Sunday 16 November 2014

Merekabentuk sebuah banglo 2 tingkat untuk Tn. Haji Ruzenan

Medium : Autocad + 3ds max + Adobe photoshop

Merekabentuk sebuah banglo dua tingkat untuk Tuan. Haji Ruzenan. Itu adalah tajuk kepada rekabentuk berkonsepkan moden dipohon oleh salah seorang pembaca yang berasal dari negeri Terengganu. Syukur Alhamdulillah akhirnya siap jua rekabentuk ini dan telah diserahkan lengkap berserta lukisan pembinaan (Pakej B) kepada pemilik beberapa minggu lalu. 

Tuan Haji Nen ini (panggilan ringkas) amat meminati dan memasang impian memiliki sebuah rekabentuk moden yang menjadi daya tarikan masa kini. Tidak dinafikan konsep sebegini menjadi ikutan kerana bentuk senibinanya unik, cantik, plain, clean dan kemas diolah daripada konsep vertical serta horizontal elemen. Begitu dominan walaupun ianya ianya hanya dibina di pinggiran bandar. Satu keputusan yang bertepatan diambil oleh beliau setelah meneliti rekabentuk sebuah banglo yang hampir sama ditemui di dalam blog saya sebelum ini. 

Secara ringkas, banglo dua tingkat ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur termasuk bilik tidur utama, bilik solat, bilik utiliti, 5 bilik air, ruang tamu utama, ruang famili, dapur kering dan dapur basah. Kemudahan-kemudahan sedemikian dapat disediakan di atas anggaran binaan bersaiz 57' x 43'  yang menjadikan banglo ini sudah begitu lengkap dengan kesemua keperluan ruang asas. 

Elemen bumbung curam menjadi item terpenting memainkan peranan sebagai sebuah binaan moden dikemaskan dengan kemasan bumbung jenis genting konkrit. Binaan 'concrete hood atau coping' diolah untuk dijadikan sebagai elemen pelembut kepada dinding yang kosong. Ia juga memberi refleksi bayang-bayang yang amat menarik kepada permukaan dinding apabila matahari mula menyodong. Dan akhirnya tona warna putih atau offwhite dan sedikit warna kelabu kehijauan untuk efek kontras menghiasi kulit luaran fasad menjadikan ianya bersih dan kemas.

Begitulah sedikit sebanyak info yang boleh dikongsikan sebagai panduan bersama. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi mendapatkan pandangan serta perkhidmatan yang tidak sebeberapa daripada saya. Maaf dipinta sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berurusan. Semoga maju jaya dan impian yang diidamkan akan terlaksana jua.. =)

Pandangan dari sudut sisi.

20 comments:

  1. assalam Tuan, nak tanya rumah ni berapa anggaran kos binaan>?

    ReplyDelete
  2. As salam tuan..sy nak buat rumah sebijik.macam ni..tp tah saya keluasan 50× 80 macana ya

    ReplyDelete
  3. boleh tak tuan email sy...victor6700d9@gmail.com

    ReplyDelete
  4. saya nak buat rumah sebijik macam ni..tp tanah sy keluasan 50×80..macam mana ya..

    ReplyDelete
  5. saya nak buat rumah sebijik macam ni..tp tanah sy keluasan 50×80..macam mana ya..

    ReplyDelete
  6. Tuan sy berminat pln rumah ini..bleh details kpd sy sharifuddin.omar82@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Tuan sy berminat pln rumah ini..bleh details kpd sy sharifuddin.omar82@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam..tn sy juga bminat utk mmbina rumah idaman bkonsepkan moden mcm ni.bgaimana sy nak mghubungi tuan

    ReplyDelete
  9. Salam..tn sy juga bminat utk mmbina rumah idaman bkonsepkan moden mcm ni.bgaimana sy nak mghubungi tuan

    ReplyDelete
  10. Salam..bila sy blh jmpa tuan..ni no tel sy 0139801742..k.azmi

    ReplyDelete
  11. Salam tuan.saya berminat utk tahu berapa budget utk design rumah mcm ni.tuan boleh cntac sy 01127115413

    ReplyDelete
  12. salam tuan..cantik design.ni.bole thu anggaran kos?

    ReplyDelete
  13. Salam tuan.saya berminat utk tahu berapa budget utk design rumah mcm ni.tuan boleh cntac WhatsApp sy 017-4271281

    ReplyDelete
  14. Cantik design rumah ini dan saya amat berminat...bpe harga bagi complete design untuk rumah yang seperti ini...sila whatsapp 016-2057219

    ReplyDelete
  15. Salam.saya berminat dengan design rumah ni.boleh wassap saya untk sy dapatkan pdf file atau jpeg file beserta gambaran 3D dari semua sudut?berapa harga? wassap sy di www.wasap.my/60179332997

    ReplyDelete
  16. Salam saya amat berminat plan reka bentuk rumah Tuan Haji ini , berapa harga untuk buat plan rumah tersebut keluasan 40x50 kaki

    ReplyDelete
  17. Mohon hantar ke Email saya , sarmansimito169@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Salam saya berminat dengan design tuan. Tuan boleh hubungi saya 0123939726

    ReplyDelete
  19. Boleh saya tahu berapa harga utk plan dan kos untuk membuat rumah dengan rekabentuk ini. aj.jfree@yahoo.com / 0136666416 jfree

    ReplyDelete