Medium : autocad + 3dsmax + adobe photoshop
Bersua kembali..
Agak lama saya tidak mengemaskini blog. Ini adalah entri yang ke-2 setakat ini untuk bulan Mei 2014. Mengikut perancangan masih banyak material yang boleh saya kongsi. Masih ada lagi yang tersimpan. Namun saya rancangkan untuk memuatkan ke dalam blog secara berdikit-dikit. Cuba menyesuaikan diri dengan jadual kelapangan yang ada.
Baiklah.. Seperti gambaran di atas adalah sebuah rekabentuk banglo 2 tingkat untuk salah seorang pembaca blog ini iaitu En. Yassir yang tidak sempat untuk saya tanyakan tempat asal beliau. Permintaan beliau agak berlainan daripada pelanggan-pelanggan saya sebelum ini. Secara ringkas, beliau ingin mendapatkan idea daripada saya untuk merekabentuk atau menaiktaraf fasad bangunan sediada yang telah direka oleh seorang rakan di sana. Rekabentuk pelan susunatur telah dipersetujui sejak peringkat awal dan sedang menunggu proses permohonan kelulusan PBT, namun beliau agak kurang berpuashati dengan cadangan luaran yang dikemukakan. Agak kosong dan kurang tarikan. Oleh yang demikian, beliau mengambil sedikit inisiatif untuk mendapatkan padangan daripada perekabentuk lain sehinggalah beliau menemui blog saya.
Dengan beberapa siri perbincangan melalui email, telefon dan perhidmatan whatsapp saya sedaya-upaya untuk membantu yang mana temampu. Akhirnya saya memulakan sedikit sentuhan aplikasi 3D dengan membina semula model bangunan banglo tersebut serta cuba menerapkan elemen-elemen senibina yang lebih segar dan semasa. Posisi tingkap disusun semula sepaya nampak lebih moden dan keluar daripada imej yang rigid. Tiang-tiang utama diolah dengan kemasan facing brick dengan tona yang agak lembut. Garisan-garisan hood/coping serta groove line diaplikasikan di dinding luar bangunan memenuhi ruang-ruang kosong. Akhir sekali skema warna yang agak lembut dan kontras menjadi tulang belakang kepada imej keseluruhan banglo ini.
Proses merekabentuk mengambil masa seminggu dan dikemukakan kepada En. Yassir untuk ulasan. Beliau bersetuju dengan idea tersebut dan memohon sedikit pindaan yang perlu dibuat bagi merialisasikan impian beliau. Dan berikut adalah sebahagian gambaran imej rekabentuk 3D yang boleh saya kongsikan bersama sebagai rujukan. Terima kasih.
Pandangan sisi kiri bangunan.
Pandangan sisi kanan bangunan.
Rekabentuk asal yang dikemukakan kepada saya.
cantik..berapa keluasan tanah dan binaan..kalau dapat plan lantai dalaman lagi best..
ReplyDelete