Monday 12 December 2011

Single storey banglo

 Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

Lama rasanya saya tidak buat posting berkaitan dengan tajuk architecture. Setelah menyelongkar beberapa folder akhirnya saya terjumpa 1 fail yang agak lama dimana design ini saya buat ketika berada di privateer. Slide di atas adalah sebuah rekabentuk rumah kediaman 1 tingkat berkonsepkan tropical design. Rekabentuk tidaklah begitu kompleks namum sedikit sebanyak terdapat elemen kemelayuan di situ seperti penggunaan ruang verandah /terrace juga elemen kayu sebagai kemasan. Pelan lantai tersebut boleh diolah kepada pelbagai konsep rekabentuk dan tema mengikut citarasa  serta kehendak client. Secara ringkas, rumah ini berkeluasan 200.00 meterpersegi (2152.8 sqft) mempunyai ruang layout berkonsep resort style (pecahan ruang) secara minimal. Ruangan bilik tidak tersusun memecah rekabentuk tipikal rumah kediaman sediada di pasaran ketika ini. Subjek yang paling penting ialah terdapat laluan atau path menghubungkan antara ruangan dapur ke master bedroom yang melintasi living area dan ruangan garden. Elemen tersebut dapat memberi impak yang besar selain memberi 1 kepuasan kepada pemilik apabila berehat di ruangan living area. Pemilik juga boleh menikmati permandangan landskap dan bunyian semulajadi secara maksimum melalui bukaan tingkap cermin yang besar disamping duduk di bawah double volume compartment. Sekiranya anda tanya berapakah harga rumah banglo ini? Saya x boleh jawab secara detail kerana saya bukan Quantity Surveyor tapi seorang designer. Cuma anggaran kasar yang boleh diberi mengikut kiraan dan formula biasa yang digunakan oleh para kontraktor ialah RM300k ke atas bergantung kepada tempat. Dan semestinya harga tersebut di KL adalah tidak mungkin!!

10 comments:

  1. pergh! caya lah der! buang la verification code bile comment ni. susah nak tulis verification code tuh.

    ReplyDelete
  2. hehe...aiseh! brader syuk tolong ajar cane nak buang verification code 2?.. lum blaja lg.. =P

    ReplyDelete
  3. canteknyer.. pnh blaja 3D maya.. susah.. >_<
    buang verification code dekat setting>comment

    ReplyDelete
  4. salam encik rohaizad, adakah encik jual rekabentuk bnglo ini? mohon jasa baik encik jika saya boleh dapatkan rekabentuk en?

    ReplyDelete
  5. w'salam.. boleh.. cuma saya memohon untuk dapat email pn saimma untuk saya nyatakan terma dan syarat seterusnya. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Saya juga berminat seperti pn saimma. Boleh email detail ke shah_ril.ramli@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Saya juga berminat seperti pn saimma. Boleh email detail ke shah_ril.ramli@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaiku en ijat Saya juga berminat untuk dapatkan pelan ni seperti pn saimma. Boleh email detail ke ustkhair@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Saya juga berminat. Boleh email detail ke fiezan08@gmail.com

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete