Wednesday 7 March 2012

potret ms. gurjeet..

Medium : Digital

Semalam saya tidur agak lewat untuk siapkan satu lagi potret yang telah ditempah pada hujung minggu lepas..Hari ini saya menyambung kembali kerja melukis walaupun mata agak kelat sedikit memandangkan sudah 3 hari berturut-turut saya tidur hampir awal pagi juga jadual yang padat waktu kerja secara tidak langsung telah menyumbang tahap keletihan sebenar pada badan seperti atlit marathon berlari 20km tanpa henti.. Namun, walau apa jua kepayahan saya tetap bersemangat untuk hasilkan karya yang terbaik. Tiada kenal erti penat malah dengan terhasilnya potret yang cantik membuatkan saya tersenyum dan secara tidak langsung memberi tonik serta kepuasan dalam diri. Itu yang saya inginkan.. Apa yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian daripada hasil yang masih di dalam peringkat pemprosesan stage pertama. Stage kedua saya perlu siapkan posture keseluruhan badan si pemilik mengenakan pakaian yang dipilih daripada gambar lain dan bukan baju seperti gambar asal....agak unik sedikit di mana saya perlu melukis dan memadankan beberapa gambar yang diberi dan menghasilkan 1 potret lengkap persis seorang model menghadiri sesi fotografi... InsyaAllah dalam masa 2 ke 3 hari lagi akan siaplah potret tersebut dimana colouring stage menjadi peringkat terakhir.. Maka dengan harapan yang tinggi, teruslah melayari dan memberi sokongan kepada blog ini. Saya akan menyambung entri ini dan di akan menyisipkan potret yang telah siap untuk dikongsikan bersama. Special thanks to wife kerana peranan penting dan menjadi juri tetap dalam memberi komen sebagai penambahbaikan yang mana perlu agar potret yang dihasilkan itu cantik, tepat, bernilai  serta memberi kepuasan kepada pelanggan..
THE PROCESS


No comments:

Post a Comment