Tuesday 14 February 2012

potret pn. nirma & suami

Pasangan pengantin baru
Medium : Digital

Pertama sekali rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan mereka baru2 ini. Terima kasih juga kerana kesudian anda untuk menempah dan mengabadikan sebuah naskah potret bersaiz 12R (A3 size) sebagai salah satu hadiah kenang-kenangan untuk dihiaskan di ruangan rumah kediaman mereka kelak. Agak sedikit sukar di dalam penghasilan potret tersebut kerana pasangan mahu lakaran keseluruhan figura mereka berada di dalam potret. Durasi sebenar yang saya ambil semasa melukis potret tersebut ialah selama setengah hari dimana ia memerlukan ketelitian pada setiap objek yang dilakarkan termasuk komotan dan renyukan baju mereka. Teknik hatching saya pilih memerlukan kesabaran dan skil yang agak tinggi di mana setiap garisan hatching tersebutlah akan menghasilkan shadow dan menimbulkan rupabentuk, rona warna serta tekstur muka figura yang saya lukis. Teknik ini agak sukar berbanding menggunakan teknik painting menggunakan brushes yang mengambil masa yang agak singkat. Namun, sesukar manapun ianya tetap memberi kepuasan kepada diri kerana berjaya menghasilkan satu lagi artwork yang saya anggap mempunyai nilai dan value yang amat tinggi dan dikongsi kepada sesiapa yang meminatinya.

THE PROCESS

Gambaran sebahagian daripada proses melakar

Gambar yang telah siap diframe, akan dipacking dan dihantar ke pada client.
( Harga : RM110 - Package B)

No comments:

Post a Comment