Wednesday, 31 October 2012

pelan susunatur & 3d perspektif

Beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan menghasilkan pelan susunatur serta lukisan 3d perspektif yang kemukakan oleh seorang rakan kepada saya. Seperti permintaan, lukisan tersebut perlu dihasilkan segera dan akan dimuatkan ke dalan brocure jualan rumah disediakan oleh syarikat beliau. Dengan adanya gambaran & maklumat yang lengkap seperti ini, maka secara tidak langsungnya dapat membantu pembeli rumah memahami secara teknikal tentang susunatur sesebuah rumah sebelum sebarang pembelian dibuat.


Pelan susunatur sebuah Rumah Kediaman Jenis Berkembar.

 Rumah Kediaman Jenis Berkembar.
Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

Pelan susunatur sebuah Rumah Kediaman Jenis Teres 22' x 75'


Rumah Kediaman Jenis Teres 22' x 75'
Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop


Friday, 28 September 2012

urban sketch : armenian street, penang - siri akhir

Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya. Pada penghujung malam tadi, saya berjaya menghasilkan sebuah lukisan yang diabadikan sebagai penamat kepada penjelajahan saya ke 'armenian street, penang'. Keputusan untuk bersengkang mata dan tidur lewat amat berbaloi di mana saya dapat mengilhamkan sebuah karya yang lebih fokus, teliti serta amat menyenangkan mata untuk ditatap. Menggunakan medium kertas lebih besar daripada pocket sketch pad tempoh hari sedikit sebanyak membantu pengawalan penggunaan berus warna lebih baik untuk menghasilkan karya lebih terperinci.

Bangunan yang dipilih adalah sebuah bangunan rumah kedai terletak berhadapan dengan bangunan Yap Kongsi Temple dan merupakan monumen terbaik yang saya jumpa sepanjang melalui lebuh armenian street. Senibina, elemen tingkap, fasad, material,  kombinasi warna dan tekstur menjadikan bangunan ini sangat menarik untuk sebuah bangunan lama. Susunan dan deretan tingkap kayu kekisi begitu konsisten diteguhkan dengan kumai batu kapur keliling bukaan dan menjadikan ia begitu terperinci aspek senibinanya dan masih kekal hingga ke hari ini walapun melepasi ratusan tahun. Begitulah kuasa 'konservasi' yang berjaya digunakan oleh pemilik untuk terus kekal memulihara, serta mengekalkan identiti bangunan ini selari dengan penganugerahan bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.


Material pintu kayu dilengkapi kekisi angin (louvers) menjadi elemen terpenting di bahasa senibina seluruh dunia khususnya negara serantau.

Proses pembikinan : melakar dan mewarna.

Bereksperiman dengan medium watercolour baru berjenama Reeves yang dibeli sehari sebelum.


Gambaran fasad sebenar yang dirakam di bahagian hadapan bangunan.

Oleh yang demikian, saya merumuskan di sini  bahawa perjalanan saya setakat ini banyak menyedarkan saya untuk terus memerhati, mengamati & menilai keadaan sekeliling walau dimana jua kita pergi. Mungkin ada sesuatu yang amat bernilai terdapat disekeliling untuk diketahui yang kadang-kadang kita tidak sedari. Ia adalah seperti warisan budaya yang ada dalam diri yang kita pelajari daripada ibu bapa dan akan diwariskan kepada generasi seterusnya. Walauapapun, ianya terpulanglah kepada kita bagaimana untuk kita mencorak dan meneruskan kesinambungannya terhadap seni & bina di negara kita. Ukuti siri dan karya seterusnya akan datang. Jumpa lagi.

Monday, 10 September 2012

urban sketch : armenian street, penang - siri 2

Sambungan dari entri yang lalu : 

Berada di bandar Georgetown Penang ini banyak memberi saya inspirasi untuk melukis. Lakaran yang dibuat berdasarkan dengan apa jua objek pegun, arkitektur & landskap kejur yang menarik pandangan mata. Dengan masa yang agak singkat di sana, saya cuba mendapatkan gambaran panorama serta urbanscape yang telah diterjemahkan melalui lukisan.


Deretan pasu bunga dengan pokok buluh memesongkan pandangan mata daripada melihat tembok yang begitu kosong. Scene diambil di perkarangan An'nur Ancasa Hotel, Penang di mana tempat kami bermalam.


Cobble boulders dengan kemasan chipping stone menghiasi landskap hadapan hotel memisahkan lot & deretan kedai di hadapan.


Rumah kedai dua tingkat kelihatan separuh bahagian yang tinggal. Mungkin faktor semulajadi binaan yang telah uzur memaksa pemilik meruntuhkan bangunan secara terdesak. Scene diambil dari tingkat 3 hotel ke arah bangunan di seberang jalan.


Bangku rehat yang agak unik terdapat di perkarangan bangunan Muzium Islam Pulau Pinang atau lebih dikenali dulu sebagai Rumah Syed Al-Attas.


Proses mewarna dijalankan bersama kelengkapan : A6 sketch pad, berus & watercolour.

Kompilasi lakaran yang disatukan.