Saturday, 29 June 2013

urban sketch : rumah kedai

Medium : Snote, Samsung Note II

Lakaran di atas dihasilkan ketika menunggu isteri pulang dari tempat kerja. Kejadian diambil pada pukul 7.00 pagi tadi berhampiran tempat memakir kereta di Jalan Bunga Raya Pantai, Melaka. Sambil menunggu, saya sempat membuat lakaran ke atas permandangan deretan kedai lama yang mana ketika itu masih lengang daripada sebarang kenderaan. Lakaran pantas ini mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Menggunakan aplikasi Snote dan diwarnakan sedikit untuk menimbulkan kesan bayang-bayang pada fasad bangunan.

Lakaran yang telah siap dihasilkan.

Friday, 28 June 2013

sketch of the day : convocation


Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan 'sekalung tahniah' kepada isteri di atas penerimaan sijil di Majlis Konvoksyen Universiti beliau yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 22/06/2013 yang lalu. Penantian selama setahun akhirnya berbaloi. Dan saya turut merasai kegembiraan tersebut serta dirai dengan penuh kesyukuran. 


Gambar di atas adalah diilhamkan oleh saya dimana ia dilakar di dalam flip skechbook yang sentiasa saya gunakan sebagai album lukisan. Setiap lakaran dihasilkan membawa cerita disebaliknya. Jambangan bunga tersebut saya rakamkan semasa berada di kerusi tetamu ketika penyampaian scroll berlangsung. Saya rakamkan dan dilukis semula sebagai tanda kenangan saya terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku di sekeliling saya.  

Wednesday, 19 June 2013

sketch of the day : pasu bunga

Medium : Snote, Samsung Note II

Pagi ini saya menunggu lagi. Kali ini seperti biasa saya akan tiba awal di bandar Melaka kerana perlu bergegas menghantar isteri bekerja syif pukul 7.00 pagi. Ini bermakna saya ada ruang sekitar 1 jam sebelum masuk bekerja iaitu pada pukul 8.00 pagi. Oleh yang demikian, kebiasaannya saya akan membeli senaskah surat khabar dan membacanya di dalam kereta ataupun mengambil sedikit kesempatan dengan pergi ke mesin ATM  untuk membuat sebarang transaksi sebelum tiba waktu bekerja. Namun pada pagi ini saya memakirkan kenderaan di tepi sebatang jalan dan melakarkan objek yang boleh dijumpai di sana. Dengan menggunakan medium peranti telefon pintar, akhirnya saya berjaya melakarkan deretan pasu bunga berukir (decorative flower pot) yang menghiasi sepanjang ruangan pejalan kaki di jalan Hang Tuah Walk, Melaka. Lukisan ini nampak timbul dengan menggunakan sedikit teknik bayang-bayang (shadow).