Wednesday, 5 September 2012

urban sketch : armenian street, penang - siri 1.


Scenery menarik untuk sebuah pintu lama.

                                             Antara hardscape dan pemandangan street path yang saya jumpai.

Semasa bulan Ramadhan lalu, saya ke Pulau Pinang bersama 4 orang rakan bagi menghadiri sebuah workshop di sana dibawah anjuran George Town World Heritage Incorporated selama 3 hari. Tajuknya berkaitan Conservation of Heritage Buidings Workshop di mana dengan bahasa mudahnya ialah kerja-kerja pemuliharan bangunan warisan. Workshop tersebut dikendalikan oleh GTWHI itu sendiri dengan menjemput seorang pakar konservasi dari Australia iaitu Dr. Donald Ellsmore, Convenor Australasia Chapter Assiciation for Preservation Technology. Kandungan workshop agak menarik diselang-selikan antara teori serta latihan amali bagaimana untuk memulihara sesebuah bangunan lama dengan menggunakan kaedah serta teknik binaan yang betul. 

Walaupun yang agak keletihan berpuasa dan kadangkala membuatkan rasa mengantuk untuk memahami slanga seorang Australian, namun ia tidak menghalang kami berempat datang dari jauh untuk mendengar serta mendalami ilmu serta teknik memulihara yang 'terpencil' berbanding kaedah ubahsuai konvensional yang biasa kita dengar.

Maka dengan kesempatan berada di Pulau Pinang yang jarang saya kunjungi itu jugalah sebenarnya telah membuka peluang bagi saya untuk menambah koleksi lakaran sebagai ubat kepada tangan yang agak sedikit gatal akibat sudah lama tidak melukis. Berbekalkan sebatang pensil mekanikal serta sebuah sketch pad pocket size (A6) saya mula menjelajah. Saya rakam, saya lukis dan saya warna. Dan inilah hasilnya buat masa ini iaitu objek yang saya jumpa semasa berjalan kaki dari hotel ke tempat workshop di sepanjang  Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Seperti bandar lama Melaka, begitu jugalah terdapatnya binaan rumah kedai lama yang kebannyakkannya masih cantik dipulihara. Hanya ini sahaja untuk entri kali ini. Lakaran-lakaran lain pasti akan menyusul kelak! Jumpa lagi..


Lakaran sempat diwarnakan di rumah.

Tuesday, 7 August 2012

Koleksi : the unsinkable ship

 Medium : Pencil on paper

Lukisan ini telah berusia 14 tahun. Sekiranya mengikut tarikh dan perkiraan, lukisan ini telah saya hasilkan semasa masih di dalam peringkat pengajian iaitu setahun selepas saya menduduki peperiksaan SPM tahun 1997. Jikalau dulu saya memang rajin membuat pelbagai jenis lukisan terutama menggunakan medium pensil mahupun watercolor apabila adanya masa terluang. Lebih-lebih lagi selepas tamatnya SPM di mana terlalu banyak masa untuk saya lebih tekun menghasilkan satu-satu karya. Namun dengan batasan masa yang ada ketika ini, saya cuba mengembalikan hobi bernostalgia ini semula sebaik mungkin. Berikut adalah salah satu lukisan yang masih ada di dalam koleksi peribadi saya. Yang lain masih belum dijumpai dan tidak tahu di mana. Amat malang sekali kerana ketika dulu tiada kemudahan scanner mahupun komputer sendiri. Sekiranya ada, sudah pasti banyak lukisan-lukisan lama saya terakam dan tersimpan rapi sebagai koleksi sendiri.

Monday, 16 July 2012

urban sketch : konservasi

Sudah agak lama tidak mengemaskini blog. Maka dengan kesempatan masa yang ada, saya gunakan ia dengan sebaik-baiknya. Berikut adalah sebuah lakaran (live sketches) ke atas binaan objek yang saya jumpai dan diilhamkan semasa membuat tugasan laporan berkaitan kerja-kerja konservasi minggu lalu.

 Penemuan ke atas Masjid Kg. Hulu. Masjid tertua di Malaysia. Entri ini pernah dipaparkan sedikit masa dulu. Klik sini.

Masjid Kg. Kling : Binaan serta butiran senibina lebih jelas, cantik dan teliti mengikut peredaran masa ketika itu.


Masjid Kg. Kling : Dibina pada tahun 1748 mengandungi kepelbagaian bahasa senibina seperti daripada Melayu, China, India, Inggeris dan Portugis.

Dilukis di dalam buku bersaiz A4, 120gsm menggunakan medium pen.


 Lakaran masih di dalam proses.

Konservasi : mengekal, memulihara, membina semula bangunan atau monumen sejarah.