Pandangan A
Pandangan B
Sambungan daripada entri sebelum ini :
Berikut adalah sebuah gambaran 3d perspektif rekabentuk perabot lekap ruangan dapur milik En. Abd Talib seperti yang pernah dipohon sebelum ini. Gambaran kasar ini hanyalah sebagai sebuah konsep awalan di mana ia digunapakai sebagai rujukan ketika proses pembinaannya kelak. Menggunakan 'solid surface' sebagai kemasan 'counter top' serta lapisan 'maica laminated' bercorak 'wood grain' sebagai kemasan akhir untuk binaan perabot. Bahagian dinding dapur dikemaskan dengan binaan 'decorative glass mosaic' bertona coklat asas untuk menaikkan lagi seri sebuah konsep dapur moden.
No comments:
Post a Comment