Wednesday 21 November 2012

kapal kesultanan melaka

Imbas kembali. Pada tahun 2009 dulu saya pernah membantu membuat draf cadangan membina sebuah Replika Kapal Kesultanan Negeri Melaka yang diuar-uarkan untuk ditempatkan bersebelahan dengan Muzium Kapal sediada ada di Bandar Hilir Melaka. Butiran kerja tersebut tidaklah diketahui secara jelas kerana saya cuma membantu dari segi aspek persembahan digital dan yang pasti ianya melibatkan sebuah rekabentuk kapal yang pernah digunakan oleh Kesultanan Negeri Melaka semasa zaman kegemilangannya. Kertas kerja tersebut dikemukakan oleh seorang rakan dan memohon untuk dizahirkan di dalam 3D lukisan persembahan dengan mengikut lebih 80% daripada kajian sejarah yang dibuat terhadap kapal tersebut sebelum ini. Berikut adalah gambaran yang saya hasilkan menggunakan perkakasan 3dsmax mengadaptasi teknik editable poly & mesh.

Gambaran daripada pandangan hadapan

Gambaran daripada pandangan sisi.

Kombinasi imej yang dirender daripada pandangan pelbagai sudut. 

Namun, nasib dan status kertas cadangan itu tidak diketahui sehingga ke hari ini lagi. Mungkin akan ada perancangannya untuk tahun-tahun akan datang. 

2 comments:

  1. Salam perkenalan.. menarik ! Mendam berahi kan namanyer? Maaf baru jumpa entri ni setelah sekian lama haha.. ade perkembangan tak skg memandangkan dah nak 2018? Kalo btol buat masyuk ! Harap lg detail mesti lebih cantik dan gah nnt :D kagum

    ReplyDelete
  2. mendam berahi lagi besar dari kapal portugis

    ReplyDelete