Saya meminati sukan berbasikal. Malah ini adalah antara hobi saya sejak diperkenalkan oleh seorang kawan pada 2007 lagi. Walaupun saya bukanlah seorang pengayuh basikal tegar, namun cukuplah sekadar menjadi bahan riadah saya setiap hujung minggu juga sebagai alat untuk mengeluarkan peluh.
scenery dirakam ketika berkayuh sendirian
Saya memiliki sebuah basikal MTB kelas pertengahan berjenama Nexus Xcalibur (buatan Taiwan mungkin) dibeli pada penghujung 2007 dan masih digunakan sehingga kini. Dikalangan peminat-peminat basikal pasti akan mengatakan basikal saya boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja dan kelihatan begitu oldskool. Malah, mungkin ia sudah tamat riwayatnya dipasaran. Tapi bagi saya ia cukup berharga kerana dengan basikal inilah saya telah membawa saya menyertai perbagai aktiviti pertandingan Jamboree, night ride event, offroad, kayuhan santai dan lain-lain serta berjaya membuat jumlah jarak perjalanan terkumpul (odo) sebanyak 993 km. Tidaklah sehebat mana tapi cukuplah bagi saya yang berada di tahap amatur dalam bidang ini. Dengan aksessori basikal seperti crank, groupset serta beberapa item yang telah dinaiktaraf sedikit sebanyak membantu saya mengayuh basikal yang agak berat dari segi timbangannya. Ingin membeli basikal yang lebih baik mungkin belum lagi. Yang dari jenis carbon frame adalah memang jauh sekali. Cukuplah dengan apa yang dimiliki setakat ini. Bak seperti pengayuh-pengayuh tegar berkata 'jenama basikal tidak penting tetapi tenaga dan kekuatan badan diambil kira'. Harapannya begitulah.
Sebahagian route yang saya lalui
Kebiasaannya pada hujung minggu saya akan berkayuh berkumpulan dan kadang-kadang bersendirian sahaja bergantung kepada permintaan. Kalau ada teman yang memperlawa maka ia akan jadi aktiviti berkumpulan. Tetapi kadang-kadang kepada sesiapa yang sukar bangun pagi maka saya akan berkayuh sendirian kerana aktiviti bermula selepas waktu subuh. Jarak perjalanan cuma 25 - 30km sahaja. Dan pernah menjangkau sehingga 50 km bergantung kepada route. Sejak akhir-akhir ini cuma 2 route sahaja menjadi pilihan kami dimana kayuhan bermula dari taman perumahan kami. Senang dan ringkas. Tidak perlu bicycle rack mahupun komponen dileraikan untuk dibawa kemana-mana tempat pilihan. Sedia dan kayuh sahaja. Route 1 adalah dari rumah ke bandar. Route ke-2 dari rumah ke persisiran pantai. Pilihan adalah bergantung kepada suara ramai. Bagi saya, saya lebih menggemari route 1. Kenapa? Kerana route 1 lebih menarik. Bukan sekadar kayuhan untuk kesihatan tetapi kayuhan sambil menikmati panorama Bandar Melaka lama yang unik senibinanya pada waktu pagi. Yang lebih menarik ketika menyusuri Sungai Melaka yang ketika ini cukup indah dan terkenal selepas ini dinaiktaraf. Bagi anda diluar Melaka mungkin pernah menyusuri Sungai Melaka menggunakan bot river cruise pada dinihari. Tapi bagi kami menyusuri Sungai Melaka menaiki basikal pada waktu pagi dan bila-bila masa boleh dilakukan adalah lebih memberi kredit kepada kami. Agak menarik bukan?
Antara scene menarik sempat dirakam menggunakan kamera telefon - bandar yang agak cool & calm tanpa kenderaan
Berikut adalah antara panorama menarik saya dapat rakamkan sepanjang perjalanan aktiviti kayuhan basikal saya tempuhi. Kayuhan sendirian amat menyeronokkan di mana saya mempunyai banyak masa untuk melihat dan mengamati permandangan ketika berhenti di satu-satu tempat. Tekstur, tona warna bangunan, cahaya, shadows, features, material, vertical & horizontal line, reflections antara ciri-ciri dan elemen-elemen yang menimbulkan rupabentuk sesebuah monumen. Itulah benda yang saya suka perhatikan di mana di situlah antara elemen yang digunakan pada zaman Melaka dijajah dan meninggalkan bahasa senibina mereka di sini. Kerana sebab ini jugalah antara faktor mengapa saya meminati sukan berbasikal. Bukan sekadar beriadah tetapi penghayatan terhadap alam serta monumen-monumen menarik di muka bumi.
Bermula dari saat itu, saya berfikir sejenak dan mula rasa terpanggil untuk mempelbagaikan aktiviti selain membuat kayuhan riadah saya supaya ia menjadi lebih menarik dan lebih menyeronokkan. Task tambahan yang dirancang ialah ingin membuat lakaran (sketches) ke atas scenery bangunan yang saya lihat dan di jadikan sebagai rekod perjalanan peribadi. Perancangan asal sebenarnya saya ingin membuat live sketch di mana setiap task diproses di situ, namun disebabkan beberapa masalah sampingan dan tidak dapat dielakkan membantutkan idea yang telah dirancang. Antaranya ialah bagaimana saya ingin membawa tools serta peralatan melukis tambahan semasa mengayuh basikal? Bebanan tambahan tiada menjadi masalah cuma saya tiada hydration bag (beg sandang basikal) sebagai karung simpanan peralatan tersebut. Kedua ialah saya akan berkompromi dengan masa di mana setiap lakaran akan mengambil masa yang agak lama sekurang-kurangnya 30 minit untuk satu lakaran. Lagi lama masa diambil maka lagi detail dan terperinci lukisan itu dapat dihasilkan. Itulah nilai sebenar sesebuah lukisan. Setelah faktor-faktor tersebut diambilkira, saya dengan nekadnya mengambil keputusan melakar berpandukan gambar yang ditangkap semasa laluan berbasikal saya. Saya rasa itu adalah jalan terbaik buat sementara waktu dan saya berazam akan menyelesaikan masalah tersebut sehingga apa yang diimpi dapat direalisasikan. InsyaAllah..
Berikut adalah antara lakaran (sketches) yang saya buat untuk dikongsi bersama sebagai sebuah pengalaman dan lakaran-lakaran lain akan menyusuri pada siri seterusnya. Walaupun harganya telah susut nilai namum ia tetap memberi kepuasan maksima ke pada saya...

Disusuli sebuah bangunan Hotel - Mahkota Hotel Melaka
Moleskine sketchbook buatan sendiri
Saya dan Odo meter
No comments:
Post a Comment