Sunday 20 April 2014

urban sketch : rumah kedai di sungai melaka 4

medium : pen on paper

Entri ini sepatutnya telah post semalam. Namun, disebabkan kekangan masa, pagi ini saya memilih untuk berbuat demikian. Seperti yang dijangka, ini adalah hasil daripada akitiviti berbasikal yang saya lakukan awal pagi ahad semalam. Route perjalanan masih sama tetapi panorama lakaran berbeza. Saya memilih untuk melakarkan deretan bangunan kedai yang dipisahkan oleh sungai. Panorama agak menarik diwaktu pagi disimbahi dengan cahaya matahari yang mula mengeluarkan cahaya kekuningan. Kali ini durasi agak panjang iaitu 30 minit untuk menyiapkan lakaran. Selain memfokus kepada perincian objek ia juga mengambilkira teknik lakaran konsisten yang cuba dihasilkan.

Lakaran siap namun saya mengambil keputusan untuk tidak meletakan sebarang warna ke atas kanvas kerana ingin menonjolkan garis-garis arkitektur yang sangat menarik.

Lakaran yang belum siap.

Kali ini saya menggunakan basikal MTB saya yang telah lama diperapkan di dalam stor.

Saturday 12 April 2014

urban sketch : rumah kedai di sungai melaka 3

medium : pen & watercolour on paper

Mengikut perkiraan hampir 3 bulan saya tidak melakukan sebarang lakaran di luar. Perasaan membuak-buak untuk berbasikal dan melukis muncul semula selepas fasa pertapaan. Akhirnya semalam saya bertekad memecah kotak kebosanan itu dengan mengaktifkan kembali aktiviti sukan lakukan sejak dahulu.

Seperti biasa saya mengambil jalan selamat untuk berbasikal mengikut rutin selalunya. Kayuhan kali ini lebih santai di mana saya mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru memandangkan badan telah lama di dalam mod berehat. Takutlah nanti sesuatu yang tidak dijangka ataupun tidakbalas badan luar biasa berlaku memandangkan aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal yang agak optimum. 

Akhirnya, dengan purata kelajuan kayuhan 25 km/j saya sampai ke matlamatnya. Tiba di rumah semula pada pukul 8.50 pagi dengan jarak kayuhan 20 km sambil membawa pulang hasil lakaran. =)

Lakaran yang hampir siap.

Memakirkan basikal di belakang bangunan sebuah cafe yang terkenal. Di sinilah spot saya melukis sambil memandang ke arah panorama bangunan bertentangan dengan cafe ini.

Saturday 5 April 2014

sketch of the day : sedang tidur

medium : pencil on paper

Awal pagi tadi saya sempat membuat sebuah lakaran 'quick sketch'. Lakaran ini saya memfokuskan posisi bayi saya yang sedang nyenyak tidur di atas baby boucer iaitu sejurus selepas sahaja dia dimandikan. Anak kecil saya ini telah pun menjangkau usia 3 bulan. Sedar tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Amat teruja untuk melihat mereka-mereka ini membesar di depan mata ....