Wednesday 5 September 2012

urban sketch : armenian street, penang - siri 1.


Scenery menarik untuk sebuah pintu lama.

                                             Antara hardscape dan pemandangan street path yang saya jumpai.

Semasa bulan Ramadhan lalu, saya ke Pulau Pinang bersama 4 orang rakan bagi menghadiri sebuah workshop di sana dibawah anjuran George Town World Heritage Incorporated selama 3 hari. Tajuknya berkaitan Conservation of Heritage Buidings Workshop di mana dengan bahasa mudahnya ialah kerja-kerja pemuliharan bangunan warisan. Workshop tersebut dikendalikan oleh GTWHI itu sendiri dengan menjemput seorang pakar konservasi dari Australia iaitu Dr. Donald Ellsmore, Convenor Australasia Chapter Assiciation for Preservation Technology. Kandungan workshop agak menarik diselang-selikan antara teori serta latihan amali bagaimana untuk memulihara sesebuah bangunan lama dengan menggunakan kaedah serta teknik binaan yang betul. 

Walaupun yang agak keletihan berpuasa dan kadangkala membuatkan rasa mengantuk untuk memahami slanga seorang Australian, namun ia tidak menghalang kami berempat datang dari jauh untuk mendengar serta mendalami ilmu serta teknik memulihara yang 'terpencil' berbanding kaedah ubahsuai konvensional yang biasa kita dengar.

Maka dengan kesempatan berada di Pulau Pinang yang jarang saya kunjungi itu jugalah sebenarnya telah membuka peluang bagi saya untuk menambah koleksi lakaran sebagai ubat kepada tangan yang agak sedikit gatal akibat sudah lama tidak melukis. Berbekalkan sebatang pensil mekanikal serta sebuah sketch pad pocket size (A6) saya mula menjelajah. Saya rakam, saya lukis dan saya warna. Dan inilah hasilnya buat masa ini iaitu objek yang saya jumpa semasa berjalan kaki dari hotel ke tempat workshop di sepanjang  Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Seperti bandar lama Melaka, begitu jugalah terdapatnya binaan rumah kedai lama yang kebannyakkannya masih cantik dipulihara. Hanya ini sahaja untuk entri kali ini. Lakaran-lakaran lain pasti akan menyusul kelak! Jumpa lagi..


Lakaran sempat diwarnakan di rumah.

1 comment: