Tuesday 24 January 2012

Sang Pemimpi

                  Medium : Pen

       Agaknya saya dah lama tertinggal daripada menyaksikan sebuah filem yang saya rasa hebat yang pernah keluar sekitar tahun 2010 dahulu. Malu rasanya untuk berkongsi kerana mungkin ianya cerita lama dan mungkin orang lain pun dah lama tidak ambil peduli. Tapi saya tetap peduli kerana isi dan masej yang terkandung dalam filem tersebut sangat menarik perhatian saya. Setelah menontonnya untuk kali kedua pada hari semalam (kebetulan ianya di tayang di astro dan saya tertengok) rasa terpanggil untuk bercerita serba sedikit apa yang ada di dalam Sang Pemimpi.

       Sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel popular Indonesia ditulis oleh Andrea Hirata dan merupakan trilogi daripada Filem Laskar Pelangi. Berkisar dan berlatar belakang tahun 1980an menceritakan 3 watak penting iaitu Ikal, Arai dan Jimbron di zaman remajanya yang mengejar impian dan cita-cita tinggi ingin menyambung pelajaran mereka hingga ke Paris walaupun mereka terpaksa menerima hakikat berada dalam kemiskinan, kepayahan dan kesusahan hidup pada era tersebut. Arai adalah sepupu kepada Ikal yang kematian keluarga menumpang kasih kepada keluarga Ikal dan bersahabat baik kepada Jimbron yang agak gagap serta yatim piatu. Mereka bertiga menyambung pelajaran hingga ke sekolah menengah di Daerah Manggar dengan hidup berdikari dan bekerja separuh masa sebagai buruh bagi menampung pembelajaran juga menabung untuk ke Paris. Ikal dan Arai merupakan pelajar yang cerdik dan Jimbron agak kurang namun ia tidak pernah membataskan persahabatan mereka. Dan semasa di sana pelbagai kisah lucu, nakal, gembira, kecewa, semangat persahabatan, keakraban antara guru dan murid, selisih faham, duka, cinta dan pelbagai perkara mereka bertiga lalui sehingga 1 ketika ayah Ikal begitu kecewa dengan keputusan peperiksaan anaknya. Dari detik itu Ikal insaf dan berjanji diri dan sahabat bertiga untuk maju dan terus menggapai impian mustahil mereka. Dan akhirnya mereka berjaya ke Paris dengan berkat usaha yang tidak pernah luntur dan dapat lalui kesempitan hidup yang boleh melumpuhkan hasrat mereka. Walaupun akhirnya cuma berdua sahaja berjaya menggapai impian itu dan pernah terpisah seketika namun semangat sahabat yang kecundang itulah berjaya membawa mereka ke Paris. Siapa? Macammana kisah selanjutnya? Saya rasa anda perlu saksikan sendiri filem hebat ini. Saya secara peribadi berasa kagum dengan penulisan novel asal cerita ini juga kepada pengarah yang berjaya menerjemahkannya menjadi satu filem yang menarik, hidup dan penuh penghayatan sehingga satu ketika anda seolah2 ingin menjadi sahabat ke-4 kepada mereka yang hidup dengan semangat setia kawan dan kemesraan masyarakat sekeliling seperti sebuah keluarga. Kalau anda berpeluang cuba cari filem ini! namun sebelum itu, hayatilah ungkapan di dalam filem yang akan buat anda tersentuh!



 "Bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu"

"Ayahku, ayah juara satu seluruh dunia
"



Kenapa ia sebuah filem menarik?

1. Memberi inspirasi, motivasi dan semangat setiakawan.
2. Tiada apa yang mustahil dalam mengejar cita-cita.
3. Menghargai jasa guru.
4. Merasa bangga dan merasa lebih menghargai pengorbanan seorang ayah.
5. Menyayangi ibu bapa.
6. Menghargai masyarakat sekeliling.
7. Ilmu agama serta pendidikan itu amat penting.
8. Jangan lupa Solat.
9. Keharmonian hidup di kampung.
10. Berlatar belakang tahun 1980an mengimbau suasana hidup ibu bapa kita.
11. Menunjukkan budi bahasa, jatidiri kental bangsa dan keturunan orang melayu di Indonesia.
12. Masyarakat melayu yang amalkan kesederhanaan dan berpegang kepada Agama Islam.
13. Plot dan sinematography shot yang sangat cantik dan menarik.

Scene yang tidak akan dilupakan :

1. Aksi Arai, Ikal dan Jimbron memandang poster panggung wayang.
2. Aksi Arai cuba memikat Zakiah Nurmala di depan rumah dengan sebuah gitar.
3. Scene seorang kawan (abg.. lupe nama dia) nyanyi lagu melayu depan mereka bertiga.
4. Scene bapa Ikal dikecewakan dengan sepucuk surat (flashback).
5. Scene Ikal memohon maaf dengan bapanya dengan begitu menyentuh hati.
6. Scene berangkat ke Jakarta menaiki kapal.


No comments:

Post a Comment