Secara amnya, kerja-kerja lanskap terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lanskap lembut (softscape) dan lanskap kejur (hardscape). Kebiasaannya ramai pemilik rumah menggemari untuk mengabungkan kedua-dua bahagian ini di mana ia konsep ini mengimbangi antara satu dengan lain. Sebagai contoh, lanskap lembut (softscape) terdiri daripada elemen hijau ia jenis tumbuhan atau pokok-pokok renek, menjalar mahupun pokok berbatang lebih besar seperti rumput bucida tree dan juga dari jenis palm. Lanskap kejur pula (hardscape) membawa maksud elemen lanskap keras dan kekal seperti batuan, kolam air pancut, features wall, wakaf dan juga pergola. Dengan menggabungkan kedua-dua bahagian ini secara tidak langsung iaitu boleh dikategorikan sebagai sebuah konsep lanskap yang seimbang, lengkap serta dapat memberi kepuasan diri terhadap penghayatan unsur alam semulajadi khususnya kepada elemen flora, air, kayu serta batuan..
Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah sebahagian daripada cadangan rekabentuk konsep yang saya lakarkan kepada seorang pemilik rumah yang memiliki kediaman jenis berkembar 2 tingkat. Keluasan tanah yang terdapat di tapak ini ialah berukuran 2607 kakipersegi di mana ia dikategorikan sebagai laman berskala besar. Secara kasar, pemilik menginginkan laman lanskap hijau, kayu serta mempunyai elemen air. Oleh yang demikian berdasarkan beberapa siri perbincangan dibuat saya memilih konsep kontemporari dan minimalis untuk diterapkan ke dalam rekabentuk tersebut. Berikut adalah beberapa gambaran yang saya telah buat untuk dikongsikan bersama sebagai panduan.
Susunatur pelan lantai yang telah dilengkapi dengan simbol serta elemen lanskap.
Selain kerja-kerja lanskap, pemilik juga memohon untuk dimasukkan kerja-kerja ubahsuai bangunan seperti menukarkan pintu pagar sediada kepada jenis automatic sliding & folding gate.
Elemen wakaf dan curtain water fountain dipisahkan dengan unsur lanskap lembut seperti pokok-pokok renek dan rumput jenis karpet yang diselang-selikan dengan batuan concrete stepping stone.
Bahagian tepi rumah pada asalnya ialah tempat parkir kereta tetapi diubah kepada ruangan deck dan garden untuk pemilik berehat.
Kolam ikan ini menjadikan elemen terpenting di dalam konsep rekabentuk ini. Berehat di ruangan deck sambil menghirup udara segar di luar dan memerhati curtain water fountain di sebelah kanan bangunan.
Secara kesimpulannya, keinginan untuk memiliki laman lanskap yang sempurna banyak memberikan impak positif secara tidak langsung di dalam kehidupan kita seharian. Selain ia dijadikan seri kepada kediaman ia juga dapat memberi ketenangan jiwa di mana kita memiliki satu sudut mendamaikan untuk untuk berehat selepas melakukan urusan harian serta kerja yang memenatkan.
Brp anggaran hrga tuan.. rumah saya hanya corner semid cluster shj..
ReplyDeleteBrp anggaran hrga tuan.. rumah saya hanya corner semid cluster shj..
ReplyDelete