Wednesday 28 December 2011

Kasut baru..


Medium : Pen

Satu kejutan dibuat oleh wife kepada saya pada sabtu lalu iaitu dengan menghadiahkan saya sepasang kasut baru menggantikan kasut hilang dirembat 'orang-orang yang x cukup kasut' di rak kasut rumah kami awal tahun dulu. Walaupun design kasut ni agak common seperti kasut-kasut yang ada di pasaran tapi masih ada yang special terdapat pada finishes kasut ini menyebabkan ia lain dari yang lain sehingga berjaya menambat hati kami berdua. Saya sangat suka dan teruja. Terima kasih kepada wife kerana berjaya membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga dari pagi hingga esok hari.. hehe.. Dengan adanya kasut baru ini maka makin akan bertambahlah agenda dan rancangan pergi jalan-jalan untuk tahun baru nanti... just wait and see..


Saturday 24 December 2011

The Iceman returns!

Series of Sportsman Star - Formula 1
Kimi Raikkonen

Medium : Digital

Kimi Raikkonen is back! Pelbagai spesikulasi kedengaran di paddock di penghujung musim 2011 di mana dia dikaitkan akan kembali ke kancah F1 bersama  pasukan Williams F1 Team dan bakal menggantikan tempat pelumba veteran Ruben Barricello... Namun apa yang mengejutkan ialah dia telah menandatangani kontrak  untuk pasukan Lotus Renault GP selama 2 tahun bukannya seperti rumours yang dikhabarkan sebelum ini...Dan sudah pastinya kehadirannya semula ke saingan akan datang maka akan menghangatkan lagi perlumbaan 2012 dimana sebagai rekod terdapat 6 juara dunia akan berada di grid perlumbaan! Tahap kelajuan, konsistensi, fokus dan karisma memang ada pada figura ini di mana ia diakui sebagai salah seorang pelumba kereta yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang juara! Secara sepintas lalu, beliau menjejakkan kaki di dalam dunia F1 bersama pasukan Sauber Petronas pada tahun 2001 bergandingan bersama Nick Heidfeld. Kemudian dengan persembahan hebat di litar telah memberi kepercayaan Principal pasukan Mclaren tahun seterusnya untuk menggantikan Mika Hakkinen yang ingin bersara (bakal menyertai perlumbaan DTM selepas itu) dan terus menyambung legasi kejuaraan Mika Hakkinen. Dua kali percubaannya yang hampir menjadi juara dunia berganda tetapi sering dinafikan dengan kerosakan jentera Mclaren (engine blow-up setiap kali nak final conner..ingat lg bro..) dimana dia hanya berpuas hati menjadi naib juara dunia pada tahun 2003 dan 2005!.. Akhirnya di ditabalkan sebagai juara dunia pada tahun 2007 dengan kelebihan 1 mata (pertarungan hebat antara beliau, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton) dimana hanya Pasukan Ferrari sahaja ketika itu dapat merialisasi impian yang diidamkan selama ini. Namun, pada penghujung tahun musim berakhir 2009 beliau meninggalkan F1 dan menyertai WRC (World Rally Championship) selama 2 tahun kerana tidak dapat menyambung kontrak bersama pasukan Ferrari yang mana memberi laluan kepada Fernando Alonso sebagai pemandu.. Secara rekod, dia memiliki juara dunia sekali, grandprix entries 157 kali, grandprix wins 18 kali, dan pole potitions 16 kali. Jadi kita sama-sama saksikan perlumbaan musim akan datang dan percaya dia layak untuk kembali ke kokpit!

The Process


Tuesday 20 December 2011

Musim Majlis Perkahwinan

Medium : Pen

Banyak betul undangan Majlis Perkahwinan yang saya terima pada bulan ni sampai tidak kesemuanya saya dapat hadiri. Mohon kemaafan kepada pasangan2 tersebut kerana tidak dapat hadir disebabkan berlakunya pertindihan undangan. Apapun saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjemput kami.
Oklah rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru'  kepada pasangan Asraf & Dalila yang baru melangsungkan perkahwinan mereka pada ahad lalu iaitu bersamaan 18/12/2011 di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana kami sendiri turut sama mengiringi dari majlis persiapan, penghantaran, pernikahan seterusnya persandingan mereka di sana. Pengantin lelaki adalah sepupu kepada wife dan prioritynya dah tentunya saya sekeluarga perlu hadir ke majlis mereka. Sama cantik dan sama padan. (Tetiba teringat lak masa dolu2.. hehe..).. Walauapapun, kami sekeluarga mendoakan agar pasangan ini bahagia dan berjaya dalam mengharungi bahtera suami isteri hingga ke akhir hayat. Segala kesenangan dan keperitan di dalam alam berumah tangga adalah lumrah dan perlu dijadikan sebagai satu panduan untuk masa-masa mendatang. Semoga sejahtera hingga ke anak cucu.


Disebalik kejayaan sesuatu majlis perkahwinan itu sebenarnya juga, kita jangan lupa kepada 'mereka-mereka yang berada dibelakang tabir'. Kerana mereka inilah juga penyumbang terbesar kepada kemeriahan hari tersebut. Kalau tiada mereka maka tak makanlah kepada para tetamu yang hadir. Situasi di atas adalah gambaran suasana sebenar persiapan majlis kahwin di kampung saya. 3 hari 2 malam pastinya perkarangan rumah kita xkan sunyi dengan keriuhan jiran2. Pabila malam, yang sanggup x tidur pun ada. Duduk di khemah sambil borak-borak kosong sampai pagi pun xpe asalkan pekena rokok penanggar sebatang serta kopi secawan. Pakcik-pakcik yang senior mula menunjukkan taring dan kehebatan masing2 dengan bermain dam haji sambil disokong kawan2 dari belakang. Akibat leka dengan cabaran dan gurauan dari penyokong tegar sekali-sekala berderai hilai tawa mereka-mereka ini memecah kesunyian pagi. Tugasan penting bermula waktu pagi yang masih berembun pada hari persandingan kira-kira pukul 3 di mana kami bingkas bangun bergegas pergi parut kelapa guna mesin. Tak banyak, cuma banyak 300-400 biji je.. hehe....(ini adalah tugas rasmi saya dengan member2 sekampung masa kakak & adik saya kawin dulu)..Kerja-kerja memarut kelapa memang ambil masa..Itu sebabnya kadang-kadang sampai 3 buah mesin parut digunakan. Nasib baik kawan2 ramai yang bujang. Maka tugasan dapat dibuat dengan jayanya dari pukul 3 pagi sampai siang hari. Naik kebas tangan dan kaki dibuatnya. Kawan2 x balik rumah pun tiada siapa yang marah, apalagi nak mandi...hehe..Almaklumlah terpaksa guna tenaga full throttle sepanjang hari. Apabila menjelang pukul 11 pagi, kedua orang tua saya dah mula duduk dihadapan sambil menyambut dan melayan tetamu yang datang. Senyuman xkan pernah lekang dilemparkan almaklumlah nak menerima menantu. Sementara tugas-tugas lain seperti setting khemah, potong daging, masak-memasak, bancuh minuman, hias lauk pengantin, cuci-mencuci dilakukan oleh kawan2, pakcik2 dan makcik2 sekampung dikepalai oleh Tok Sidang memerangkap ketua majlis. Tidak lupa tugas sebagai runner (orang tengah) juga penting untuk memastikan perkara-perkara atau bahan-bahan diminta oleh pihak orang belakang (tukang masak) sampai ditangan.. Dan di situlah saya dilantik secara tidak rasminya..Penat!.. Fakta yang perlu diterima di sini ialah masterchef2 terulung yang menyediakan lauk-lauk hidangan hingga ke lauk pengantin adalah terdiri daripada kaum-kaum lelaki ye. Yang wanita hanya lakukan yang ringan2 sahaja. Itu adalah fakta. Sebab itulah lauk2nye sedap2 belaka. hehe....Apapun, kesemua mereka lakukan tugas masing-masing dengan begitu ikhlas tanpa sedikit rasa jemu hingga hujung senja pada hari-hari terakhir. Begitulah situasi serta suasana di kampung2 ketika ada satu-satu majlis berlangsung. Tak kiralah majlis kenduri doa selamat sampailah kenduri berkhatan. Begitu meriah serta indah kehidupan bermasyarakat di kampung. Di bandar juga sama, mungkin pendekatannya sedikit berbeza.

Monday 12 December 2011

Single storey banglo

 Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

Lama rasanya saya tidak buat posting berkaitan dengan tajuk architecture. Setelah menyelongkar beberapa folder akhirnya saya terjumpa 1 fail yang agak lama dimana design ini saya buat ketika berada di privateer. Slide di atas adalah sebuah rekabentuk rumah kediaman 1 tingkat berkonsepkan tropical design. Rekabentuk tidaklah begitu kompleks namum sedikit sebanyak terdapat elemen kemelayuan di situ seperti penggunaan ruang verandah /terrace juga elemen kayu sebagai kemasan. Pelan lantai tersebut boleh diolah kepada pelbagai konsep rekabentuk dan tema mengikut citarasa  serta kehendak client. Secara ringkas, rumah ini berkeluasan 200.00 meterpersegi (2152.8 sqft) mempunyai ruang layout berkonsep resort style (pecahan ruang) secara minimal. Ruangan bilik tidak tersusun memecah rekabentuk tipikal rumah kediaman sediada di pasaran ketika ini. Subjek yang paling penting ialah terdapat laluan atau path menghubungkan antara ruangan dapur ke master bedroom yang melintasi living area dan ruangan garden. Elemen tersebut dapat memberi impak yang besar selain memberi 1 kepuasan kepada pemilik apabila berehat di ruangan living area. Pemilik juga boleh menikmati permandangan landskap dan bunyian semulajadi secara maksimum melalui bukaan tingkap cermin yang besar disamping duduk di bawah double volume compartment. Sekiranya anda tanya berapakah harga rumah banglo ini? Saya x boleh jawab secara detail kerana saya bukan Quantity Surveyor tapi seorang designer. Cuma anggaran kasar yang boleh diberi mengikut kiraan dan formula biasa yang digunakan oleh para kontraktor ialah RM300k ke atas bergantung kepada tempat. Dan semestinya harga tersebut di KL adalah tidak mungkin!!

Monday 5 December 2011

The Legendary of Micheal Schumacher

Series of Sportsman Star - Formula 1
Micheal Schumacher

Medium : Digital

Berikut adalah seorang figura yang memegang 7 kali kejuaraan Formula 1 World Championship dengan 288 kali grandprix entries,  91 kali grandprix wins dan 68 kali pole positions. Dia adalah lagenda permotoran dunia dimana rekod ciptaan beliau agak sukar ditanding mana-mana pelumba setakat ini, Pasukan terakhir adalah bersama pasukan Ferrari dan mengambil keputusan bersara pada penghujung 2006 ketika berada dipuncak!... Namun, beliau mengejutkan dunia permotoran apabila kembali ke kokpit pada usia 41 setelah 3 tahun bersara. Dan keputusan tersebut dianggap sebagai satu kesilapan oleh setengah pengkritik sukan bermotor kerana dia tidak akan dapat mengembalikan zaman kegemilangannya di pelumbaan era teknologi moden! Musim 2010 adalah penampilan pertamanya bersama Pasukan Mercedes GP Petronas agak mengecewakan kerana bergelut dengan masalah prestasi dan dibayangi dengan persembahan rakan sepasukan iaitu Nico Rosberg! Namum pada musim 2011 dia agak menyinar dan ada peningkatan menyaingi Rosberg walaupun belum dapat menjejaki podium sehingga penghujung musim. Kita tunggu pada musim 2012 yang dijangka akan bermula April 2012 di Melbourne, Australia! Mungkin ada sesuatu yang beliau akan buktikan dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia adalah lagenda dan tanggapan negatif pengkritik adalah salah!..

The Process


Tuesday 22 November 2011

Lukisan potret en. Edi.....

