Medium : Autocad + 3ds max + Adobe Photoshop
Apa yang dipaparkan di atas adalah salah sebuah rekabentuk hiasan dalaman yang saya hasilkan beberapa bulan yang lalu untuk En. Fizzy dari Melaka. Rekabentuk ini dibuat adalah bertujuan sebagai rujukan konsep hiasan dalaman cuba menepati citarasa beliau yang bakal dibina sedikit masa lagi. Proses ini melibatkan beberapa ruang penting seperti dapur, ruang makan serta laluan tangga ke tingkat atas. Beliau membayangkan konsep moden kontemporari serta elegen selari dengan kehendak semasa yang amat popular masa kini.
Ruangan terpenting yang dicadang untuk direalisasikan berkonsepkan sentuhan moden ialah ruangan dapur. Selepas membuat beberapa sesi lawatan ke tapak bina yang masih di dalam proses pembinaan, saya dapati ruang legar dapur ini sangat luas dan memanjang bersaiz anggaran 28' x 14'. Oleh yang demikian saya perlu bijak untuk membuat olahan serta susunatur yang sesuai agar tiada ada ruang lebihan yang tidak berfungsi. Dengan itu saya memilih untuk meletakkan ruangan aktif iaitu bahagian memasak ke bahagian belakang dilengkapi dengan 'island counter top', deretan kabinet lekap dan tergantung yang dipisahkan oleh 5' panjang 'bar counter'. Diletakkan juga set mini 'coffee table' agar pemilik boleh menikmati makanan secara personal.
Akhir sekali kemasan yang saya cadangkan ialah menggunakan sistem 'aluminium frame cabinet' dilengkapkan dengan 'solid top' untuk papak kaunter yang bertonakan konsep hitam & putih secara keseluruhan.
Gambaran susunatur kabinet dari pandangan sisi.
Mencadangkan konsep minimalis untuk ruangan makan yang bersaiz 12' x 11'.
Konsep yang lebih berat tapi masih mengekalkan tona hitam dan putih bagi ruangan laluan ke tangga.
No comments:
Post a Comment