Sunday 26 February 2012

potret anak perempuan kepada ms. gaya puspa

Medium : Digital

Malam ni saya akan tidur lewat lagi.. jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Posting ini dibuat tatkala hujan lebat di luar yang mengundang rasa meluap-luap untuk tidur sambil mulut mula mengunyah sebiji gula2 kopi yang dibeli oleh wife semalam atas dasar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Rasanya ini gula2 yang ke-3 untuk pagi ini.. Berkesan? Entahlah rasanya ok lagi kot kalau ingin teruskan bekerja selagi tangan tak menongkat ke dagu sambil mendongak ke siling dan selagi saya tidak menguap untuk kali yang ke- 15. Esok kerja pulak tuu..hehe..oklah.. Akhirnya siap sebuah lagi naskah potret yang ditempah oleh seorang client 4 hari yang lalu..Task kali ini boleh dikategorikan sebagai special case sedikit dan agak tough di dalam banyak2 tempahan yang saya pernah terima. Potret ini sebenarnya telah dan perlu direview lebih awal lagi kepada pemilik kerana ingin mendapatkan pengesahan beliau mengenai potret yang dihasilkan oleh kerana...pada peringkat awal pemilik telah menghantar satu keping gambar cuma bersaiz 12KB sahaja! dimana ia boleh di kategorikan sebagai gambar bersaiz kecil... Aiseh..Agak tough juga kerana sukarnya untuk melukis potret yang hampir 89 % blur dan kabur sehinggakan rupa bentuk anak mata pun tidak boleh dibaca!..Namun sesukar mana pun saya akan cuba beri yang terbaik memandangkan cuma gambar tersebut satu2nya menjadi pilihan kepada si pemilik. Mungkin ada sebab dan alasan tertentu. Saya menghormati permintaan beliau.. Tanpa berlengah masa lagi dengan menggunakan teknik 'agak2', sedikit 'imaginasi', teknik teka-teka dan reka akhirnya alhamdullillah pas! Beliau berpuas hati dengan hasilnya. Syukur.. agak takut juga.. takut direject sebab x sama.. Tapi beliau tetap menyukainya dan menyuruh saya buatkan frame gambar kepada 2 bilangan. Akhirnya setelah dirisik2 rupa2nya gambar tersebut sebenarnya ingin dijadikan hadiah kepada anak perempuan beliau. Satu lagi potret juga ingin dihadiahkan kepada rakan baik anaknya sebagai kenang-kenangan (seorang lagi individu seperti di dalam potret).. Dan seperti yang diberitahu cuma itu sahaja satu-satunya gambar yang ada memaparkan gambar mereka berdua .. tiada lagi yang lain selain daripada itu... Ohh.. patutlah pun..

THE PROCESS

No comments:

Post a Comment