Wednesday 25 April 2012

sketch of the day : kerbau

Kerbau
Medium : Watercolour

Petang tadi semasa pulang dari tempat kerja saya berkesempatan merakamkan scene dua ekor kerbau yang sedang asyik meragut rumput tidak jauh dari taman perumahan kami. Kenapa kerbau? Ada 3 sebab kenapa saya berminat untuk mengetengahkan topik ini...

1. Walaupun lokasi taman perumahan kami terletak berhampiran bandar tetapi sebahagian kawasan ini sebenarnya masih di kelilingi dengan lapangan tanah rendah tidak diusahakan dan menjadi tumpuan haiwan ternakan dari kampung berdekatan meragut selain menjadi tempat mereka berkeliaran. Suasana agak menarik terutama waktu pagi dengan kehadiran kerbau juga sekumpulan burung bangau bertenggek di atas badan sebagai pelengkap suasana seperti kampung. Namun, kehadiran mereka tidak disenangi penduduk terutama ketika sebahagian besar penduduk bekerja di mana waktu itulah masa sesuai untuk mereka merosakkan tanaman yang di tanam di kawasan perumahan ini malah kadangkala meninggalkan jejak yang berbau sebagai hadiah. Tapi bagi saya kehadiran mereka tetap indah dan hanya perlu ditangani dengan cara yang demokrasi antara persatuan penduduk dan pemilik ternakan berhampiran.

2. Saya sedang bereksperimentasi menghasilkan lukisan menggunakan watercolour yang mana medium ini saya telah tinggalkan hampir 11 tahun daripada menggunakan sebarang peralatan berus. Medium ini adalah medium kegemaran saya sejak sekolah dulu namun terhenti kerana memberikan tumpuan kepada yang lain. Dan hasilnya akan kurang sedikit di mata saya dan mutunya jauh daripada dulu kerana skills ini telah lama tidak dipraktikkan malah agak kekok untuk memegang berus. Namun saya akan berusaha memantapkan lagi teknik ini lagi dan berjanji akan memperbanyakkan artwork menggunakan watercolour untuk posting akan datang. Chaiyookk!

3. Dan sebab yang utama juga saya berminat mengetengahkan topik ini ialah.... sebenarnya saya sedang mencuba keberkesanan handphone baru dan ingin melihat hasil gambar yang ditangkap melalui handphone ini.. hehehe...
agak kagum juga malah berpuas hati memilih gadget baru ini tanpa was-was. Hasilnya saya dapat ilhamkan sebuah lukisan melalui gambar yang terakam di dalam handphone tersebut dan menjadi tatapan kepada anda semua.. hehehe.. Sekian untuk makluman.

2 comments: