Tuesday 10 April 2012

Merekabentuk kolam pancuran air (water fountain)



Satu hari seorang kawan bertanyakan kepada saya...." jatt, saya sedang membuat kerja-kerja renovasi pembesaran rumah. Semuanya telah hampir siap. Cuma saya agak buntu untuk dapatkan design rupabentuk air pancut di depan rumah saya. Rasa-rasanya boleh tolong tak?"
" Boleh..." jawab saya ringkas.
Itulah persoalan serta permasalahan seorang kawan yang mana agak kebuntuan dalam menyelesaikan rekabentuk binaan kolam air pancut di rumah beliau di mana cuma bahagian tersebut mengganggu progress menyiapan pembinaan secara keseluruhannya. Dalam pengamatan saya, beliau sebenarnya inginkan sebuah binaan kolam yang cantik, mudah diselenggara serta kos yang agak berpatutan memandangkan beliau agak kehabisan wang setelah mengggunakan sebahagian besarnya dalam kerja-kerja renovasi rumah. 
Tanpa berlengah lagi, saya perlu mengambil langkah pertama iaitu membuat lawatan ke tapak bina untuk melihat serta membayangkan rekabentuk yang akan saya cadangkan nanti. Foto di atas adalah gambaran sebenar binaan sediada yang belum siap serta masih dalam proses pembikinan. Setelah ukuran serta gambaran diambil maka secara kasar saya membayangkan konsep yang dipinta oleh pemilik di mana sedikit sebanyak dapat membantu merealisasikan rekabentuk idaman beliau.
Malam hari tersebut, tanpa membuang masa proses kerja-kerja merekabentuk pun bermula..........Seperti dijangka, saya akan tidur lewat pada malam itu untuk menyiapkan task yang mempunyai due date yang agak pendek dan segera untuk dideliver. Itu telah menjadi sebahagian rutin dalam kehidupan saya. Setelah pelbagai aspek teknikal dan rupabentuk diambil kira maka telah selesai tugasan yang saya perlu tunjukkan kepada pemilik untuk ulasan...

Cadangan 1


Cadangan 2


Cadangan 3


Cadangan 4


Dan... Sebagaimana yang saya jangkakan pemilik amat berminat dengan cadangan rekabentuk 4 di mana ia juga menjadi konsep kegemaran saya secara peribadinya. Rekabentuk tersebut mempunyai 4 features serta elemen yang lengkap yang menggambarkan sebuah konsep yang solid, fungsional serta kemas sesuai sebagai satu daya tarikan di mana perletakannya betul-betul di hadapan pintu masuk rumah. Setelah pemilihan dibuat saya sarankan kepada pemilik agar ajukan konsep tersebut kepada kontraktor specialist yang mahir dalam membina kolam air pancut untuk dapatkan nasihat teknikal serta kos yang bersesuaian dengan pemilik agar binaan serta servis yang diberi dapat memenuhi kehendak pemilik seperti mana diidamkan... Akhirnya konsep itu telah siap dibina dan  berfungsi dengan baik sehingga benar-benar memberi kepuasan maksimum kepada pemilik, dimana secara tidak langsung ia juga memberi kepuasan total kepada saya sebagai perekabentuknya. Namun agak malang kerana saya tidak sempat merakam foto sebenar untuk dikongsi bersama!...

Medium : Autocad + 3dsmax + Adobe Photoshop

No comments:

Post a Comment