Saturday 24 December 2011

The Iceman returns!

Series of Sportsman Star - Formula 1
Kimi Raikkonen

Medium : Digital

Kimi Raikkonen is back! Pelbagai spesikulasi kedengaran di paddock di penghujung musim 2011 di mana dia dikaitkan akan kembali ke kancah F1 bersama  pasukan Williams F1 Team dan bakal menggantikan tempat pelumba veteran Ruben Barricello... Namun apa yang mengejutkan ialah dia telah menandatangani kontrak  untuk pasukan Lotus Renault GP selama 2 tahun bukannya seperti rumours yang dikhabarkan sebelum ini...Dan sudah pastinya kehadirannya semula ke saingan akan datang maka akan menghangatkan lagi perlumbaan 2012 dimana sebagai rekod terdapat 6 juara dunia akan berada di grid perlumbaan! Tahap kelajuan, konsistensi, fokus dan karisma memang ada pada figura ini di mana ia diakui sebagai salah seorang pelumba kereta yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang juara! Secara sepintas lalu, beliau menjejakkan kaki di dalam dunia F1 bersama pasukan Sauber Petronas pada tahun 2001 bergandingan bersama Nick Heidfeld. Kemudian dengan persembahan hebat di litar telah memberi kepercayaan Principal pasukan Mclaren tahun seterusnya untuk menggantikan Mika Hakkinen yang ingin bersara (bakal menyertai perlumbaan DTM selepas itu) dan terus menyambung legasi kejuaraan Mika Hakkinen. Dua kali percubaannya yang hampir menjadi juara dunia berganda tetapi sering dinafikan dengan kerosakan jentera Mclaren (engine blow-up setiap kali nak final conner..ingat lg bro..) dimana dia hanya berpuas hati menjadi naib juara dunia pada tahun 2003 dan 2005!.. Akhirnya di ditabalkan sebagai juara dunia pada tahun 2007 dengan kelebihan 1 mata (pertarungan hebat antara beliau, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton) dimana hanya Pasukan Ferrari sahaja ketika itu dapat merialisasi impian yang diidamkan selama ini. Namun, pada penghujung tahun musim berakhir 2009 beliau meninggalkan F1 dan menyertai WRC (World Rally Championship) selama 2 tahun kerana tidak dapat menyambung kontrak bersama pasukan Ferrari yang mana memberi laluan kepada Fernando Alonso sebagai pemandu.. Secara rekod, dia memiliki juara dunia sekali, grandprix entries 157 kali, grandprix wins 18 kali, dan pole potitions 16 kali. Jadi kita sama-sama saksikan perlumbaan musim akan datang dan percaya dia layak untuk kembali ke kokpit!

The Process


No comments:

Post a Comment