Monday 25 December 2023

Merekabentuk banglo 2 tingkat untuk En. Abd Manap

banglo 2 tingkat
Medium : Autocad + 3ds Max + Adobe Photoshop

Konsep : English Style
Keluasan : 2,950 kp (40' x 60')

Gambaran imej berikut merupakan sebuah rekabentuk banglo 2 tingkat bercirikan konsep Modern English Tudor milik En. Abd Manap dari Selangor. Beliau yang mengenali saya melalui blog ini amat menginginkan sebuah kediaman yang menepati citarasa keluarganya dan merancang untuk tinggal di sana selepas bersara dari salah sebuah jabatan kerajaan kelak. Tapak cadangan terletak di Daerah Sepang yang agak tenang dan lari dari kesibukan kota. 

Selepas dua pertemuan kami di Melaka, akhirnya beliau sekeluarga bersetuju dengan konsep yang saya persembahkan kepada mereka di mana proses merekabentuk ini tidaklah mengambil masa yang lama kerana saya agak sudah memahami apa yang mereka mahukan . Cita-cita dan pencetus untuk memiliki banglo berkonsepkan sedemikian adalah selepas beliau menziarahi salah sebuah rumah rakan serta selepas berminggu-minggu mencari gambar sesuai untuk dijadikan ilham rekabentuk.

Bagi saya sebagai seorang pereka, tema dipilih adalah sebuah tema 'semasa' yang telah banyak boleh  dilihat disekeliling kita mahupun di taman-taman perumahan residential dibangunkan oleh pemaju-pemaju di Malaysia. Yang boleh membezakan rupabentuk ini ialah elemen arkitektur dan kaedah kemasan akhir yang perlu dititikberatkan oleh pemaju mahupun kontraktor. Kaedah penggunakan kemasa kepingan shiplap plank adalah salah satu cara untuk adaptasi efek papan lapis rumah-rumah Inggeris lama. Cara ini lebih ringkas serta mudah dipasang seterusnya memberi impak maksima namum ia akan sedikit mahal sekiranya ia dipasang di keseluruhan dinding luar rumah. Cara lain yang lebih praktikal ialah menggunakan kaedah melepa halus bagi membentuk atau meniru acuan jalur-jalur papan lapis namun ia hanya boleh dilakukan oleh kontraktor mahir sahaja dan agak sukar ditemui ketika ini. Dan cara yang paling ekonomi ialah dengan kaedah garisan groove line yang dipasang menggunakan pvc electrical conduit pipe dengan saiz dan jarak bersesuaian. Ketiga-tiga cara ini boleh memberi impak menarik sebagai kemasan akhir untuk sesebuah binaan berkonsepkan dinding papan. Tetapi ianya masih bergantung kepada kebijaksanaan serta pengalaman para kontraktor sebagai pembina dengan membaca, merujuk spesifikasi arkitek, mengadaptasi dan memanipulasi bahan-bahan serta kaedah-kaedah sesuai dengan bajet dan kehendak pihak pelanggan. 

Baiklah dilampirkan sedikit ringkasan sinopsis keperluan ruang kediaman ini sebagai rujukan para pembaca blog ini.
          • Konsep : English Style
          • Keluasan & saiz tanah : 5,500kp 
          • Keluasan Binaan Banglo : 2,950kp (40' x 60')
          • Ruang Tamu : 1 bilangan 
          • Ruang Keluarga : 2 bilangan
          • Ruang Makan : 1 bilangan
          • Dapur : 1 Dapur Basah
          • Bilik Tidur : 5 bilangan
          • Bilik Air : 4 bilangan
          • Bilik Sokongan : Ruang Mussola
          • Anjung Kereta : 2 bilangan kereta
          • Lain-lain Elemen : Beranda & Balkoni
Bahagian luaran fasad banglo ini semestinya perlu dicat dengan skema putih dan sedikit kelabu bagi feature wall sebagai penyeri rupabentuk banglo klasik ini. Elakkan dari menggunakan tema warna garang dan kontras supaya tidak lari dari konsep yang dikendaki malah mungkin akan mencacatkan pandangan mata sekiranya ia berlaku. Dan semestinya pemilihan warna bingkai tingkap putih adalah tepat dan perlu menjadi keutamaan bagi melengkapkan tema asal sebagai sebuah banglo yang cantik, putih dan gebu.

banglo 2 tingkat
banglo 2 tingkat

banglo 2 tingkat
banglo 2 tingkat

banglo 2 tingkat
banglo 2 tingkat

No comments:

Post a Comment