Medium : Snote, Samsung Note II
Pagi ini saya menunggu lagi. Kali ini seperti biasa saya akan tiba awal di bandar Melaka kerana perlu bergegas menghantar isteri bekerja syif pukul 7.00 pagi. Ini bermakna saya ada ruang sekitar 1 jam sebelum masuk bekerja iaitu pada pukul 8.00 pagi. Oleh yang demikian, kebiasaannya saya akan membeli senaskah surat khabar dan membacanya di dalam kereta ataupun mengambil sedikit kesempatan dengan pergi ke mesin ATM untuk membuat sebarang transaksi sebelum tiba waktu bekerja. Namun pada pagi ini saya memakirkan kenderaan di tepi sebatang jalan dan melakarkan objek yang boleh dijumpai di sana. Dengan menggunakan medium peranti telefon pintar, akhirnya saya berjaya melakarkan deretan pasu bunga berukir (decorative flower pot) yang menghiasi sepanjang ruangan pejalan kaki di jalan Hang Tuah Walk, Melaka. Lukisan ini nampak timbul dengan menggunakan sedikit teknik bayang-bayang (shadow).
No comments:
Post a Comment