Berikut adalah hasil lukisan potret yang dilukis secara digital. Task kali ini agak mencabar kerana saya menggunakan teknik cantuman dimana gambar asal diberi secara berasingan. Bagaimanapun ia tetap sukses walaupun terpaksa berimaginasikan posture en. Edi!.. Kredit penuh diberi pada saudara Edi! Terima kasih. Adios!

Medium : Digital 

Monday 21 November 2011

Semangat Harimau Malaya!!

Malaysia tewaskan Indonesia di Sukan SEA Ke-26

Malaysia menang lagi!! Syabas barisan Harimau Malaya kita di atas kesungguhan mereka di atas padang malam tadi. Mendebarkan, hangat dan kering sungguh tekak kerana puas jerit. Dan tahniah juga kepada diri sendiri, dania dan Mama kerana berjaya menggegak-gempitakan rumah!! Bravoo!!

Medium : Pen

Monday 14 November 2011

My tools


Item tersebut di atas adalah bagaikan 'kelengkapan perang' yang perlu ada semasa saya menjalankan sesesuatu task. Budi dan jasanya terlalu banyak untuk dikenang. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka.

Medium : Pen

Tuesday 8 November 2011

anak ayah..

Dia memang sentiasa sibuk dengan dunianya..
Dia memang sibuk dengan mainan dia.. dia memang sibuk dengan rancangan kartun dia..
Dia memang sibuk kacau mama dia masak di dapur.. dan dia juga suka main menconteng-conteng dinding sambil menyanyi-nyanyi....tapi bila nak menyusu dia tetap takkan lupakan ayah..

Medium : Pen

Wednesday 26 October 2011

Johnny Depp

Mr. Johnny Depp in colour

Medium : Digital

THE PROCESS


Sunday 9 October 2011

Sweetheart

My beloved family - Mama and Dania. Luv u so much!
Original pics captured at child playground Jusco, Melaka.

Medium : Digital


THE PROCESS





Tuesday 27 September 2011

creating a new features in old town center

proposed new recreation park and landscape for public

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop
Rendering engine : Normal scanline render

Thursday 22 September 2011

Another kitchen cabinet proposal

red and black concept

Medium : Autocad + 3dsmax + Photoshop
Rendering Engine : Mental Ray
Rendering Duration : 1 hour



Monday 22 August 2011

Refurbish existing bathroom

3d conceptual for bathroom renovation - modern contemporary design

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe photoshop
Rendering engine : Mental ray
Rendering period : 2 hours




Sunday 21 August 2011

My drawing flew to India!

Wahhh!! Percaya atau tidak artwork saya kini telah tiba ke India!! Amazing beb!

Medium : Digital

Friday 12 August 2011

Climatic and tropical design banglo concept

45' X 62'  Single storey banglo

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop
Rendering Engine : Normal Scanline Render


Thursday 11 August 2011

My first ever customer

This is my first artwork for the first ever customer done and delivered on 11/08/2011. Special thanks to Mr. Erwan for giving dis opportunity and for his interest on art..

Medium : Digital

Friday 5 August 2011

Kitchen & Display Cabinet

a minimal and standard cabinet design features for terrace houses

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop
Rendering Engine : Mental Ray

Tuesday 26 July 2011

Modern Contemporary Banglo Concept

2 1/2 storey banglo

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop
Rendering Engine : Scanline Render + Light Tracer

Sunday 10 July 2011

Saturday 25 June 2011

Smallville

Lana Lang - Kristin Kreuk

Medium : Digital

Working place

Interior conceptual design for office 

Medium : 3dsmax + Adobe Photoshop
Rendering Engine : Mental Ray

Wednesday 15 June 2011

Monday 13 June 2011

A modern living house..

conceptual of double storey banglo

Medium : 3dsmax + adobe photoshop
Rendering engine : scanline render + light tracer

Saturday 11 June 2011

Boutique

interior conceptual design for boutique

Medium : 3dsmax + adobe photoshop
Rendering engine : Mental ray

Monday 6 June 2011