Tuesday, 30 June 2015

Merekabentuk banglo 2 tingkat untuk Pn. Elisya

Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop 

Salam Ramadhan Al-Mubarak..  

Berikut adalah sebuah lagi rekabentuk banglo dua tingkat yang dipohon oleh seorang pembaca blog ini iaitu Puan Elisya berasal dari Kuala Lumpur. Beliau menyatakan hasrat untuk mendapatkan lakaran pelan bagi sebuah rekabentuk banglo moden selepas sahaja menemui blog saya ini. Hasrat beliau akan saya zahirkan melalui pelan rekebentuk itu nnati. 

Selepas beberapa siri perbincangan dibuat. Akhirnya beliau bersetuju ke atas konsep susunatur pelan yang telah saya dimajukan yang mana melibatkan sebuah binaan banglo bersaiz 40' x 57' di atas sebidang tanah milik beliau di Terengganu. Saiz tanah yang agak besar memudahkan saya sebagai perekabentuk untuk mengolahkan posisi ruang serta susunatur yang lebih sesuai dan praktikal. 

Secara ringkas banglo ini memiliki 4 bilik tidur termasuk bilik tetamu, 1 ruang tamu utama dan 1 ruang istirehat keluarga, dapur basah dan dapur kering, ruang famili  dan ruangan gim di tingkat atas berserta 3 bilik tidur yang dilengkapi bilik air di setiap bilik. Balkoni terbuka di jadikan ruang legar selaras dengan keperluan semasa yang cukup diminati. 

Dikemaskan dengan binaan berkonsepkan vertical & horizontal plane yang melengkapkan ciri-ciri minimalis. Bumbung tegak dan mendongak menjadi elemen terpenting dalam menyumbang kepada konsep moden masa kini. Akhirnya di permukaan luar diwarnai dengan warna putih bersih, manakala merah sebagai pembalikan kontras berserta batuan bercorak bagi menaikkan seri fasad bangunan.

Secara kasarnya binaan dalaman banglo ini berkeluasan 4000 kp termasuk anggaran keluasan binaan terbuka yang mana saiz ini adalah praktikal bagi sebuah banglo kediaman 2 tingkat. Puan Elisya begitu teruja serta berpuashati dengan konsep yang telah dipersembahkan dan bercadang untuk membinanya dalam masa terdekat kelak. Semasa entri ini ditaip, saya masih sedang di dalam proses menyiapkan Lukisan Pembinaan yang telah sampai ke fasa akhir. Proses ini agak mengambil sedikit masa memandangkan sekarang ini jadual agak padat di bulan puasa. InsyaAllah saya akan majukan kepada beliau apabila siapnya lukisan itu kelak. 

Apapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi mendapatkan perkhidmatan daripada saya. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Di sini saya lampirkan sedikit visual 3D yang telah siap untuk dikongsi. Sekian terima kasih.

Pandangan dari sudut kanan.

Pandangan dari sudut hadapan.

Pandangan dari sudut kiri.

4 comments:

  1. Salam tuan...saya mempunyai tanah yang berkeluasan 5000 kaki...bercadang untuk membuat rumah banglo 2 tingkat setengah, nak tanya anggaran harga....detail akan saya email....ini email saya zulkarnainsanip@gmail.com

    ReplyDelete
  2. slm..tuan ..bh kah sy medaptkn khdmat rundigan dri pihak tuan...mohon no telefon y blh d hubungi beserta anggaran hrga bgi sesebuah desgn rumah sepwrti lakaran d atas...mohon response segera

    ReplyDelete
  3. slm..tuan ..bh kah sy medaptkn khdmat rundigan dri pihak tuan...mohon no telefon y blh d hubungi beserta anggaran hrga bgi sesebuah desgn rumah sepwrti lakaran d atas...mohon response segera

    ReplyDelete
  4. Splendid design! Do you have floor plan on this house? if you do, I would appreciate if you could share them in my email aubreyalam@yahoo.com
    Thanks :)

    ReplyDelete