medium : pen & watercolour on paper
Mengikut perkiraan hampir 3 bulan saya tidak melakukan sebarang lakaran di luar. Perasaan membuak-buak untuk berbasikal dan melukis muncul semula selepas fasa pertapaan. Akhirnya semalam saya bertekad memecah kotak kebosanan itu dengan mengaktifkan kembali aktiviti sukan lakukan sejak dahulu.
Seperti biasa saya mengambil jalan selamat untuk berbasikal mengikut rutin selalunya. Kayuhan kali ini lebih santai di mana saya mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru memandangkan badan telah lama di dalam mod berehat. Takutlah nanti sesuatu yang tidak dijangka ataupun tidakbalas badan luar biasa berlaku memandangkan aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal yang agak optimum.
Akhirnya, dengan purata kelajuan kayuhan 25 km/j saya sampai ke matlamatnya. Tiba di rumah semula pada pukul 8.50 pagi dengan jarak kayuhan 20 km sambil membawa pulang hasil lakaran. =)
Lakaran yang hampir siap.
Memakirkan basikal di belakang bangunan sebuah cafe yang terkenal. Di sinilah spot saya melukis sambil memandang ke arah panorama bangunan bertentangan dengan cafe ini.
No comments:
Post a Comment