Wednesday, 5 February 2014

merekabentuk banglo 2 tingkat untuk Pn. Kamaliah

medium : autocad + 3dsmax + adobe photoshop

Bersua kembali.

Projek di atas adalah sebuah tugasan yang saya hasilkan ketika hari-hari terakhir menjengah penghujung tahun 2013 lalu. Di atas sebab alasan kesibukan yang saya alami beberapa minggu lalu menghadkan saya untuk menghantar sebarang posting di blog ini. Syukur alhamdulillah kini saya rasa bernafas semula dan mula mencari-cari rentak untuk menulis kembali.

Oklah. Kediaman di atas adalah sebuah ilham yang saya hasilkan untuk seorang pembaca blog ini iaitu Puan Kamaliah yang berasal daripada Rawang, Selangor. Beliau menghajatkan sebuah kediaman berkonsepkan Modern Contemporary yang berkeluasan sekitar 2000 kps. Beberapa jenis dan contoh gambar dihantar kepada saya sebagai panduan merekabentuk kediaman tersebut itu nanti. Beliau juga ada mengemukakan lakaran pelan yang mana telah lengkap dengan keperluan ruang yang beliau hajati. Dengan panduan-panduan yang diberi agak memudahkan saya mengolah idea dan konsep sesuai dengan apa yang diidamkan. 

Menariknya di sini ialah, rekabentuk pelan ini agak unik kerana kalau dilihat dari pandangan atas susunatur bangunan ini berbentuk 'U shape' . Jarang ditemui pelanggan yang memerlukan konsep jenis ini di mana dari sudut teknikalnya bentuk ini banyak memanipulasi ruang sehinggakan boleh terjadi dengan tidak sengajanya negative space yang tiada fungsi. Walaubagaimanapun ini adalah cabaran yang perlu dihadapi selain dengan rekabentuk tapak terhad dan bersegi-segi. 

Alhamdullilah, dengan beberapa siri perbincangan melalui email, telefon dan kemudahan whatsup banyak input dan pengolahan rekabentuk dipersetujui. Berikut adalah sedikit gambaran perspektif yang boleh saya kongsikan bersama sebagai sedikit panduan bersama. Set lukisan lengkap yang siap telah saya kemukakan dan dijadikan hakcipta terpelihara hanya untuk Puan Kamaliah. Set lukisan ini bertujuan sebagai panduan dalam proses kelulusan pelan bangunan serta rujukan bagi membina rumah idaman ini kelak. Terima kasih diucapkan kepada beliau.

Konsep patio menjadi elemen utama yang menjadi tarikan kepada rekabentuk ini. Ia adalah sebuah ruangrehat direkabentuk berhadapan ruang tamu yang boleh diakses ke halaman rumah melalui bukaan cermin pintu yang besar. Sedikit sentuhan lanskap dicadangkan di halaman ini bagi menghidupkan suasana istirehat yang begitu indah. 

Gambaran pandangan hadapan rumah yang membolehkan 2 kereta di parkir di ruangan porch.

Saturday, 11 January 2014

sketch of the day : rak kasut

medium : pen & watercolour on paper

Tiada apa yang ingin dilakukan awal pagi semalam selain terpandangkan deretan kasut yang tersusun di rak. Misi pagi itu untuk berbasikal berjaya namun tidak dapat melakukan sebarang lakaran sepanjang perjalanan di atas alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun gian untuk melukis dapat disempurnakan dengan memilih subjek yang paling dekat dan senang dijumpai di sekeliling kita. Dengan keadaan berdiri saya dapat melakar sebuah rak kasut yang terletaknya dengan pelbagai variasi terdiri daripada jenis, saiz dan warna kasut berbeza. Akhirnya siap jua sebuah karya yang ringkas bertajuk 'rak kasut' kepunyaan saya.

  Ink pen telah hampir habis mengganggu serba sedikit tekstur garisan yang cuba saya hasilkan.

