Thursday, 29 March 2012

sketch of the day : beruang

Beruang Hijau
Medium : Pencil

Ini adalah seekor beruang. Beruang ini dikategorikan spesis yang tidak ganas tetapi sedikit pemalu dan merendah diri. Bukan kerana kepalanya bertampal tetapi kerana dia unik. Mempunyai cerita dan sejarahnya tersendiri yang hanya boleh disematkan di dalam hati. Kini, ia telah menjadi sahabat baik kepada seorang kawan yang comel dan sering menjadi peneman setia dikala sunyi. Mulutnya kini telah berbekas cawan minuman air milo yang mana ianya berjaya membuktikan tahap keakraban mereka berdua.

Wednesday, 28 March 2012

sketch of the day : beg galas

Beg galas
Medium : Pencil

Untuk makluman, saya sedang berusaha memaparkan elemen baru di dalam blog iaitu edisi contengan atau lukisan harian atau di panggil sketch of the day. Sketch yang ini akan berdasarkan apa jua yang saya buat, terlihat, pengalaman serta situasi yang tergambar di sekeliling saya ketika itu dan diterjemahkan di dalam bentuk lukisan. Sekadar untuk berkongsi bercerita serta mengisi ruang kosong sediada. Sketch di atas adalah sebuah beg galas kepunyaan saya. Dibeli di Penang pada tahun 2008 ketika menghadiri kursus di sana di mana ia masih saya gunakan hingga sekarang. Harganya tidaklah begitu mahal karana bukan sebuah barang berjenama tapi tarikan pada warna dan rupabentuk menjadi minat saya. Salah satu daripada prinsip yang saya amalkan ialah membeli atau mememiliki sesuatu barang biar barangan itu murah tapi kelihatan cantik, sedap dipandang dan kemas. Disebabkan prinsip itulah sebenarnya kekadangan saya rasa sentiasa tertipu dengan kualitinya kerana dengan hanya memandang kepada kecantikan. hehe..jadi berhati-hati!. Di dalamnya terkandung sebuah laptop serta aksessori, buku-buku nota, majalah, juga sampah yang sering saya bawa terutama ke pejabat. Namun, jasanya pada saya memang saya kenang walaupun ketika ini sistem zipnya yang kadang-kadang hampir rosak disebabkan kapasiti barang yang saya bawa sentiasa melebihi muatan.

Sunday, 18 March 2012

potret ms. gurjeet - final stage

Medium : Digital

Pukul 12.35 pagi.. siap akhirnya final stage pembikinan potret Miss Gurjeet.. Emm.. Puas saya belek-belek dan memerhati pada setiap sudut potret. Terasa macam ada yang kurang. Emm.. Kaki? hehe. Ini bukan soal kaki tapi teknik brushes yang saya gunakan agak kurang kick! Client meminta supaya colouring perlu clean & plain finished. Tapi teknik yang saya guna pakai sebelum ini adalah teknik hatching dalam penghasilan potret berwarna. So tidak mengapalah. Mungkin ilmu di dada dalam masih perlu ditambah lagi. Apapun esok potret akan direview pada client. Harapan menggunung agar beliau akan menyukai potret yang telah siap ini... Sekian.