Wednesday 26 December 2012

Potret madam chi

Sudah agak lama saya tidak melukis lukisan potret. Kebetulan pada minggu lalu, isteri saya mencadangkan untuk menghadiahkan sebuah lukisan potret untuk trainner memerangkap mentor untuk majlis perpisahan sempena tamatnya sesi practical study beliau di sini. Namanya adalah Madam Chi. Seperti gambaran potret sebegitu jugalah karektor serta personalitinya. Ramah, periang juga agak tegas. Saya sempat berbual dengannya sebelum ini. Memang seperti digambarkan. Namun apa yang menarik perhatian saya di mana beliau bukan sahaja seorang yang baik malah sungguh ikhlas mencurahkan ilmu beliau kepada pelajar-pelajarnya termasuk isteri saya tanpa mengira bangsa. Banyak yang saya ketahui kisahnya daripada isteri saya sendiri. Beliau menitiskan airmata sambil memberi amanat penting kepada pelajar-pelajarnya pada hari terakhir kami bertemu. Itulah yang saya dapat saksikan di majlis tidak rasmi perpisahan antara mereka minggu lalu. Walauapapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas ilmu yang telah dicurahkan kepada isteri. Semoga beliau berjaya di lapangan untuk hari-hari mendatang.



Saya juga telah lama tidak bereksperimen dengan potret yang menggunakan medium pensel. Janggal sedikit namun tetap puas dengan apa yang dihasilkan dalam masa setengah jam. Agak mendukacitakan sedikit kerana potret ini belum sempat untuk disampaikan kepada beliau. Walaubagaimanapun saya akan simpan dan akan menyerahkannya sekiranya berkesempatan.

No comments:

Post a Comment