Saturday, 4 January 2014

Merekabentuk sebuah banglo mewah 3 tingkat

medium : autocad + 3dsmax + adobe photoshop

Adakah anda pernah mengimpikan untuk memiliki sebuah kediaman serba mewah? Sudah tentu. Selain ianya menjadi tempat teduhan yang begitu cantik dan selesa dengan pelbagai kemudahan, ianya juga adalah sebagai lambang kejayaan bagi individu yang berjaya mengapai cita-cita mereka di dunia. Keinginan mengecapi kepuasan di dalam diri, kudrat dan titik peluh dikerah untuk menggapai sesuatu perkara yang diidamkan. Tekad, usaha gigih berterusan dan taqwa di dalam apa jua lapangan kerjaya adalah tidak mustahil untuk kita memilikinya. Namun apa yang menjadi ukuran sebenar adalah kemampuan kewangan sebagai tunjang utama selain ketebalan kocek individu itu sendiri bagi memiliki apa yang diidamkan. Memilih untuk bersederhanaan adalah jalan terbaik untuk yang sebaliknya. 

Imej di atas adalah gambaran konsep rekabentuk luaran fasad (draf) sebuah banglo 3 tingkat yang saya hasilkan bagi sesuaipakai tema 'modern laxury banglo' bakal dibina di Batu Berendam, Melaka. Rekabentuk dan lakaran pelan lantai adalah bukan  daripada hasil kerja tangan saya tetapi 40% datang dari seorang rakan juga seorang arkitek di sini. Lakaran dan draf pelan lantai telah disiapkan namun tercari-cari dalam merekabentuk fasad luarannya. Oleh yang demikian, beliau mengusulkan perkara ini kepada saya sebagai task dan fasa terakhir untuk dizahirkan. Saya berbesar hati membantu. Dengan menjalankan sedikit review dan kajian saya mula mengolah cube dan form di dalam aplikasi 3dsmax 2011 version mengolah rekabentuk daripada pelan lantai yang diberi. Tekun dan membatu di depan komputer riba. Maka kesimpulannya, bersengkang matalah saya lagi pada malam itu.

Sepanjang malam diambil maka hasilnya, terlihatlah sebuah banglo moden 3 tingkat yang kelihatan seperti sebuah pejabat yang agak ekslusif dan juga mewah. Sebagai makluman, rekabentuk banglo 12 bilik ini rupa-rupanya dihasilkan adalah sebagai tricks atau helah oleh pemilik bagi mendapatkan kelulusan membina sebuah kediaman di tanah beliau. Antara maklumat yang disampaikan oleh rakan, apabila kelulusan menduduki bangunan ini diterima kelak, beliau ingin menukarkan status bangunan kepada kompleks perniagaan jual beli kenderaan (showroom) bagi sebuah jenama kereta terkenal. Oh! patutlah fasad bagunan disarankan untuk direkabentuk sebegitu rupa. Urusan menukar status ini tidak melibatkan pihak ketiga tetapi akan dibuat sendiri oleh pemilik ke Pihak Berkuasa Tempatan dan juga beberapa agensi kerajaan lain yang saya difahamkan akan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi selaras dengan polisi sebuah PBT. 

Bagi saya adalah memang tidak mustahil kerana senario ini juga boleh dijumpai seperti yang terdapat kawasan Bangsar dan juga di bandar-bandar besar yang lain. Banglo-banglo lama di Bangsar dibeli, dipulihara dan dinaiktaraf menjadi sebuah kedai perniagaan eksklusif. Ia juga masih mengekalkan sebahagian besar rekabentuk asalnya sejajar dengan lokasinya yang terletak di kawasan perumahan. Fungsi bangunan juga telah ditukar. Maka kesimpulannya,  Status sesebuah bangunan ini boleh diubah asalkan melepasi serta mematuhi terma dan syarat ditetapkan. Begitulah ceritanya.