Friday, 3 January 2014

sketch of the day : lahirnya seorang putera

medium : pencil on paper

Entri pertama untuk tahun 2014.

Sembilan bulan menanti, tanggal 27.12.2013 lalu akhirnya lahirlah putera kami seberat 3.1 kg ke dunia ini. Tiada apa yang boleh digambarkan diminda melainkan sujud syukur Alhamdullilah kepada Ilahi. Syukur kerana dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik kepada isteri serta bayi ini. Semoga anak ini akan menjadi insan yang soleh dan bertaqwa ke jalan yang diredhai. InsyaAllah.

Dania kini tidak keseorangan lagi. Dengan bertambahnya seorang lagi ahli keluarga kami ini, maka sudah pasti akan terbit lagi seri dan kemeriahannya nanti. Kegirangannya telah lama dibayang. Agak lama kami menunggu saat ini. Kehadiran orang baru ini amat bermakna walaupun sedikit sebanyak akan ada sedikit perubahan di dalam rutin harian kami pada peringkat awalnya. Tiada masalah. Semua ini saya anggapkan sebagai satu hadiah tidak ternilai kepada saya untuk seorang bapa. Ia adalah proses biasa yang mematangkan diri menjalani kehidupan berkeluarga. 

Harapan semoga kehidupan saya akan lebih bahagia dan ceria di dalam membesarkan mereka nanti. Sudah pasti saya akan cuba menjadi seorang bapa paling baik dan terbaik dikalangan bapa-bapa yang paling baik di dunia ini. Itu memang semestinya! =)

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!

No comments:

Post a Comment