman tema di Melaka. Gambarajah tersebut menunjukkan lakaran kasar layout atau susunatur pecahan-pecahan taman tema mengikut kategori dan theme. Namun, rekabentuk di atas adalah tidak seperti yang kita lihat dan terbina sekarang di sana. Ia adalah cuma sebuah gambarajah konsep lama untuk sebuah presentation yang diarahkan dan dipohon pertolongan oleh seorang kawan kepada saya. Dan saya kongsikan kepada anda semua...

Tuesday 3 January 2012

Tahun baru basikal baru...

Medium : Pen

Tahun baru, basikal pun dapat yang baru...Menjelang tahun baru 2012, satu lagi kejutan dibuat oleh mama Dania (bukan ayah.. hehehe..) apabila berbesar hati menghadiahkan sebuah basikal pink kepada Si Dia. Dania sangat suka dengan 'kawan' barunya itu, malah susah nak berenggang dari pagi sampai ke petang. Almaklumlah benda baru... Bila tiba waktu nak suap makan pun kena duduk di atas basikal, barulah kerja-kerja suapan dapat dilaksanakan dengan jayanya .. Walaupun belum pandai sangat mengayuh, tapi setakat untuk pusing satu rumah memang excellent punya job dan x payah untuk diajar.. Kadangkala tahap keseronokkan itu memang mengatasi segala-galanya sehinggakan satu ketika Dania bercakap dengan basikal dia sendiri! ..hehe. Tergelak saya tengok dengan keletahnya..comey!!..Tidak jemu-jemu main si kecil saya ini. Rasanya agak tricky dan susah untuk pisahkan antara Dania dan basikalnya bila menjelang malam maka dengan itu saya terpaksa menggunakan kaedah menutup semua lampu dalam rumah supaya anak saya ini rasa takut dan akan cepat masuk tidur (kaedah yang biasa digunakan oleh ibu bapa seantero dunia)....namun teknik itu nampaknya tidak berjaya. Walaupun keadaan gelap-gulita, loceng basikal masih tetap berbunyi...

" kring-kring! ayah!! mama!! nak syerlim (aiskrim) satu tak?" 

Hehe... kecik-kecik saya macam 2 la agaknye ye... okla, apa-apapun sebelum terlambat saya ingin mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua.. Semoga azam yang terpasang dapat dipenuhi dan berjaya di dalam apa jua bidang serta kehidupan yang bakal di tempuhi untuk tahun baru ini..Aminnn.. Adios Amigos!!