Wednesday, 20 February 2013

urban sketch : rumah tradisional melayu melaka


Percubaan ketiga : 1 lagi percubaan melakar di dalam kereta. 

Tengahari sebentar tadi saya keluar sekali lagi untuk mencari spot yang sesuai untuk melakar. Itulah perkara yang sering bermain di dalam benak sejak akhir-akhir ini di mana semangat dan keterujaan melukis sentiasa datang. Akhirnya saya berhasrat melakarkan sebuah rumah lama tradisional masyarakat Melayu Melaka terletak di jalan Tengkera. Sebenarnya saya telah perhatikan rumah berkenaan pada hari sebelumnya namun disebabkan masa yang agak suntuk, saya mengambil keputusan untuk lakukannya pada hari ini.

Bahagian rumah ibu ini agak usang namun masih kelihatan baik dimana binaan serta rekabentuk asal masih dikekal disitu. Pada pengamatan saya mungkin rumah ini telah menjejaki usia 80-100 tahun atau lebih berdasarkan lokasinya terletak di tengah-tengah deretan kedai lama seusia bangunan-bangunan disekelilingnya. Berhadapan di jalan utama menjadikan rumah ini sebagai salah satu tarikan pelancong selain daripada Bangunan Masjid Tengkera yang terletak di jalan yang sama.

Lakaran yang telah siap mengambil masa sekitar 20 minit untuk dihasilkan.

2 comments:

  1. wow!!!cantik sangat...kalau sy mmg kesudah xkan terlukis rumah tu...huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih pn. noen.. cuma utk bereksperimental sahaja. =)

    ReplyDelete