Wednesday, 27 February 2013
sketch of the day : dania sedang tidur
Lakaran di atas merupakan 2 posisi postur anak kecil saya yang sedang nyenyak tidur selepas waktu maghrib sebentar tadi. Objektif utama lakaran dibuat sebenarnya lebih kepada eksperimentasi ke atas aplikasi Snote terdapat di dalam peranti telefon saya. Inilah percubaan kali pertama saya menggunakan medium tersebut sejak gajet ia dibeli lebih sebulan lalu. Agak mudah dan ringkas cuma paparan yang agak sedikit kecil. Kanvas melukis juga tidak boleh dirotate untuk mendapatkan kepuasan maksimum namun ia tetap tidak menghadkan kreativiti. Yang lain adalah terbaik! Sekiranya ada teknik layering mungkin ia lebih menyeronokkan lagi !.
Friday, 22 February 2013
urban sketch : rumah kedai
Percubaan ke-4 : melakar di dalam kereta.
Nampaknya keobsesan melakar tiada henti. Semalam dapat hasilkan sebuah lagi lukisan rumah kedai yang terletak di Jalan Pengkalan Rama berhampiran Masjid An'nur iaitu bangunan yang pernah dilakar oleh saya tempohari. Skala lukisan kali ini agak besar di mana saya gunakan hampir keseluruhan flip sketchbook di dalam keadaan menegak. Tekstur serta stroke pensil kelihatan lebih jelas di mana tona hitam putih menunjukkan kontras yang sangat ketara. Secara ringkas, rumah kedai lama 2 tingkat ini agak unik dan terletak cuma bersendirian (1 unit) di atas tanah yang di kelilingi belukar. Pada firasat saya, rumah kedai bersebelahan kiri dan kanan bangunan mungkin telah roboh di atas alasan tertentu dan meninggalkan pemilik sebagai 'ketua' yang menguasai kawasan berhampiran.

Wednesday, 20 February 2013
urban sketch : rumah tradisional melayu melaka
Percubaan ketiga : 1 lagi percubaan melakar di dalam kereta.
Tengahari sebentar tadi saya keluar sekali lagi untuk mencari spot yang sesuai untuk melakar. Itulah perkara yang sering bermain di dalam benak sejak akhir-akhir ini di mana semangat dan keterujaan melukis sentiasa datang. Akhirnya saya berhasrat melakarkan sebuah rumah lama tradisional masyarakat Melayu Melaka terletak di jalan Tengkera. Sebenarnya saya telah perhatikan rumah berkenaan pada hari sebelumnya namun disebabkan masa yang agak suntuk, saya mengambil keputusan untuk lakukannya pada hari ini.
Bahagian rumah ibu ini agak usang namun masih kelihatan baik dimana binaan serta rekabentuk asal masih dikekal disitu. Pada pengamatan saya mungkin rumah ini telah menjejaki usia 80-100 tahun atau lebih berdasarkan lokasinya terletak di tengah-tengah deretan kedai lama seusia bangunan-bangunan disekelilingnya. Berhadapan di jalan utama menjadikan rumah ini sebagai salah satu tarikan pelancong selain daripada Bangunan Masjid Tengkera yang terletak di jalan yang sama.
Lakaran yang telah siap mengambil masa sekitar 20 minit untuk dihasilkan.
Subscribe to:
Comments (Atom)