medium : autocad + 3dsmax + adobe photoshop
Adakah anda pernah mengimpikan untuk memiliki sebuah kediaman serba mewah? Sudah tentu. Selain ianya menjadi tempat teduhan yang begitu cantik dan selesa dengan pelbagai kemudahan, ianya juga adalah sebagai lambang kejayaan bagi individu yang berjaya mengapai cita-cita mereka di dunia. Keinginan mengecapi kepuasan di dalam diri, kudrat dan titik peluh dikerah untuk menggapai sesuatu perkara yang diidamkan. Tekad, usaha gigih berterusan dan taqwa di dalam apa jua lapangan kerjaya adalah tidak mustahil untuk kita memilikinya. Namun apa yang menjadi ukuran sebenar adalah kemampuan kewangan sebagai tunjang utama selain ketebalan kocek individu itu sendiri bagi memiliki apa yang diidamkan. Memilih untuk bersederhanaan adalah jalan terbaik untuk yang sebaliknya.
Imej di atas adalah gambaran konsep rekabentuk luaran fasad (draf) sebuah banglo 3 tingkat yang saya hasilkan bagi sesuaipakai tema 'modern laxury banglo' bakal dibina di Batu Berendam, Melaka. Rekabentuk dan lakaran pelan lantai adalah bukan daripada hasil kerja tangan saya tetapi 40% datang dari seorang rakan juga seorang arkitek di sini. Lakaran dan draf pelan lantai telah disiapkan namun tercari-cari dalam merekabentuk fasad luarannya. Oleh yang demikian, beliau mengusulkan perkara ini kepada saya sebagai task dan fasa terakhir untuk dizahirkan. Saya berbesar hati membantu. Dengan menjalankan sedikit review dan kajian saya mula mengolah cube dan form di dalam aplikasi 3dsmax 2011 version mengolah rekabentuk daripada pelan lantai yang diberi. Tekun dan membatu di depan komputer riba. Maka kesimpulannya, bersengkang matalah saya lagi pada malam itu.
Sepanjang malam diambil maka hasilnya, terlihatlah sebuah banglo moden 3 tingkat yang kelihatan seperti sebuah pejabat yang agak ekslusif dan juga mewah. Sebagai makluman, rekabentuk banglo 12 bilik ini rupa-rupanya dihasilkan adalah sebagai tricks atau helah oleh pemilik bagi mendapatkan kelulusan membina sebuah kediaman di tanah beliau. Antara maklumat yang disampaikan oleh rakan, apabila kelulusan menduduki bangunan ini diterima kelak, beliau ingin menukarkan status bangunan kepada kompleks perniagaan jual beli kenderaan (showroom) bagi sebuah jenama kereta terkenal. Oh! patutlah fasad bagunan disarankan untuk direkabentuk sebegitu rupa. Urusan menukar status ini tidak melibatkan pihak ketiga tetapi akan dibuat sendiri oleh pemilik ke Pihak Berkuasa Tempatan dan juga beberapa agensi kerajaan lain yang saya difahamkan akan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi selaras dengan polisi sebuah PBT.
Bagi saya adalah memang tidak mustahil kerana senario ini juga boleh dijumpai seperti yang terdapat kawasan Bangsar dan juga di bandar-bandar besar yang lain. Banglo-banglo lama di Bangsar dibeli, dipulihara dan dinaiktaraf menjadi sebuah kedai perniagaan eksklusif. Ia juga masih mengekalkan sebahagian besar rekabentuk asalnya sejajar dengan lokasinya yang terletak di kawasan perumahan. Fungsi bangunan juga telah ditukar. Maka kesimpulannya, Status sesebuah bangunan ini boleh diubah asalkan melepasi serta mematuhi terma dan syarat ditetapkan. Begitulah ceritanya.
No comments:
Post a Comment